Sunday 24 March 2019

Happy 19th Anniversary "AjaSaharA"

                                                   Image may contain: 2 people, including P'andak Sahar, people smiling, people standing 
Selamat ulangtahun pernikahan untuk suami kesayangan saya.. 
En Mohd Khairusahar Bin Osman aka andak aka sahar aka botak..
Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjaga saya n anak2 dengan saaaaaaangat baik n penuh kasih sayang Dan cinta mati selama 19 tahun ini...
Walaupun rambut nya tak tumbuh2.. 
Walaupun time dia demam manjanye nauzubillah mengalahkan anak dia.. (mesti nak anggur!! dulu kecik2 kalau dia demam arwah mak dia belikan dia anggur.. kalah anak raja..)
Walaupun dia beli mee besar tp xde beli tauge, fishball, daun sup.. (nk goreng mee dgn kicap je ke.. )
Walaupun kita nak makan durian tapi dah setahun duri durian pun tak nampakk..
Walaupun kita suruh dia beli daun ketumbar tp dibelinye daun sup.. (kita nk masak tomyam ni.. Dia kata masukkn daun sup jer x blh ke.?? 🙄)
Walaupun kita suruh dia beli daun kucai tapi dibelinye sayur capcai.. (Allah.. 🤦‍♀️) Walaupun kita suruh dia siram pokok bunga tapi akhirnya kita yg siram..
Tapiiii......
Ayam goreng tepung dia n ayam masak kicap dia mmg terbaik.. (adik2 ipar dia mmg puji)
Sambal tumis dia mmg ikut betul mcm arwah mak dia masak.. (marah betul dia klu kita dh masuk kan gula dulu ke, matikan api ke mmg mulut dia bising..)
Tiap pagi raya mesti dia yg masak menu wajib.. Nasi tomato n ayam masak merah.. (sbb klu masak lain nnt anak2 akan tanye.. 😁)
Kalau dia buat air milo n teh tarik mmg xde sape boleh challenge.. Pekat, likat.. (pergh.. Terus mendekatkan diri pada tuhan)
Dan kita nk ucapkan terima kasih yg tidak terhingga pd arwah mak mertua yg dh melahirkan n menjaga dia.. Sejak dr dlm perut sampai dia keluar...(arwah mak dia kata memang dr dlm perot lg dia dah nakal..😄)
Sebab dah ajar dia basuh pinggan dr kecik sampai la dia tua skrg ni.. Memang dia raaaajinn sgt.. (Walaupun mulut dia membebel2 tapi tgn dia tetap jalan..😆)
Doa n harapan saya smg hubungan kita akan terus diberkati n diredhai n dilindungi oleh Allah swt.. InshaAllah panjang umur kita dpt menunaikan umrah n haji sama2.. Terus lah berdoa semoga cinta hati kita arief, ameera, alya, aqeela n ameer akan mjadi anak yg berhati mulia n terus menyayangi hg akhir hayat kita.. InshaAllah amiinn..💕💕
Salam sayang dr isterimu..
#happyanniversary
#cintahinggakesyurga
#18032000hingga18032019

Tuesday 12 March 2019

Selamat menyambut hari wanita 2019

To all beautiful woman.. Be yourself and you are always beautiful as you are..
Remember to love you.. ♥️♥️♥️🌹
#happywomensday
#08032019

Salam Rejab 2019


Berkata Abu Bakar al-Waraq al-Balkhiy:
Bulan Rejab bulan menanam,  Bulan Sya‘ban bulan menyiram tanaman dan Bulan Ramadhan bulan menuai tanaman.
Beliau juga mengatakan, perumpamaan Bulan Rejab seperti angin, Bulan Sya‘ban seperti awan dan Bulan Ramadhan hujannya.
..
Tiada sandaran daripada Rasulullah SAW dan sahabatnya tentang puasa yang khusus untuk bulan Rejab.
Tetapi diriwayatkan daripada Abi Qilabah berkata: Dalam syurga terdapat istana bagi orang yang berpuasa dalam bulan Rejab. Puasa di sini bukanlah bermaksud puasa fardhu atau sunat tetapi ianya dilakukan untuk bertaqarrub kepada Allah.
..
 Satu peristiwa agung yang berlaku di dalam bulan Rejab iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj adalah salah satu daripada mukjizat Nabi Muhammad saw yang berlaku sebelum hijrah baginda saw ke Madinah, pada malam Isnin, 27 Rejab. Dua peristiwa yang berlaku di dalam satu malam ini adalah bukti kekuasaan Rabbul Jalil.
#salamrejab2019