Tuesday 29 January 2019

SUNSET IN MINYAK BEKU, BATU PAHAT, JOHOR

Nice view Sundown with Mr Nice Guy..
Location : Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor.



Monday 7 January 2019

Resepi makan nasi untuk kurus

MAKAN NASI UNTUK KURUS!

Saya memang suka makan nasi. Tak kesahla nasi lemak ke, nasi ayam ke, nasi dagang ke, nasi beriyani, smua jenis nasi saya suka makan. Lebih-lebih lagi kalau saya pergi melancong ke tempat orang, saya memang suka rasa semua jenis makanan mereka. 
Resepi sihat ni saya ambil daripada perkongsian https://www.thevocket.com/12-idea-serta-resipi-nasi-berlauk-bagi-yang-sedang-diet-dan-ingin-kurus/ untuk saya jadikan sebagai panduan dan rujukan. Rakan2 boleh ke laman web the vocket ni. Macam-macam info dan tips ada. Bagus untuk kita jadikan panduan.
Sebenarnya kalau nak lagi bagus makan nasi beras perang. Kalau tak ada nasi beras perang nasi biasa dengan porsi yang betul iaitu sebesar penumbuk tangan.
resipi-diet-kurus-13
Sebelum makan ukur dulu nasi dengan saiz penumbuk macam ni.
Lauk pula, ambil yang tinggi protein seperti ikan, ayam dan telur. Elakkan makan daging kalau nak kurus. Daging tinggi kalori dan lemak.
Masak tanpa minyak dan gula. Masakan yang sangat digalakkan seperti sup ayam, sup telur, ayam bakar, pais ikan, asam pedas ikan.
Sayur pula yang tidak ditumis. Boleh celur, stim atau buat kerabu. Sambal belacan, kicap boleh ambil dalam kuantiti sedikit untuk penyedap rasa.
Nak buat diet ni berpanjangan kena la sedap ye tak? Kalau tak sedap, tersiksa tekak alamatnya tahan 1 hari je la.
Pelbagaikan menu setiap hari supaya tidak bosan.
1. Sup Brocoli Yanti
resipi-diet-kurus-1
Bahan
Brokoli
Kobis bunga
Kobis daun
Telur (5 bijik – 3 buang kuningnya)
Cili 1 biji potong sukahatimu
Halia 2 inci
Bawang putih 1 biji
Bawang merah 1/4 biji
Seasalt sedikit
Lada hitam (nak pedas letak lebey sket)
Cara masak
Rebus semua bahan, kecuali masukkan telur kedua terakhir (selepas masak sayur-sayur lain dalam rebusan tu.
2. Sup Ayam
resipi-diet-kurus-14
1 dada ayam di potong dadu
1 biji lobak merah potong dadu
1/2 biji bawang holland (dihiris)
3 ulas bawang.putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
3 biji cili api (jika suka pedas)
1 sup bunjut
Air secukupya
Garam bukit secukup rasa
Sedikit daun sup (di cincang)
Cara-cara
Masukkan semua bahan di atas kecuali garam dan daun bawang. Masak hingga mendidih. Masukkan garam. Hidangkan dengan daun sup. Boleh perah limau nipis.
3. Grilled Chicken Tikka
resipi-diet-kurus-9
Bahan-bahan:
Yogurt, serbuk jintan, cili, tomato paste, halia, daun ketumbar, daun bawang, 2 ulas bawang putuh (disagat), setengah biji limau nipis, isi ayam, jintan manis dan black pepper (tumbuk), halia & bawang putih
Perap 30 minit dan bakar.
4. Kerabu tomato
resipi-diet-kurus-11
Bahan-bahan:
Tomato
Ikan bilis goreng
Bawang kecik
Cili merah
Cili hijau
Cili padi
Daun pudina
Limau nipis
5. Sup telur
resipi-diet-kurus-2
6. Sup ayam tanpa kuah
resipi-diet-kurus-3
7. Sup sayur dan ikan masak rebus
resipi-diet-kurus-4
8. Pais Ikan dan sup sayur
resipi-diet-kurus-5
9. Sup sayur campur telur dan nasi beras perang
resipi-diet-kurus-6
10. Sup brocoli dan  telur
resipi-diet-kurus-7
11. Sup sayur dan ikan singgang
resipi-diet-kurus-8
12. Ayam bakar, sayur campur dan sambal belacan
resipi-diet-kurus-10
13. Asam pedas ikan kerisi
resipi-diet-kurus-12
Oh ya. Dalam masakan gunakan boleh gunakan rempah tapi elakkan gula dan serbuk perasa macam stok ayam atau ikan bilis stok. Stok ni adik beradik ajinamoto juga. Jadi elakkan ya. Bawang halia serai tu nak letak banyak mana pun boleh.
Selamat mencuba!
Rujukan : https://www.thevocket.com/12-idea-serta-resipi-nasi-berlauk-bagi-yang-sedang-diet-dan-ingin-kurus/

