Wednesday 9 March 2016

GERHANA MATAHARI 2016

GERHANA MATAHARI 2016


                                        Image result for gerhana matahari 2016


Syukur, Alhamdulillah... Hari ni 9.3.2016, kita di beri peluang untuk melihat gerhana matahari. Solat sunat juga telah diadakan dikebanyakkan tempat seperti masjid2, premis pejabat dan juga kebanyakan sekolah. 6 tahun yang lalu iaitu pada 2010, telah berlaku gerhana matahari yang ditutupi 70% oleh bulan. Tapi pada tahun ini diramalkan 90% - 100%. 

Gerhana matahari terjadi ketika posisi bulan terletak di antara Bumi dan Matahari,sehingga menutup sebahagian atau seluruh cahaya Matahari. Walaupun Bulan lebih kecil, bayangan Bulan mampu untuk melindungi cahaya Matahari sepenuhnya kerana Bulan yang berjarak kira-kira 384.400 kilometer dari Bumi lebih dekat dibandingkan Matahari yang mempunyai jarak kira-kira 149.680.000 kilometer.(got to https://id.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari)



Memang indah ciptaan Tuhan, namun kita tidak boleh melihatnya dengan mata kasar. Perlu memakai cermin mata khas. Jika dipandang terus menerus akan merosakkan mata dan boleh mengakibatkan buta. Semoga dengan kedatangan gerhana matahari ini akan membuat kita lebih bersedia, banyakkan amalan dan juga bersedekah. Dan Allah akan memberikan kita rezeki dan kehidupan yang lebih baik..

InshaAllah...

No comments:

Post a Comment