Saturday, 12 March 2016

Pembelajaran Jarak Jauh tidak mampu untuk menyalurkan komunikasi seperti apa yang pelajar inginkan. Bincangkan.

Menurut Wikipedia (2015), komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumatperasaanidea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Saya tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa pembelajaran jarak jauh tidak akan mampu untuk menyalurkan interaksi peribadi (komunikasi) seperti apa yang pelajar inginkan. Untuk menyokong pendirian ini, saya akan bincangkan sebab-sebab mengapa saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut di perenggan kedua. Perenggan seterusnya, saya akan memberikan cadangan yang konstruktif bagi meningkatkan lagi komunikasi dan interaksi antara tutor dan pelajar OUM. Di perenggan terakhir, saya akan memberikan kesimpulan berkenaan dengan topik yang telah dibincangkan.

Di antara sebab-sebab mengapa saya tidak bersetuju adalah, di era globalisasi masa kini kemudahan internet adalah sangat mudah untuk dicapai. Di pejabat-pejabat kerajaan sekarang, internet dapat dicapai dengan mudah. Malahan di pasar raya - pasar raya besar dan restoran juga, capaian internet sudah boleh didapati dengan cukup mudah melalui wifi zone yang disediakan. Selain itu, peranti pintar juga boleh diperoleh dengan harga yang mampu milik dan cukup murah. Jika dilihat, pelajar-pelajar sekolah sudah memiliki telefon pintar sendiri, apatah lagi pelajar OUM yang rata-rata sudah berkerjaya dan sudah tentu mampu untuk memilikinya. Selain itu juga, terdapat pelbagai saluran media sosial yang boleh dijadikan medium untuk pelajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan tutor tanpa had dan waktu, contohnya seperti aplikasi whatsapp, telegram, twitter dan sebagainya.

Di sini, saya akan memberikan cadangan konstruktif yang boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan komunikasi dan interaksi antara tutor dan pelajar OUM. Pertamanya, tutorial bersemuka boleh dijadikan tempat untuk pelajar terus bertanyakan soalan kepada tutor jika terdapat sebarang persoalan. Tutor akan menjawab terus soalan yang diberikan dan jika tidak faham, soalan susulan masih boleh ditanyakan. Keduanya, perbincangan forum secara dalam talian di laman sesawang OUM boleh dilakukan bersama dengan pelajar sekelas yang lain. Forum ini boleh dijadikan ruang untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan tugas-tugas yang diberikan.


Kesimpulannya, berdasarkan hujah-hujah yang dinyatakan di atas, saya bertegas dengan pendapat saya yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Di zaman yang pesat membangun kini, ICT amat penting dalam bidang pendidikan khususnya pembelajaran jarak jauh, kerana ia mampu untuk membantu meningkatkan komunikasi dan interaksi antara tutor dan pelajar OUM. 

No comments:

Post a Comment