Sunday, 13 March 2016

TIPS UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN

 TIPS UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN   

Salam untuk rakan-rakan semua... Terima kasih kerana sudi membelek-belek "majalah" akak ni.. Walaupun rasa kurang sihat, tekak sakit dan kepala pening tapi masih gagahkan diri untuk mengupload beberapa tugasan yang boleh dikongsi bersama. Di musim panas sekarang ni, memang macam-macam penyakit yang datang menyerang. Pastikan minum air masak secukupnya ye. Kalau demam berlarutan, eloklah segera berjumpa dengan doktor. Tugasan kali ini adalah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mengekalkan kesihatan. Semoga bermanfaat untuk semua..

  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan sihat adalah suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas serta bebas dari sebarang penyakit, berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Ini bererti, sihat itu mencakup aspek-aspek yang bukan sahaja dari sekadar tubuh, tetapi juga fikiran dan jiwa.

            Terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik dari segi tubuh, fikiran dan jiwa.

1.      Mengekalkan kesihatan dan Menjaga Pemakanan
Kita perlu mengamalkan senaman dua atau tiga kali seminggu, supaya tubuh badan berfungsi dengan baik kerana semua toksin telah dikeluarkan melalui peluh.
Setiap individu haruslah mengetahui jenis makanan yang diambil agar sesuai dan seimbang dengan keperluan badan.

2.      Ciri-ciri “Penuaan”
Penyakit serius mudah menyerang di usia tua seperti penyakit Alzheimer. Penyakit ini boleh menurunkan tahap ingatan dan  mengganggu memori.
Kita perlu menggerakkan pemikiran ke arah mencerdaskan minda dengan berfikir secara positif dan mempelajari hal-hal yang baru.

3.      Masalah penyakit gigi, masalah penglihatan dan pendengaran
Masalah penyakit gigi
Beberapa langkah harus diambil untuk menjaga kesihatan gusi dan gigi seperti pemeriksaan gigi 2 kali setahun dan  menggosok gigi 2 kali sehari.
Masalah penglihatan
Komplikasi penglihatan boleh disebabkan oleh katarak dan glaukoma. Langkah berikut boleh diambil sekiranya terdapat penurunan tahap penglihatan seperti:-
·         Memasang lampu dalam tandas atau bilik tidur.
·         Membaca buku / akhbar berhuruf besar.
Masalah pendengaran
Kesan kehilangan pendengaran akan menyebabkan gangguan emosi dan lebih suka keseorangan.
4.      Penggunaan Ubat dan Pemilihan Doktor
Semakin banyak ubat akan diambil untuk mengurus tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, osteoporosis dan sebagainya. Disarankan untuk mencari doktor yang sesuai di hari tua dengan cara meminta cadangan dari jururawat atau dari syarikat insurans.

5.      Kemurungan
Kajian menunjukkan 1/6 dewasa 65 tahun ke atas, mengalami masalah kemurungan. Sebab-sebab berlakunya kemurungan kerana :-
·         Ubat-ubatan
·         Alkohol
·         Penyakit fizikal
·         Peristiwa dalam kehidupan

6.      Keadaan Sejuk dan Panas
Terdedah kepada perubahan cuaca yang tidak menentu, tubuh badan akan mudah dihidrasi. Oleh itu, kita digalakkan minum air 8 gelas sehari.
           
Kesimpulannya, kesihatan itu amat penting untuk kita menjalani kehidupan seharian dan hari seterusnya. Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan dan perancangan di hari tua tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

                                                                                    (351 patah perkataan)

RUJUKAN

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/buku%20kecil/P/pdf/19_penjagaanWargaEmas_BM.pdf

No comments:

Post a Comment