Friday 4 November 2016

KONSEP KEANJALAN PERMINTAAN HARGA, KESAN PENGGANTIAN DAN KESAN PENDAPATAN

KONSEP KEANJALAN PERMINTAAN HARGA, KESAN PENGGANTIAN DAN KESAN PENDAPATAN 

Keanjalan adalah merupakan suatu konsep yang penting di dalam bidang ekonomi. Apakah itu keanjalan permintaan? Keanjalan bolehlah didefinisikan sebagai ukuran sensitiviti sesuatu pemboleh ubah (seperti kuantiti diminta atau kuantiti ditawarkan) terhadap perubahan penentu-penentunya. (seperti harga atau pendapatan). Secara amnya, nilai keanjalan boleh diperoleh melalui formula berikut :-

Keanjalan  = Peratus Perubahan Kuantiti /
                 Peratus Perubahan Penentu

Konsep keanjalan yang berkait rapat dengan pengguna ialah konsep keanjalan permintaan. Keanjalan permintaan boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan permintaan silang. Manakala konsep keanjalan yang berkait rapat dengan pengeluar pula adalah terdiri daripada keanjalan penawaran dan keanjalan pengguna input. Keanjalan permintaan dibahagikan kepada empat jenis yang berasaskan kepada penentu utama yang mempengaruhi permintaan sesuatu barang iaitu :-
1.1       Keanjalan Permintaan Harga – Kesan perubahan harga sesuatu barang terhadap kuantiti diminta.
1.2       Kesan Permintaan Pendapatan – Kesan perubahan pendapatan pengguna terhadap permintaan sesuatu barang.
1.3       Keanjalan Silang - Kesan Perubahan harga barang lain terhadap sesuatu barang.
1.4       Keanjalan Penawaran Harga – Kesan perubahan kuantiti yang ditawarkan terhadap perubahan harga.

Konsep keanjalan boleh di aplikasikan oleh pembuat dasar, pengeluar dan juga pengguna. Untuk tugasan yang diberikan, apakah konsep keanjalan ini dapat di aplikasikan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia? Jawapannya akan cuba dihuraikan di perenggan yang berikutnya.

1.1       Keanjalan Permintaan Harga

            Keanjalan Permintaan Harga didefinisikan sebagai ukuran darjah responsif atau kadar perubahan kuantiti diminta kesan perubahan harga barang itu sendiri. Ia diukur melalui peratus perubahan dalam kuantiti diminta yang disebabkan oleh perubahan harga sebanyak satu peratus dan ukuran ini tidak memiliki sebarang unit. Nilai keanjalan permintaan harga boleh diperoleh melalui formula yang berikut :-
                                           Ed = Peratus Perubahan Kuantiti diminta /
                                                    Peratus Perubahan Keluarga

Sebagai contoh, jika berlakunya kenaikan harga perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia, maka ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan kuantiti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang di minta oleh rakyat. Nilai keanjalan permintaan harga boleh ditentukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu keanjalan titik dan keanjalan lengkuk atau titik tengah. Keanjalan lengkuk adalah purata keanjalan antara dua titik di atas keluk yang sama manakala keanjalan titik adalah mengukur nilai keanjalan pada satu titik di atas keluk. Formula keanjalan titik adalah seperti berikut :-
               Ed  =((Q1-Q0)/Q0  × 100)/((P1-P0)/P0  × 100)
                =  ΔQ/ΔP×  P0/Q0   

Ini adalah di mana, Q0 adalah kuantiti asal dan Q1 adalah kuantiti baru, manakala P0 adalah harga asal dan P1 adalah harga baru. Simbol  digunakan adalah untuk mewakili perubahan contohnya :-
                                               ∆Q=Q1-Q0

1.2.1    Jenis-jenis Keanjalan Permintaan Harga adalah seperti berikut:-
·         Anjal                                       =         1<Ed <infiniti     
·         Tidak anjal                              =          0<Ed <1
·         Anjal Satu                               =               Ed=1        
·         Tidak Anjal Sempurna            =                Ed=0         

·         Anjal Sempurna                      =               Ed= infiniti  


1.2       Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keanjalan Permintaan Harga ialah

1.2.1    Barangan Pengganti
            Antara penentu utama keanjalan permintaan harga adalah bilangan barangan pengganti yang ada serta tahap persamaan di antara barangan pengganti. Semakin banyak barangan pengganti yang ada dan semakin hampir sama barangan pengganti tersebut, maka semakin anjal permintaan barangan itu.
Sebagai contoh, permintaan untuk ubat-ubatan adalah tidak anjal kerana tidak banyak barangan lain yang boleh menjadi pengganti kepada ubat-ubatan tersebut. Namun, jika kita lihat kepada jenama ubat-ubatan tersebut, kenaikan harga bagi satu jenama akan menyebabkan pengguna beralih kepada jenama yang lain. Ini bermakna permintaan untuk satu jenama ubat-ubatan adalah lebih anjal. Di sini kita boleh katakan bahawa kesan penggantian disebabkan oleh perubahan harga adalah lebih besar jika terdapat lebih banyak barangan pengganti yang wujud.

1.2.2    Nisbah Bajet
            Semakin tinggi nisbah pendapatan yang dibelanjakan untuk sesuatu barangan, semakin tinggi kemungkinan yang kita akan kurangkan penggunaan barang tersebut apabila harganya meningkat. Oleh itu, permintaan akan menjadi lebih anjal untuk barangan seperti pakaian dan pengangkutan. Tetapi jika sebaliknya, keanjalan untuk barangan seperti garam dan roti yang merupakan perbelanjaan yang kecil daripada pendapatan kita adalah rendah.
           
1.2.3    Jangka Masa
            Jika harga barangan meningkat, kita memerlukan masa untuk membuat perubahan dalam perbelanjaan kita dan untuk mencari pengganti. Justeru, semakin panjang masa yang ada, semakin anjal permintaan sesuatu barangan.

1.2.4    Bilangan Kegunaan
            Semakin banyak kegunaan sesuatu barangan, maka permintaan harganya semakin anjal.












No comments:

Post a Comment