19 Tips Untuk Hidup Lebih Tenang dan Bahagia di Tahun 2019

HAPPY NEW YEAR 2019


Image result for ucapan 2019 bahasa inggris

Terapi Harian! 19 Tips Untuk Hidup Lebih Tenang & Bahagia di tahun 2019.

Semua orang inginkan kebahagiaan. Tak ada orang yang tak mahu hidup bahagia. Walaubagaimanapun, ada ketikanya hati berasa tak bahagia dan tenang. Bila lihat kebahagiaan orang lain, kita berasa gusar. Berasa serba tak cukup, serba tak kena. Mungkin kita tidak kaya. Mungkin juga pasangan kita tidak cukup membahagiakan. Mungkin kerjaya kita tidak sehebat kawan, kiranya pelbagai persoalan bermain di minda.
Apakah sebenarnya kecukupan itu yang membawa kebahagiaan? Jadi, bagaimana kita ingin mendapatkan kebahagiaan apatah lagi ketenangan?
1. Doa/Solat
Ada masalah atau sedang susah hati? Daripada anda layankan dan fikirkan perasaan tersebut, adalah lebih baik anda “mengadu” dengan Tuhan. Bukankah doa boleh memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang insan terhadap penciptanya.
2. Tidur dan rehat yang cukup
Tidur dan rehat yang cukup amat penting bagi kesihatan mental dan fizikal kita. Menurut satu web kesihatan, prestasi sewaktu anda berjaga bergantung kepada apa yang berlaku semasa anda tidur.
3. Bahagikan tugas 
Sentiasa ingat bahawa anda seorang manusia biasa yang hanya punya dua kaki dan dua tangan, dan tidak mempunyai super power. Jadi jangan paksa diri untuk lakukan semua perkara. Minta bantuan orang lain untuk ringankan beban anda. Contohnya, jika anda seorang bos, delegasikan tugas pejabat dengan baik kepada pekerja anda. Untuk suami isteri pula, kongsi tanggungjawab dalam membangunkan keluarga secara saksama.
4. Belanjakan wang ikut kemampuan 
Antara faktor utama manusia tidak bahagia, tertekan dan sengsara dalam hidup adalah bebanan hutang. Bak kata pepatah, biar papa asal bergaya. Jadi rancang kewangan anda dengan baik dan berbelanjalah mengikut kemampuan. Jangan lupa diri setiap kali dapat gaji tapi akhirnya susah hati pada hujung bulan kerana kehabisan wang. Setkan keutamaan anda dan jadi bijak dalam membezakan antara kehendak dan keperluan.
5. Jaga bahasa dan pertuturan
Jangan kerana mulut badan binasa. Orang yang bermulut jahat dan suka memfitnah tentunya akan tidak disukai oleh masyarakat, termasuk rakan-rakan dan keluarga anda juga. Akibatnya semua orang di sekeliling akan mula menjauhkan diri daripada anda.
6. Amalkan pemakanan yang sihat
You are what you eat! Pemakanan yang sihat akan mengurangkan risiko anda daripada menghidapi penyakit-penyakit berbahaya.
7. Jadi pengemas
Pastikan semua barang- barang anda tersusun. Jadi kehidupan seharian anda akan menjadi lebih teratur. Anda tentu tidak mahu terlewat pergi ke kerja kerana mencari kunci rumah yang berada…. ntah di mana… bukan?
8. Isi masa terluang dengan baik
Isi masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah atau boleh menghiburkan anda. Misalnya jika anda menaiki pengangkutan awam, masa menunggu kadang-kadang boleh buat anda tertekan bukan? Isi masa tersebut dengan aktiviti yang relevan dan anda suka seperti mmbaca buku atau mendengar muzik.
9. Ambil masa untuk bersendiri
Menurut psychologytoday.com, bersendirian penting untuk membolehkan anda menenagkan fikiran, meningkatkan produktiviti dan konsentrasi, memberi peluang anda mencari diri sendiri, berfikir lebih dalam, meningkatkan kualiti dalam perhubungan dengan orang lain dan menyelesaikan masalah dengan lebih mendalam.
