Friday 4 November 2016

Good morning beautiful people..

                           
 Untuk rakan-rakan semua, selamat pagi di ucapkan...


                   gambar kata ucapan selamat pagi bahasa inggris terbaru

Semoga keindahan hidup kita pada hari ini dan hari-hari seterusnya, akan menjadi milik kita....
InshaAllah... Percaya & yakinlah..


from:
ajasahara with luv...

WHO IS A TEACHER

Who is a teacher? According to Wikipedia (2016), A teacher (also called a school teacher) or educator is a person who provides education for students. The role of teacher is often formal and ongoing, carried out at a school or other place of formal education. In many countries, a person who wishes to become a teacher must first obtain specified professional qualifications or credentials from a university or college. The famous Robert Frost quote about teacher, “There are two kinds of teachers; the kind that fill you with so much quail shot that you can’t move, and the kind that just gives you a little prod behind and you jump to the skies”.
According to the National Education Philosophy in (1988), education in Malaysia is a continuous effort towards further expanded the potential of individuals in a holistic and integrated to create a balance and harmony in terms of intellectual, spiritual, emotional and physical based on belief and adherence to God. These efforts is to produce Malaysians knowledgeable, competent, moral, responsible and capable of achieving well-being and contribute to the harmony and prosperity of the society and the nation. In this context, one teacher is responsible for improving the performance of pupils in education and producing first class human capital. Therefore, teachers must diversify strategies and teaching methods during sessions teaching and learning. Learning will run smoothly, interesting and effective if teachers use a variety of methods appropriate to the content of education and skills that will be achieved by pupils.
            Some student cannot received or understand teachers mind. If student do not understand something, student should approach teacher. Method discussion a very good impact on the education development nowadays. This is so because this discussion methods, highlight the involvement of pupils between pupils and pupils between teachers. This method of discussion could stimulate the minds of students. Through this method, students will strive to provide ideas and views and participate actively in learning. In the other words, this method can change themselves pupils from passive to more active. The involvement of students actively in the learning process allows their minds grow.
To ensure discipline pupils always controlled, teachers should teach and learn in good environment. Teacher also should tell students to make discussion and try too not interfere with other students before directing students doing an activity. If students are still making noise, teachers need to act quickly to warn students that makes noise. The teachers is always older than the student, so teachers should be respected.

As a conclusion, teachers and students can work together best by both readiness in teaching and learning. In the face of globalization in the world of education, the teachers need to be prepared with knowledge and diversification of strategies and teaching methods to make the class more interesting atmosphere next to produce effective teaching and learning. Students-centered teaching strategies should be given priority during the conduct of teaching and learning so that students can be actively involved. Method discussion is very suitable carried out because this method involves all the students to give their views and ideas in turn to build social relationships among students.

KESAN-KESAN DASAR KEWANGAN KEPADA KADAR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

KESAN-KESAN DASAR KEWANGAN KEPADA KADAR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

Pengangguran boleh didefisinikan sebagai tenaga buruh yang mahu bekerja tetapi masih belum mendapat pekerjaan. Kadar pengangguran dipengaruhi oleh masalah ekonomi yang berlaku di sesebuah negara di mana terdapat kekurangan penawaran pekerjaan oleh pihak majikan di pelbagai sektor maka sebilangan tenaga buruh tidak mendapat pekerjaan walaupun mereka mempunyai kelayakan dari segi pendidikan dan kemahiran. Penggantian tenaga kerja manusia kepada tenaga mesin juga sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran di kalangan tenaga buruh.
Pengiraan kadar pengangguran adalah melibatkan kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding dengan jumlah tenaga buruh dimana boleh diringkaskan seperti berikut

Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur / Tenaga Buruh) x 100%

Dengan contoh, jika jumlah tenaga buruh adalah seramai 2 juta orang dan jumlah penganggur pula seramai 0.3 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran adalah sebanyak 15%.  Kadar pengangguran boleh dikurangkan sekiranya terdapat peningkatan pada kadar guna tenaga, pendapatan/keluaran tenaga dan pencapaian ekonomi di sesebuah negara. Penggunaan tenaga penuh dalam ekonomi boleh dicapai apabila kadar pengangguran berada pada paras 4%.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, menyatakan bahawa kadar pengangguran di Malaysia menunjukkan peningkatan sekitar 3 ke 3.3% setahun sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 sejak 2011 hingga Jun, 2015. Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 75% graduan akan mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas mereka tamat belajar dengan Malaysia mempunyai sejumlah 14 juta tenaga kerja dengan lebih 400,000 orang mencari pekerjaan pada setiap masa (Astro Awani, 14 Jun 2015).
Laporan dari MIDF Research dalam nota kajian mereka pula menunjukkan kadar pengangguran pada tahun 2014 semakin meningkat dari 2.7% pada bulan Oktober kepada 3.3% pada bulan Disember, dimana kadar pengangguran berada pada 478,100 berbanding 453,300 pada bulan sebelumnya. Kadar ini masih rendah jika dibandingkan dengan kadar pengangguran pada 4.1 peratus ketika Malaysia mengalami krisis kewangan pada tahun 2008. Jumlah pengangguran negara berada pada 432,100 pada Disember 2015 dengan kadar penyertaan tenaga kerja adalah sebanyak 67.8% dari 67.7% meningkat 0.1%, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik.
Kajian yang dilakukan oleh Jobstreet.com mendedahkan 41% majikan di Malaysia mengambil tindakan mengurangkan pengambilan pekerja baru pada separuh kedua tahun 2015. Kajian ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa aliran pertumbuhan pekerjaan di Malaysia mengalami penurunan bagi tempoh enam bulan pertama pada tahun 2015 berbanding 14% dalam tempoh yang sama pada tahun 2014 (Astro Awani, 22 April 2015).

KESAN-KESAN DASAR KEWANGAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA

 KESAN-KESAN DASAR KEWANGAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA

Malaysia mengamalkan konsep ekonomi pertengahan tinggi dan terbuka dalam menjana pendapatan negara. Malaysia adalah antara 13 negara yang dikenal pasti oleh Suruhanjaya Pertumbuhan dan Pembangunan dalam Laporan Pertumbuhan 2008 yang telah mencatatkan pertumbuhan purata lebih daripada 7% setahun untuk tempoh 25 tahun atau lebih. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan bahawa Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-24 paling berdaya saing daripada 148 negara berbanding tempat ke-25 daripada 144 negara pada tahun 2012 dalam Laporan Daya Saing Globalnya (GCR) bagi tahun 2013-2014 (BERNAMA, 10 Disember 2013). 
GCR juga mengkategorikan Malaysia sebagai sebuah negara peralihan yang bergerak dengan dipacu kecekapan kepada ekonomi yang berasaskan inovasi. Malaysia pada hari ini tidak hanya bergantung kepada pengeluaran bahan-bahan sumber asli seperti bijih timah dan getah dalam menjana pendapatan negara seperti tahun 1970-an, tetapi juga telah menjalankan sumber ekonomi pelbagai dan telah menjadi pengeksport utama bagi barangan elektrik, bahagian-bahagian elektronik dan komponen, minyak sawit, dan gas asli. Selepas krisis kewangan Asia pada 1997-1998, Malaysia terus mencatatkan kadar pertumbuhan yang kukuh, dengan purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.5% setahun bagi tempoh 8 tahun iaitu dari tahun 2000 - 2008. Ekonomi Malaysia pulih dengan cepat selepas kembali dilanda Krisis Kewangan Global pada tahun 2009, dengan mencatatkan kadar pertumbuhan purata 5.7% sejak tahun 2010.
Pertumbuhan ekonomi di Malaysia adalah inklusif, kerana Malaysia juga hampir berjaya dalam membasmi kemiskinan tegar: dimana pendapatan isi rumah berada di bawah garis kemiskinan negara dengan 1% (purata pendapatan RM30 sehari pada tahun 2012) jatuh lebih 50% berbanding tahun 1960an. Walaupun kadar kemiskinan di Malaysia adalah kurang daripada 1%,  namun kelompok kemiskinan kekal dan ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan masih agak tinggi berbanding negara-negara maju yang lain: sebagai contoh,  GINI index menunjukkan ketidaksamaan agihan pendapatan di Malaysia berjumlah 0.41 pada tahun 2014, berbanding dengan 0.31 di Republik Korea dan 0.33 di Jepun (kedua-duanya pada tahun 2010). Pendapatan sebenar bagi kelompok 40% isi rumah meningkat pada kadar purata 6.3% setahun antara 2009 dan 2012, berbanding 5.2% bagi isi rumah purata, menunjukkan manfaat daripada pertumbuhan ekonomi telah dikongsi oleh semua rakyat.
Prospek jangka dekat ekonomi Malaysia pada keseluruhannya kekal pada kedudukan yang baik, walaupun mengalami beberapa risiko. Ekonomi negara telah mempelbagaikan komoditi dan Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk meluaskan asas pendapatan dengan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan(GST) pada tahun 2015 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Bajet 2014. Risiko jangka pendek termasuklah kepada penurunan dalam harga minyak dan cukai dari sumber minyak yang masih menyumbang kira-kira 17% daripada pendapatan rakyat, walaupun sebahagiannya diimbangi oleh penghapusan subsidi bahan api pada tahun 2014 oleh pihak kerajaan. Risiko lain yang berkaitan adalah dengan turun naik dalam aliran modal akibat daripada normalisasi dasar kewangan AS.
Kemampanan ekonomi jangka panjang yang berlainan dan menggalakkan ini bergantung kepada pembaharuan struktur untuk mengukuhkan perancangan fiskal jangka sederhana, dan untuk meningkatkan keupayaan dan persaingan dalam ekonomi. Pelaksanaan dalam pembaharuan dipercepatkan bagi meningkatkan produktiviti dengan meningkatkan kualiti modal insan dan mewujudkan lebih banyak persaingan dalam ekonomi. ini akan menjadi kunci bagi Malaysia untuk kekal berada di kalangan barisan negara ekonomi berpendapatan tinggi. Bagi menangani cabaran-cabaran ekonomi dan membolehkan negara mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2020, Malaysia pada tahun 2010 telah melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) di samping memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan menyeluruh. MEB termasuk beberapa pembaharuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang dipacu terutamanya sektor swasta dan menggerakkan ekonomi Malaysia ke dalam aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi di dalam kedua-dua bidang industri dan perkhidmatan.
Diantara dasar-dasar ekonomi utama lain yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut :
·         Wawasan 2020,
·         Dasar Ekonomi Baru,
·         Dasar Pengkorporatan Malaysia,
·         Penubuhan Ekonomi Berdaya Saing,
·         Dasar Penswastaan,
·         Pembangunan Sumber Manusia,
·         Ekonomi Berasaskan Pengetahuan,
·         Pembangunan Luar Bandar,
·         Dasar Sektoral,
o   Pertanian
o   Industri dan Khidmat Ekonomi
§  ICT
§  Pelancongan
§  Sains dan Teknologi
§  Pengagihan Dagangan
§  Pembuatan
§  Perusahaan Kecil dan Sederhana
§  Kewangan
·         Infrastruktur dan Kemudahan Awam
·         Khidmat Sosial
·         Tenaga
         (Sumber : Unit Perancang Ekonomi, 2012)

