Saturday, 26 March 2016

KELEBIHAN & KEBURUKAN BEKERJA SECARA ONLINE DI RUMAH

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN BEKERJA SECARA ONLINE DI RUMAH

Di Malaysia, aktiviti bekerja secara online semakin terkenal dan mendapat sambutan pada masa kini, selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara. Di samping itu, mereka yang bekerja secara online di rumah bukan sahaja terdiri daripada yang bekerja di syarikat-syarikat kecil, malahan juga yang bekerja di syarikat besar, walaupun mereka mempunyai pekerjaan yang tetap tetapi kenaikan kos dan sara hidup yang tinggi menyebabkan mereka berusaha untuk mencari pendapatan sampingan. Hal ini menunjukkan bahawa bekerja secara online di rumah semakin mendapat sambutan hangat kerana dapat memberi kebaikan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, bekerja secara online ini juga mempunyai keburukan yang tidak dapat dijangka. Hal ini akan saya bincangkan di perenggan yang berikutnya.

1.0 KELEBIHAN BEKERJA SECARA ONLINE DI RUMAH

1.1 MASA BEKERJA YANG FLEKSIBEL
            Kita bebas untuk menentukan masa bekerja kita sendiri. Seperti yang sudah dijelaskan di atas, menjalankan kerja secara online di rumah itu sangat mudah kerana kita boleh bekerja di mana pun dan pada bila-bila masa pun kerana semuanya terserah kepada diri kita. Asalkan ada sambungan internet kita sudah boleh menjalankan pekerjaan ini.

1.2 TIDAK MENGELUARKAN BANYAK TENAGA
            Bekerja secara online di rumah boleh dikatakan sebagai pekerjaan yang santai dan tidak terlalu banyak mengerah tenaga. Kita tidak perlu terkejar-kejar untuk ke pejabat dan terpaksa menempuh kesesakan jalan raya ataupun bertemu dengan client. Kita hanya perlu duduk sahaja di depan komputer untuk berkomunikasi dengan client. Jika ingin menghantar informasi hanya melalui e-mel, video dan pelbagai lagi tools yang terdapat di laptop atau PC.

1.3 ISI MASA LAPANG DI RUMAH
            Ini boleh dimaksudkan dengan hobi. Kita boleh menjadikan kerja secara online di rumah sebagai satu wadah di dalam kehidupan untuk mengisi masa lapang di rumah. Jika mempunyai pekerjaan yang tetap, kita masih boleh lakukan selepas waktu bekerja. Di samping itu juga, ia dapat menambahkan pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan seharian dan keluarga.

1.4 IMPIAN UNTUK BEKERJA SENDIRI
            Ramai yang rasa diri mereka tidak sesuai kerja makan gaji atau pun bekerja majikan. Mereka merasakan kehidupan mereka hanya di suruh dan di arah untuk melakukan kerja. Malangnya, kerja keras mereka bukanlah mengkayakan mereka tetapi hanya majikan mereka. Oleh itu, ramai yang mempunyai impian untuk bekerja sendiri dan langkah yang bijak boleh dimulakan dengan online business.

1.5 TIDAK PERLU SEWA PEJABAT ATAU RUANG KEDAI
            Dengan memilih bisnes online sebagai salah satu cara untuk bekerja di rumah, sebenarnya kita sudah memiliki pejabat dan kedai maya sendiri. Semua tempat di mana kita berada adalah pejabat dan kedai sendiri. Kita hanya cuma memerlukan kelengkapan seperti laptop atau PC, dan talian internet. Bukan itu sahaja, kita juga boleh memiliki nama domain perniagaan jika ingin kelihatan lebih profesional untuk meningkatkan lagi bisnes online.

1.6 MENYEIMBANGKAN URUSAN KELUARGA
            Bekerja online di rumah dapat memberikan banyak kesempatan lain untuk memberi sepenuh perhatian kepada keluarga terutamanya yang masih mempunyai anak yang kecil. Kita mempunyai banyak masa bersama keluarga dan bagi suri rumah pula, dapat memberikan perhatian yang lebih untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak di samping menambahkan pendapatan dengan bekerja online di rumah.

1.7 TIDAK MENGHADAPI TEKANAN KERJA
            Ramai yang memilih untuk bekerja secara online di rumah menjadikan alasan ini sebagai satu cara untuk mengurangkan atau menghilangkan stress atau mendapat tekanan di tempat kerja. Tidak kiralah tekanan itu datangnya dari majikan, persekitaran tempat kerja ataupun pekerjaan yang dilakukan. Dengan bekerja online di rumah, kita boleh membuat perancangan sendiri mengikut kesesuaian waktu dan keadaan.

2.0  KEBURUKAN BEKERJA SECARA ONLINE DI RUMAH
           
2.1 MOTIVASI DAN FOKUS MUDAH HILANG
Ini masalah yang biasa bila dah terlalu lama bekerja daripada rumah. Makin lama motivasi anda semakin kurang. Begitu juga dengan fokus. Ia perlu direcharge secara berkala jika ingin meneruskan momentum. Ia juga boleh dipengaruhi dengan faktor luar seperti kata-kata orang sekitar yang cakap kamu menganggur sebab asyik di rumah sahaja.

