Monday 20 August 2018

HARI RAYA HAJI

Hari Raya Haji In Malaysia
Hari Raya Haji is the local Malaysian name for the Muslim holiday of Eid al Adha, “the Feast of Sacrifice”. It is also called “Hari Raya Korban” and, in by pronouncing what are normally three words as one, “Aidiladha”.




It is a day when Muslims remember the “almost sacrifice,” according to Islamic Scriptures, of Ishmael by Ibrahim on Mount Moriah in the vicinity of Mecca. Muslims believe that God commanded Ibrahim to sacrifice Ismael to test him, and he passed the test by being willing to obey even such an extreme command. But then, according to two stories believed by Muslims, God either changed Ishmael with a sheep or commanded Ibrahim to stop and replace Ishmael with a healthy sheep.
For four days, beginning on the 10th day of the month of Dhul-hijja, the final month on the Islamic calendar, Muslims all over the world celebrate the “sacrifice” of Ishmael. In Malaysia, as in most Muslim countries, it is a national holiday.
Officially, the date is declared in Malaysia by the moon-sighting committee on the first day of Dhul-hijja, for only then can the exact date of the holiday be determined, owing to its being on a lunar-based calendar. The announcement can be heard on both TV and radio nationwide.
In general, people celebrate by rising early to pray, going to mosque to hear a sermon, wearing new clothes, visiting family and friends, and eating a large, festive, meat-heavy meal. A goat or sheep may also be sacrificed, some of the meat or an equivalent amount of money being given to the poor so they can celebrate Hari Raya Haji as well. Mosques may also be decorated with lights, gifts may be exchanged, and fire crackers are sometimes set off at night. Non-Muslims are frequently invited to meals as a way to introduce them to Islamic culture.
To fulfil one of the Five Pillars of Islam, some may also go on pilgrimage to Mecca to perform the Hajj, but only those who can afford the trip are required to go.
Should you visit Malaysia during Hari Raya Haji, some things to do include:
  • If you wish, see if a Muslim friend will invite you to a festive Hari Raya Haji feast or go to a slaughterhouse to buy meat and see how halal meat is prepared. Finally, you may wish to watch the crowds outside local mosques, which often have exquisite architecture.
Malaysia is a very unique land, just waiting to be explored, and Hari Raya Haji adds further interest to an already interesting visit.
References :   https://publicholidays.com.my/hari-raya-haji/

Fadilat Berpuasa Di Hari Arafah

cf3533d886aa9edbb8ce7201006c9223

Sunday 19 August 2018

TOPIK : BUSINESS LAW ( BBUN 2013) ELEMEN-ELEMEN BAGI SEBUAH KONTRAK YANG SAH




TOPIK : BUSINESS LAW (BBUN2103)
TAJUK : ELEMEN-ELEMEN BAGI SEBUAH KONTRAK YANG SAH

PENGENALAN

Pada dasarnya, kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950. Kontrak adalah perjanjian yang dimeterai oleh dua, atau lebih individu yang mana kedua-duanya akan terikat kepada perjanjian tersebut. Menurut Wikipedia (2016), Kontrak ialah undang-undang yang mengawal urusan perjanjian. Perjanjian adalah suatu persetujuan di antara dua belah pihak atau lebih yang berkaitan dengan suatu perkara. Perlu difahami bahawa istilah kontrak adalah lebih khusus manakala istilah perjanjian adalah lebih umum. Hanya perjanjian yang mempunyai ciri-ciri kontrak sahaja yang mempunyai implikasi undang-undang. Sebagai contoh ringkas, perbezaan di antara perjanjian dan kontrak ialah :-

a) Contoh Kontrak
Seorang peniaga telah memberitahu pemborong bahawa si peniaga mahu membeli 200 batang penyapu daripada si pemborong dan telah menandatangani dokumen pembelian. Walau bagaimanapun, setelah barangan dihantar ke kedai, si peniaga telah bertukar fikiran untuk tidak mahu membeli 200 batang penyapu tersebut. Secara umumnya, si pemborong boleh menyaman si peniaga tersebut.
           
b) Contoh Perjanjian
Seorang lelaki telah berjanji kepada teman wanitanya untuk belanja makan di sebuah restoran pada pukul 2 petang keesokan harinya. Akan tetapi, pada keesokan harinya wanita tersebut telah menunggu di restoran tersebut pada pukul 2 petang tetapi lelaki tersebut tidak datang. Secara umumnya, wanita tersebut tidak boleh menyaman lelaki tersebut kerana telah mungkir janji untuk membelanjanya makan.