KONSEP KEANJALAN PERMINTAAN HARGA, KESAN PENGGANTIAN DAN KESAN PENDAPATAN

KONSEP KEANJALAN PERMINTAAN HARGA, KESAN PENGGANTIAN DAN KESAN PENDAPATAN 

Keanjalan adalah merupakan suatu konsep yang penting di dalam bidang ekonomi. Apakah itu keanjalan permintaan? Keanjalan bolehlah didefinisikan sebagai ukuran sensitiviti sesuatu pemboleh ubah (seperti kuantiti diminta atau kuantiti ditawarkan) terhadap perubahan penentu-penentunya. (seperti harga atau pendapatan). Secara amnya, nilai keanjalan boleh diperoleh melalui formula berikut :-

Keanjalan  = Peratus Perubahan Kuantiti /
                 Peratus Perubahan Penentu

Konsep keanjalan yang berkait rapat dengan pengguna ialah konsep keanjalan permintaan. Keanjalan permintaan boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan permintaan silang. Manakala konsep keanjalan yang berkait rapat dengan pengeluar pula adalah terdiri daripada keanjalan penawaran dan keanjalan pengguna input. Keanjalan permintaan dibahagikan kepada empat jenis yang berasaskan kepada penentu utama yang mempengaruhi permintaan sesuatu barang iaitu :-
1.1       Keanjalan Permintaan Harga – Kesan perubahan harga sesuatu barang terhadap kuantiti diminta.
1.2       Kesan Permintaan Pendapatan – Kesan perubahan pendapatan pengguna terhadap permintaan sesuatu barang.
1.3       Keanjalan Silang - Kesan Perubahan harga barang lain terhadap sesuatu barang.
1.4       Keanjalan Penawaran Harga – Kesan perubahan kuantiti yang ditawarkan terhadap perubahan harga.