2.2 PENGURUSAN MASA
Oleh kerana mempunyai kebebasan waktu bekerja, terkadang kala akan membuatkan pekerja dari rumah menjadi sukar untuk mengatur waktunya sendiri. Pekerjaan yang di pejabat biasanya dapat  diselesaikan dalam waktu 1-2 jam, bahkan memakan waktu lebih cepat, dan akan memakan waktu jauh lebih lama jika dikerjakan dari rumah.
Kerana tidak mempunyai waktu khusus untuk bekerja, ada saja orang yang menganggap semua waktu kita adalah free, boleh diganggu tanpa syarat dan ketentuan berlaku. Untuk itu, kita hendaklah menguruskan masa dengan betul. Jadi meskipun bekerja dari rumah, tetap ada waktu untuk bekerja dan ada waktu untuk yang lain-lain.

2.3 JANGAN MUDAH TERTIPU  
Keinginan untuk bekerja online di rumah, menyebabkan kita mematuhi saja perjanjian yang diberikan seperti terpaksa membuat pembayaran pendaftaran untuk memulakan kerja online. Terdapat sikap segelintir manusia yang ingin mengaut keuntungan atas kedaifan orang lain. Itulah yang banyak berlaku bila saja kita mencari peluang kerja online, terlalu banyak scam dan penipuan. Secara umum tidak ada apa yang perlu anda bayar untuk bekerja online. Cuma perlu ada kepakaran dan ilmu untuk membida dan melakukan tugasan yang ditawarkan di freelance marketplace.

2.4 MEMPUNYAI TABIAT BURUK
Contoh kebiasaan tabiat buruk yang boleh dialami dan dijalankan sambil bekerja di rumah adalah  pengambilan makanan yang tidak menentu. Boleh saja tidak menyentuh makanan atau pun kadangkala boleh mengunyah terus setiap saat untuk menghilangkan rasa mengantuk. Selain itu, bagi perokok dan penggemar kopi, bekerja tanpa kedua hal itu rasanya sangat susah untuk dilakukan. Apalagi di rumah sendiri, keduanya adalah sesuatu juadah wajib yang ada di meja kerja agar memudahkan otak untuk mencari idea. Akan tetapi, jika diamalkan selalu ditakuti akan memudaratkan tubuh badan kita.

2.5 KERENAH PELANGGAN
Antara kesan negatif yang timbul bagi yang memilih bisnes online sebagai salah satu cara untuk bekerja online di rumah ialah terpaksa menghadapi kerenah daripada pelanggan. Sebagai contoh, walaupun Malaysia semakin meningkat maju, terdapat ramai lagi masyarakat yang masih tidak mahir menggunakan teknologi maklumat. Peniaga online terpaksa bersabar dengan kerenah pelanggan yang sering tidak berpuas hati dengan produk yang dipasarkan atas alasan hanya membuat pilihan melalui iklan dalam internet sahaja. Keadaan ini juga memberikan impak kepada peniaga yang terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk menghantar barang yang lain semula demi untuk kepuasan pelanggan.

2.6 TIADA MASA PERGAULAN SOSIAL
Ketika kita bekerja di pejabat ataupun di syarikat, kita akan bertemu dengan ramai orang yang berbeza. Hubungan sosial muncul dari hubungan dengan orang-orang tersebut, yang di setiap harinya boleh saja ada keadaan dan bertukar-tukar cerita serta pandangan. Lain halnya dengan bekerja dari rumah, bertegur sapa dan komunikasi kebanyakan hanya dilakukan melalui teknologi. Chatting, SMS, video call, dan lainnya.
Kita boleh saja mengikuti sebuah komentar online yang boleh menghubungkan kita dengan rakan seperti skype, tetapi hubungan sosial di dunia luar jelas sangat berbeza. Lama-kelamaan, jika kita tidak menanganinya dengan lebih lanjut, berkemungkinan besar ini boleh menimbulkan penyakit autisme.

2.7 PERASAAN KEBERANIAN
Walaupun tidak semua yang mengalami situasi seperti ini, tetapi akibat dari terlalu lama tidak mempunyai pergaulan dengan rakan-rakan akan membuatkan mental keberanian sedikit menurun untuk berhadapan dengan dunia nyata. Misalnya, kita sudah terbiasa melakukan segala sesuatu secara online. Menawar barang online, tanya khabar online, sehingga berbalas-balas komen online. Ini mengakibatkan respon kita menjadi lambat terhadap hal-hal yang dilakukan secara nyata, kerana biasanya di dunia online kita tidak berhadapan langsung dengan masalah atau kejadian. Kalau sudah takut, ada beberapa orang yang sampai susah berbicara dengan orang lain di dunia nyata, padahal ketika berada di dunia maya begitu lantang dan banyak bicara.


Kita ambil contoh hal kecil misalnya bertanyakan jalan kerana sesat. Walaupun sudah ada Google Maps, Nokia Drive, dan Apple Maps yang siap membantu, tapi kadang-kadang kita perlu bertanya dengan orang bukan? Keberanian hal yang seperti ini juga boleh menghilang jika kita terlalu lama tidak bersosialisasi dan mengurung diri dalam dunia yang kita ciptakan sendiri.

1 comment: