Tuesday, 1 March 2016

TABIAT PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT AKAN MENJEJASKAN KESIHATAN


Assalamualaikum semua... apa khabar? sihat ke? soalan itu yg biasanya kita akan tanyakan pd rakan2 atau pun saudara mara yg lama kita tak jumpa. Kita akan jd terperanjat apabila baru mendapat tahu yg rakan kita tu dulunya seorang yg aktif tiba-tiba mendapat penyakit yang kronik. Apakah punca dan sebabnya ye? Di sini akan saya kongsikan tugasan yg saya buat mengenai pengambilan makanan yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan kita. Semoga bermanfaat untuk semua. Jangan lupa komen ye.

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Corak pengambilan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “Diri Kita Adalah Apa Yang Kita Makan” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

            Amalan pemakanan yang tidak sihat adalah punca utama penyakit-penyakit kronik dan metabolik yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Berikut adalah beberapa sebab mengapa kecenderungan tabiat pemakanan manusia yang rendah apabila usia seseorang semakin meningkat.

1.      Penurunan fungsi deria seperti rasa, bau-bauan, penglihatan dan sentuhan akan mempengaruhi selera makan.
2.      Kehadiran penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan jantung, mungkin memerlukan diet pemakanan yang khusus.
3.      Pengambilan ubat-ubatan yang boleh mengurangkan selera makan dan keadaan tubuh yang boleh menyebabkan muntah dan komplikasi dalam perut.
4.      Tabiat pemakanan yang buruk disebabkan oleh usia tua, nyanyuk atau penyakit yang kronik seperti Parkinson atau Alzheimers.
5.      Penurunan selera makan atau makan makanan yang tidak sihat disebabkan oleh kemurungan, keseorangan, kekeliruan, ketagihan arak atau pengambilan dadah.
6.      Apabila hidup menyendiri dan keseorangan di usia tua, lebih cenderung pengambilan makanan segera kerana malas untuk memasak.
7.      Keengganan untuk memasak sendiri dan tidak mahu meminta pertolongan orang lain akan membawa kepada kemerosotan kesihatan tubuh badan.
8.      Terlampau memilih makanan juga menjadi faktor kesihatan akan terganggu.
9.      Jenis kesihatan yang dihidapi juga boleh mengurangkan selera makan.
10.  Pendapatan yang terhad atau kenaikan harga makanan, membuatkan tidak mampu untuk membeli makanan yang berkhasiat.
Kesimpulannya, menjaga tabiat pengambilan diet pemakanan yang betul dan makan makanan yang seimbang adalah satu strategi penting untuk mengekalkan tubuh kita sentiasa sihat dan dapat mencegah daripada penyakit ketika usia meningkat.

Rujukan :
1. Modul Health & Wellness – Topik 3

2. http://makan2sihat.blogspot.com/p/kepentingan_pengambilan_makanan

No comments:

Post a Comment