10. Bermain dengan kanak-kanak /bayi atau binatang peliharaan
Ini tips yang pernah penulis tonton daripada satu program Tv oleh pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Menurut beliau, mendukung bayi adalah antara cara untuk menghilangkan stress. Kesan yang sama dapat dirasai dengan bermain dengan haiwan peliharaan seperti kucing.
11. Senyum dan ketawa
Senyum dari sudut saintifiknya akan merembeskan Endorphins yang akan membuatkan kita lebih tenang dan ceria. Menurut longevity.about.com, senyuman akan membuat seseorang menjadi lebih menarik, mengubah mood, menghilangkan stres, meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan darah dan membuatkan seseorang lebih awet muda.
12. Cintakan kerjaya anda 
Kerjaya anda seolah-olah  sebahagian daripada hidup anda. Kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja. Jika anda tidak sukakan atau tertekan dengan kerjaya anda, tentu sekali anda akan berasa tidak bahagia secara tidak langsung.
13. Berhenti bergosip tentang orang lain
Orang yang sibuk bercakap hal orang lain adalah orang yang suka bersangka buruk dan suka mencari kesalahan orang lain. Sebenarnya, secara tidak langsung, tabiat seperti ini membawa kesan negatif kepada diri sendiri juga.
14. Lupakan kenangan pahit
Past is past. Jangan biarkan diri anda terbelenggu dengan masa silam anda yang kurang enak. Pandang ke hadapan dan lupakan saja perkara itu. Anggaplah pengalaman pahit anda sebagai pengajaran dan pengalaman hidup yang mematangkan diri anda.
15. Bersyukur
Orang yang sentiasa punya rasa tidak puas hati dan iri hati dengan orang lain tidak akan bahagia. Belajarlah bersyukur dan menghargai apa yang anda ada. Cuba pandang nasib orang lain yang lebih teruk daripada anda dan berhenti bandingkan diri anda dengan orang lain.
16. Berfikiran positif 
Pandang setiap perkara daripada sudut positif. Setiap perkara mesti ada pros dan cons nya. Berhenti merungut dan bersangka buruk dengan orang lain. Buka hati dan minda anda seluasnya.
17. Anggap kehidupan sebagai proses pembelajaran 
Apa sahaja yang anda lalui, itu merupakan satu perjalanan hidup. Guru terbaik adalah pengalaman hidup anda sendiri. Jadi jangan ada penyesalan dalam hidup anda sehingga membelenggu dan menghalang anda daripada bergerak ke hadapan.
18. Jadi pemaaf 
Life is too short to waste time hating. Belajar untuk memaafkan insan-insan yang pernah berbuat salah kepada anda. Sebelum tidur cuba untuk maafkan semua orang di sekeliling anda. Mungkin untuk sesetengah kes serius, anda mungkin memerlukan masa untuk berbuat demikian. Ambillah seberapa banyak masa pun namun jangan berhenti mencuba. Time heals everything.
19. Bersedekah
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Prof. Baris K Yoruk dari Universiti Albany-SUNY New York, Amerika Syarikat, amalan bersedekah boleh mengurangkan stres dan membuatkan tekanan darah menjadi normal. Kajian yang dibuat ke atas sekumpulan individu dari tahun 2001 sehingga 2007 itu mendapati, individu yang sering bersedekah kurang mengalami stres, hipertensi, penyakit sendi artritis dan masalah psikologi berbanding individu yang kurang bersedekah.

(Dipetik daripada : https://www.wanista.com/2017/29891/18-tips-untuk-hidup-lebih-tenang-bahagia/)