KESAN-KESAN DASAR KEWANGAN KEPADA KADAR PENGANGGURAN
DI MALAYSIA
Pengangguran
boleh didefisinikan sebagai tenaga buruh yang mahu bekerja tetapi masih belum
mendapat pekerjaan. Kadar pengangguran dipengaruhi oleh masalah ekonomi yang
berlaku di sesebuah negara di mana terdapat kekurangan penawaran pekerjaan oleh
pihak majikan di pelbagai sektor maka sebilangan tenaga buruh tidak mendapat
pekerjaan walaupun mereka mempunyai kelayakan dari segi pendidikan dan
kemahiran. Penggantian tenaga kerja manusia kepada tenaga mesin juga sedikit
sebanyak menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran di kalangan tenaga
buruh.
Pengiraan
kadar pengangguran adalah melibatkan kadar peratus jumlah tenaga buruh yang
tidak mendapat pekerjaan berbanding dengan jumlah tenaga buruh dimana boleh
diringkaskan seperti berikut
Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur /
Tenaga Buruh) x 100%
Dengan
contoh, jika jumlah tenaga buruh adalah seramai 2 juta orang dan jumlah
penganggur pula seramai 0.3 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran adalah
sebanyak 15%. Kadar pengangguran boleh
dikurangkan sekiranya terdapat peningkatan pada kadar guna tenaga,
pendapatan/keluaran tenaga dan pencapaian ekonomi di sesebuah negara.
Penggunaan tenaga penuh dalam ekonomi boleh dicapai apabila kadar pengangguran
berada pada paras 4%.
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, menyatakan bahawa kadar
pengangguran di Malaysia menunjukkan peningkatan sekitar 3 ke 3.3% setahun
sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 sejak 2011 hingga Jun, 2015. Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 75% graduan
akan mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas mereka tamat belajar
dengan Malaysia mempunyai sejumlah 14 juta tenaga kerja dengan lebih 400,000
orang mencari pekerjaan pada setiap masa (Astro Awani, 14 Jun 2015).
Laporan dari MIDF
Research dalam nota kajian mereka pula menunjukkan kadar pengangguran pada
tahun 2014 semakin meningkat dari 2.7% pada bulan Oktober kepada 3.3% pada
bulan Disember, dimana kadar pengangguran berada pada 478,100 berbanding
453,300 pada bulan sebelumnya. Kadar ini masih rendah jika dibandingkan dengan
kadar pengangguran pada 4.1 peratus ketika Malaysia mengalami krisis kewangan
pada tahun 2008. Jumlah pengangguran negara berada pada 432,100 pada
Disember 2015 dengan kadar penyertaan tenaga kerja adalah sebanyak 67.8% dari
67.7% meningkat 0.1%, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik.
Kajian yang dilakukan oleh Jobstreet.com
mendedahkan 41% majikan di Malaysia mengambil tindakan mengurangkan pengambilan
pekerja baru pada separuh kedua tahun 2015. Kajian ini sedikit sebanyak
menunjukkan bahawa aliran pertumbuhan pekerjaan di Malaysia mengalami penurunan
bagi tempoh enam bulan pertama pada tahun 2015 berbanding 14% dalam tempoh yang
sama pada tahun 2014 (Astro Awani, 22 April 2015).
No comments:
Post a Comment