            Oleh itu, seseorang itu perlu memastikan bahawa sesuatu perjanjian yang dicapai adalah sah bagi membolehkan ia dikuatkuasakan di sisi undang-undang sebagai suatu kontrak yang mengikat. Sekiranya sesuatu perjanjian yang dicapai tidak dikuatkuasakan, maka pihak-pihak terlibat tidak akan mendapat bantuan mahkamah jika mengalami kerugian atau kegagalan. Soalan yang sering diajukan ialah, adakah kontrak itu suatu perjanjian? Untuk lebih memahami persoalan itu, kita boleh merujuk kepada Seksyen 10(1) yang memperuntukkan bahawa ”semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan akta ini bahawa ia batal”.

2.0       ELEMEN-ELEMEN BAGI SEBUAH KONTRAK YANG SAH

Menurut Mazila Mohamed dan rakan-rakan (2016), terdapat 8 elemen penting yang perlu di ambil kira oleh setiap individu sebelum bersetuju dengan mana-mana perjanjian yang ditawarkan. Elemen ini perlu di semak oleh setiap individu sebelum bersetuju mengikat perjanjian secara sah. Perlu diingat bahawa kesemua elemen ini mestilah dipenuhi secara serentak. Elemen-elemen tersebut ialah :-

2.1       Tawaran (Offer)
Sebagaimana yang telah kita maklum, sebelum adanya Akta Kontrak 1950, kita merujuk kepada Undang-undang Inggeris. Istilah “tawaran” digunakan dalam Undang-undang Inggeris, manakala istilah “cadangan” pula digunakan untuk Akta Kontrak 1950.
Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950 telah mendefinisikan kontrak sebagai suatu perjanjian, yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang mana kontrak ini, akan mengikat pihak-pihak yang terlibat secara sah.
Syarat bagi sesuatu tawaran itu ia mestilah sesuatu tawaran yang jelas, dan dikomunikasikan kepada pihak yang akan membuat penerimaan kepada tawaran tersebut. Jika tawaran yang diberikan tidak jelas, atau tidak dikomunikasikan kepada pihak yang berkenaan, ia adalah terbatal.
Oleh yang demikian, “offer” atau tawaran itu sangat penting untuk menjadikan kontrak itu sah dan mengikat kedua-dua pihak. Tanpa tawaran, tidak akan ada jalinan kontrak yang sah di antara kedua-duanya.

2.2       Penerimaan (Acceptance)
Jika dirujuk pada Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950, penerimaan ini didefinisikan sebagai persetujuan atau penerimaan kepada tawaran yang telah ditawarkan sebelum ini.
Persetujuan ini bermaksud bahawa penerima tawaran ini akan turut bersetuju dengan syarat-syarat dan terma-terma yang telah ditetapkan.
Dengan adanya penerimaan tawaran ini, maka sesebuah kontrak itu berjaya diwujudkan.
  
2.3       Balasan (Consideration)
            Elemen ketiga ini tidak kurang pentingnya untuk menjadikan kontrak itu adalah sah di sisi undang-undang. Perjanjian yang telah dibuat adalah batal sekiranya tanpa balasan. Balasan yang dimaksudkan di sini ialah harga yang dibayarkan oleh pihak yang menerima janji kepada pihak pembuat janji. Dalam Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950, ada menyebut tentang balasan janji tersebut.
Oleh yang demikian, pihak yang membuat kontrak mestilah mempunyai balasan masing-masing. Sebagai contoh, satu pihak mendapat sebuah rumah, dan satu pihak yang lain mendapat sejumlah wang sebagai bayaran pada harga yang telah dipersetujui oleh kedua-duanya.

2.4       Keupayaan (Capacity)
            Di dalam Akta Kontrak 1950, Seksyen 11 turut ada menyentuh perkara berkaitan dengan keupayaan ataupun kelayakan seseorang. Hakikatnya, hanya mereka yang dewasa, sempurna akal dan tidak dihalang oleh mana-mana undang-undang sahaja yang layak untuk membuat kontrak. Seseorang itu ditakrifkan sebagai dewasa apabila mencapai usia dewasa iaitu 18 tahun.
Oleh yang demikian, mereka yang berumur di bawah 18 tahun adalah tidak layak untuk membuat kontrak, kecuali dalam kes-kes yang tertentu sahaja. Sebagai contoh, kontrak untuk keperluan atau insurans dan juga biasiswa adalah sah jika kanak-kanak yang melaksanakan kontrak tersebut.
Secara mudahnya, bagi yang muflis, tidak waras atau gila atau di bawah umur dewasa adalah tidak layak dan tidak berhak sama sekali untuk terlibat dalam mana-mana urusan kontrak.

2.5       Niat (Intention)
Niat atau kehendak terbahagi kepada 2 iaitu kontrak yang melibatkan perjanjian perniagaan dan perjanjian domestik, keluarga dan sosial. Mengikut andaian yang dibuat, jika kontrak itu melibatkan urusan perniagaannya, pihak-pihak yang terbabit dikatakan mempunyai niat untuk membuat perjanjian, dan mengikat mereka secara sah. Walau bagaimanapun masih boleh disangkal jika mempunyai bukti yang jelas dan kukuh.
Bagi perjanjian yang melibatkan domestik, keluarga dan sosial pula, andaian mengatakan pihak-pihak yang terlibat tidak diniatkan untuk mengikat dan mempunyai hubungan yang mengikat secara sah di sisi undang-undang. Sebagai contoh, sekiranya pihak suami berjanji dengan pihak isteri secara lisan untuk menghadiahkan isteri pakej percutian, namun si suami gagal berbuat berbuat demikian, maka si isteri tidak boleh membuat tuntutan undang-undang.
Namun begitu, jika janji itu direkodkan atau ditulis pada sekeping kertas, perjanjian itu boleh dikuatkuasakan kerana kedua-dua belah pihak dikatakan berniat untuk menghasilkan sesuatu perjanjian yang mengikat kedua-duanya secara sah.

2.6       Kepastian (Certainty)
            Kepastian adalah salah satu elemen yang penting dalam sesebuah kontrak. Perjanjian-perjanjian yang mempunyai unsur ketidakpastian, kabur, tidak jelas, atau mengelirukan adalah batal dan tidak akan mengikat mana-mana pihak yang terbabit.
            Jika kontrak itu mempunyai elemen yang tidak dapat dipastikan sama ada perjanjian itu mencapai syarat utama perjanjian atau tidak, kontrak itu juga boleh terbatal sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 30, Akta Kontrak 1950.

2.7       Kerelaan (Free Consent)
            Semua pihak yang terlibat mestilah mempunyai kerelaan secara bebas. Ini adalah kerana kesahan kontrak ini boleh dipertikai, jika persetujuan pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak ini diterima secara paksa dan tanpa rela.

2.8       Tujuan Yang Sah (Valid Object)
            Perlu diingatkan bahawa, sesuatu kontrak yang dibuat haruslah untuk sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang.

Oleh itu, setiap pihak yang terlibat dalam mana-mana perjanjian mahupun kontrak mestilah mengambil tahu akan kepentingan kesemua elemen dalam kesahan untuk membuat kontrak ini. Jika terdapat satu elemen yang hilang, kontrak itu boleh dipertikaikan dan mungkin akan mengakibatkan terbatal.

Thursday 16 August 2018

Jalan-jalan ke Putrajaya & Kuala Lumpur

Pada hujung minggu yang lalu (10-11/8/2018) ibu, ameer, alya, aqeela n mak uda ikut ayah ke Putrajaya kerana ada urusan kerja di sana. Sebelum itu, kami singgah ke sekolah abang arief di SMKA Maahad, Muar. Suka betul ameer jumpa abang arief. Selepas ke Putrajaya, kami terus ke Kuala Lumpur dan menginap di Hote Grand Campbell berdekatan dengan SOGO. Memang seronok kalau jalan-jalan di KL. Boleh cuci mata n duit pun banyak yang terbang juga..:))