Konsep keanjalan boleh di aplikasikan oleh pembuat dasar, pengeluar dan juga pengguna. Untuk tugasan yang diberikan, apakah konsep keanjalan ini dapat di aplikasikan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia? Jawapannya akan cuba dihuraikan di perenggan yang berikutnya.

1.1       Keanjalan Permintaan Harga

            Keanjalan Permintaan Harga didefinisikan sebagai ukuran darjah responsif atau kadar perubahan kuantiti diminta kesan perubahan harga barang itu sendiri. Ia diukur melalui peratus perubahan dalam kuantiti diminta yang disebabkan oleh perubahan harga sebanyak satu peratus dan ukuran ini tidak memiliki sebarang unit. Nilai keanjalan permintaan harga boleh diperoleh melalui formula yang berikut :-
                                           Ed = Peratus Perubahan Kuantiti diminta /
                                                    Peratus Perubahan Keluarga

Sebagai contoh, jika berlakunya kenaikan harga perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia, maka ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan kuantiti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang di minta oleh rakyat. Nilai keanjalan permintaan harga boleh ditentukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu keanjalan titik dan keanjalan lengkuk atau titik tengah. Keanjalan lengkuk adalah purata keanjalan antara dua titik di atas keluk yang sama manakala keanjalan titik adalah mengukur nilai keanjalan pada satu titik di atas keluk. Formula keanjalan titik adalah seperti berikut :-
               Ed  =((Q1-Q0)/Q0  × 100)/((P1-P0)/P0  × 100)
                =  ΔQ/ΔP×  P0/Q0   

Ini adalah di mana, Q0 adalah kuantiti asal dan Q1 adalah kuantiti baru, manakala P0 adalah harga asal dan P1 adalah harga baru. Simbol  digunakan adalah untuk mewakili perubahan contohnya :-
                                               ∆Q=Q1-Q0

1.2.1    Jenis-jenis Keanjalan Permintaan Harga adalah seperti berikut:-
·         Anjal                                       =         1<Ed <infiniti     
·         Tidak anjal                              =          0<Ed <1
·         Anjal Satu                               =               Ed=1        
·         Tidak Anjal Sempurna            =                Ed=0         

·         Anjal Sempurna                      =               Ed= infiniti  


1.2       Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keanjalan Permintaan Harga ialah

1.2.1    Barangan Pengganti
            Antara penentu utama keanjalan permintaan harga adalah bilangan barangan pengganti yang ada serta tahap persamaan di antara barangan pengganti. Semakin banyak barangan pengganti yang ada dan semakin hampir sama barangan pengganti tersebut, maka semakin anjal permintaan barangan itu.
Sebagai contoh, permintaan untuk ubat-ubatan adalah tidak anjal kerana tidak banyak barangan lain yang boleh menjadi pengganti kepada ubat-ubatan tersebut. Namun, jika kita lihat kepada jenama ubat-ubatan tersebut, kenaikan harga bagi satu jenama akan menyebabkan pengguna beralih kepada jenama yang lain. Ini bermakna permintaan untuk satu jenama ubat-ubatan adalah lebih anjal. Di sini kita boleh katakan bahawa kesan penggantian disebabkan oleh perubahan harga adalah lebih besar jika terdapat lebih banyak barangan pengganti yang wujud.

1.2.2    Nisbah Bajet
            Semakin tinggi nisbah pendapatan yang dibelanjakan untuk sesuatu barangan, semakin tinggi kemungkinan yang kita akan kurangkan penggunaan barang tersebut apabila harganya meningkat. Oleh itu, permintaan akan menjadi lebih anjal untuk barangan seperti pakaian dan pengangkutan. Tetapi jika sebaliknya, keanjalan untuk barangan seperti garam dan roti yang merupakan perbelanjaan yang kecil daripada pendapatan kita adalah rendah.
           
1.2.3    Jangka Masa
            Jika harga barangan meningkat, kita memerlukan masa untuk membuat perubahan dalam perbelanjaan kita dan untuk mencari pengganti. Justeru, semakin panjang masa yang ada, semakin anjal permintaan sesuatu barangan.

1.2.4    Bilangan Kegunaan
            Semakin banyak kegunaan sesuatu barangan, maka permintaan harganya semakin anjal.