Sunday 28 February 2016

PROSES PENUAAN TERHADAP MANUSIA

Assalamualaikum semua...

Semakin usia bertambah, tubuh badan kita pun nk kena jaga betul-betul.. Mcm sy ni, selalu sangat sakit-sakit pinggang kadang2 darah tinggi pun naik.. stress kerja kot.. Tapi walau apa pun,  pemakanan harus dijaga dan dikawal.. Nampak sedap semua nk di cuba kan.. Di sini saya sertakan tugasan saya mengenai proses penuaan yg akan berlaku kpd semua manusia.. Semoga bermanfaat.. Jangan lupa komen ya...:)

Proses penuaan adalah merupakan suatu proses semula jadi terhadap manusia di mana akan terjadinya perubahan dari segi fizikal, sosial dan psikologi. Ia adalah satu proses yang berlaku di sepanjang hayat sejak dari manusia itu dilahirkan. Ada di kalangan kita yang tidak dapat melakukan aktiviti fizikal disebabkan oleh masalah kesihatan, kecederaan dan batasan-batasan yang lain. Walau bagaimanapun, ia tidak semestinya dikaitkan dengan sesuatu penyakit. Banyak cabaran yang terpaksa ditempuh untuk mengekalkan pemakanan yang sihat, mengawal berat badan, deria dan anggota badan.

            Terdapat beberapa perubahan kesihatan yang mungkin berkaitan dengan penuaan adalah seperti yang berikut :-

A.)   Perubahan Fizikal
·         Menjadi bongkok
·         Kulit menjadi kering, nipis, mudah pecah dan berkedut
·         Fungsi buah pinggang berkurangan
·         Mudah mendapat penyakit Parkinson
·         Sakit-sakit sendi
·         Perubahan Deria Rasa
·         Masalah Penglihatan dan pendengaran yang berkurangan
·         Permasalahan Gigi
·         Terus bergantung dengan ubat-ubatan

B.)  Perubahan Psikologi
·         Kebolehan berfikir yang semakin berkurangan
·         Menjadi pelupa dan kurang daya ingatan
·         Mudah keliru dan nyanyuk
·         Menjadi lebih sensitif
·         Mementingkan diri sendiri
·         Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
·         Merasa kesunyian
C.)  Perubahan sosial
·         Akan kehilangan teman hidup atau rakan sebaya
·         Kekurangan kuasa/pengaruh
·         Perubahan taraf dan kedudukan
·         Pendapatan berkurangan
·         Perubahan peranan dalam keluarga atau masyarakat.


Kesimpulannya, apabila seseorang  menjadi semakin tua, masalah yang berkaitan dengan kesihatan dan penyakit sememangnya tidak dapat dielakkan. Kebanyakan penyakit yang ada di kalangan warga tua boleh dicegah daripada menjadi semakin teruk jika diberi rawatan dari peringkat awal lagi. Keprihatinan daripada ahli keluarga atau penjaga amat diperlukan agar penyakit yang lebih kronik dapat dicegah. Oleh itu, kita haruslah bersedia dari awal untuk menghadapi masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.


                                                                                                                     


RUJUKAN

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/buku%20kecil/P/pdf/19_penjagaanWargaEmas_BM.pdf

Thursday 11 February 2016

RESEPI KEK PISANG MUDAH

Untuk pengisian yg pertama di blog saya ni, Hari ni saya nk share satu resepi yg sangat-sangat simple untuk ibu-ibu di luar sana yg berkerjaya mcm saya..

Hrmm.. resepi kek pisang.. mmg dh byk resepi nk buat kek pisang ni, tp sy olahkan ikut cara saya..alhamdulillah hasilnye memuaskan, anak-anak suka.. dan kawan-kawan kat opis pun suka..

Caranya senang aje..

Kisarkan hingga lumat dan sebati:-
4 biji pisang lemak manis
1 cwn gula
4 biji telur

lepas tu, tuang dlm mangkuk n masukkan ;-
2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil bikarbonat
(pastikan diayak supaya senang utk menggaul)

Gaul hingga sebati dan masukkan
1 sudu kecil esenvanilla
1 cawan minyak masak

selepas itu, tuangkan didalam loyang yang tlh disapu dgn margerin atau butter.
boleh hias ikut suka..
Bakar dlm oven selama 40 minit.. lps tu dh siap..

bolehla nak buat makan sendiri dgn family... ;)

Selamat mencuba...








Salam Jumaat

Selamat pagi semua..

Salam perkenalan dari saya..
Semoga kewujudan blog ini akan bermanafaat untuk diri sendiri dan insan lain..
InsyaAllah..

~ajasahara~
12.02.2016