Wednesday, 23 March 2016

MATLAMAT HIDUP

Setiap insan mempunyai Matlamat Hidup. Namun tidak ramai yang betul-betul mengetahui apa yang diinginkan di dalam hidup. Matlamat Hidup secara ringkasnya bermaksud suatu perkara yang ingin dicapai disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu. Apabila kita sudah mengetahui dan mengenal pasti matlamat hidup yang sebenarnya, kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan matlamat hidup kita tercapai.
Untuk memastikan matlamat hidup yang dirancangkan tercapai, terdapat sepuluh langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan, seperti yang berikut :-
1.                  Pemerhatian kepada diri sendiri
Kita hendaklah mengenal diri sendiri dengan melihat kelemahan dan kekuatan untuk memastikan matlamat dapat dicapai.
2.         Sumbangsaran (Brainstorming)
Otak perlu dirangsang untuk berfikir secara positif dan kreatif untuk memberi idea-idea yang baru.
3.         Bayangkan secara visual
Membayangkan sesuatu peristiwa dapat membantu kita untuk melatih sesuatu pemikiran dan tindakan yang baru, tanpa harus mengalami situasi yang sebenar.
4.         Jangan menilai diri kita sendiri
Seharusnya mintalah pendapat dari orang lain, mungkin kita menilai diri kita baik, tetapi menurut orang lain jawapannya adalah berbeza. Kita perlu menerima pendapat orang lain dengan perasaan yang terbuka.
5.         Perhatikan orang lain
            Membuat perbandingan kita dengan orang lain.
6.         Tumpu pada yang khusus
Untuk memastikan matlamat tercapai, adalah digalakkan untuk menumpukan pada sesuatu perkara yang khusus sahaja. Ditakuti sekiranya membuat banyak perkara pada satu masa, hanya akan menyebabkan  “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”
7.         Senaraikan matlamat hidup kita
Menulis matlamat adalah sangat penting dan seperti membuat perjanjian dengan diri sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran dan sentiasa diingati secara sedar ataupun separa sedar untuk kita mencapainya.
8.         Melibatkan orang lain dalam perkongsian idea
Sentiasa bertanyakan pendapat dengan rakan-rakan sekeliling untuk melahirkan pelbagai idea-idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain.
9.         Analisa matlamat yang berkonflik
Dalam menyelesaikan konflik yang bermasalah, kita mempunyai pelbagai cara untuk menyelesaikannya. Antaranya mengumpul maklumat berkaitan dan selepas itu membuat analisis mengenai semua data, kesimpulan serta pilihan.
10.       Kategorikan pemikiran anda
Kita boleh kategorikan pemikiran seperti contoh kerjaya, ekonomi, hubungan dan matlamat. Perlu tumpukan niat dan pemikiran yang positif serta buang jauh-jauh pemikiran yang negatif.

            Secara kesimpulannya, kejayaan matlamat dalam hidup itu adalah bergantung pada diri kita sendiri, bukan orang lain. Ini bermaksud seandainya kita gagal, tidak ada orang lain yang boleh dipersalahkan melainkan diri kita sendiri. Oleh itu, adalah penting langkah-langkah yang tersebut di atas di ambil perhatian selain doa dan tawakal demi merealisasikan matlamat hidup tercapai.

RUJUKAN :

3. https://books.google.com.my/books. by W.Robert Nay, Ph.d

No comments:

Post a Comment