Saturday 7 December 2019

Financial Accounting BBAW 2103 : Nilai Maklum Balas Dan Nilai Ramalan Berdasarkan Laporan Tahunan Syarikat

Pengenalan
IJM Corporation Berhad adalah salah satu daripada konglomerat utama Malaysia dan disenaraikan di Pasaran utama Malaysia dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia Securities Berhad. Aktiviti perniagaan terasnya meliputi pembinaan, pembangunan hartanah, perkilangan dan kuari, konsesi infrastruktur dan ladang. IJM Corporation Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1983. Nama “IJM” adalah berasal daripada gabungan tiga syarikat yang berbeza. “I” diambil daripada syarikat IGB Contruction Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1981, “J” daripada syarikat Jurutama Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1970 dan “M” diambil daripada syarikat Mudajaya Conruction Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1965. Pada April 2007, IJM memperoleh syarikat Road Builder Group (RBH), iaitu pesaing terdekatnya untuk meningkatkan kedudukannya sebagai salah satu Pembina terbesar di negara ini. Selain untuk mengukuhkan portfolio kontrak pembinaan, bank hartanah dan infrastruktur. Kumpulan yang diperbesarkan membolehkan IJM mencapai faedah sinergi yang besar, terkenal dan memudahkan pengembangannya untuk ke pasaran luar negara. (Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/IJM_Corporation )


Di sini dilampirkan laporan tahunan Syarikat IJM Berhad bagi tahun berakhir 31 Mac 2018.

 Maklum Balas Dan Nilai Ramalan

Syarikat IJM yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia adalah sebuah syarikat yang kukuh dari segi kewangan. Melalui laporan kewangan yang telah dilampirkan, menunjukkan bahawa syarikat IJM mempunyai asset yang melebihi dari nilai hutang sedia ada iaitu selepas cukai sebanyak lebih 8 juta Ringgit Malaysia.
       Objektif analisis adalah membuat penilaian ke atas aspek tertentu terhadap prestasi syarikat. Maklumat yang diperlukan oleh pengguna bergantung kepada jenis keputusan yang dikehendaki. Syarikat boleh memberikan kepada pengguna penyata kewangan kepada penyata pendapatan mengikut prestasi operasi syarikat dalam tempoh tertentu, kebiasaannya dalam tempoh yang berakhir pada akhir tahun iaitu 31 Disember. Maklumat yang disediakan dalam penyata pendapatan adalah untuk menilai prestasi syarikat. Prestasi syarikat boleh diukur melalui beberapa aspek penting dalam penyata pendapatan yang perlu diberi keutamaan. Pengguna akan membuat penilaian daripada penyata kewangan yang disediakan.
Nilai maklum balas yang relevan mestilah boleh membantu para pengguna untuk mengesahkan atau membetulkan jangkaan awal sesuatu perkara itu. Manakala nilai ramalan yang relevan mestilah dapat membantu para pengguna untuk membuat ramalan. Antara nilai ramalan yang dapat diberikan oleh pengguna ialah :-
a)      Angka jualan boleh dibandingkan dengan jualan syarikat bagi tahun sebelumnya dan jualan jangkaan untuk masa hadapan. Maklumat ini juga boleh digunakan untuk merancang masa depan syarikat.
b)      Keuntungan kasar/rugi kasar boleh dibandingkan dengan angka jualan untuk menunjukkan keuntungan daripada produk atau perkhidmatan yang disediakan.
c)      Perbelanjaan firma boleh dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya untuk melihat polisi mana yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan kos.

Pengguna kini sudah mahir dalam memilih sesebuah syarikat untuk melabur dan pengguna juga dapat memberikan maklum balas dan ramalan kepada syarikat yang di pilih bergantung kepada laporan tahunan kewangan yang dikeluarkan. Biasanya pengguna akan mengkaji beberapa perkara terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dalam memberikan maklum balas kepada sesebuah syarikat seperti :-
·         Aset – Aset adalah sumber ekonomi yang sangat berharga yang dimiliki oleh syarikat perniagaan. Aset boleh digunakan dalam beberapa aktiviti seperti pembuatan, kegunaan dan pertukaran. Melalui asset pengguna boleh memberikan maklum balas sama ada perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah syarikat adalah mempunyai potensi yang tinggi atau dapat memberikan faedah pada masa akan datang.
·         Liabiliti – Kebanyakan perniagaan sebenarnya perlu untuk membuat pinjaman bagi membiayai asset perniagaan atau membeli asset seperti bahan mentah secara kredit. Liabiliti terdiri daripada liability semasa dan liability jangka panjang. Liabiliti semasa ialah liabiliti jangka pendek atau hutang yang akan matang dalam tempoh satu tahun atau kurang. Liabiliti jangka panjang pula adalah taganggungjawab atau tanggungan yang matang dalam tempoh melebihi satu tahun.
·         Pengurusan Modal – Strategi pengurusan modal bersifat dinamik dan menjangkau masa depan, melibatkan pengurusan keperluan modal perniagaan baharu dan sedia ada serta mengambil kira persekitaran perniagaan yang memberi kesan kepada keperluan dan nilai syarikat.


KESIMPULAN

Dapat dirumuskan bahawa sejauh mana sesuatu maklumat itu dianggap relevan bergantung pada kepentingannya dalam membuat keputusan dan ia mungkin berbeza daripada pembuat keputusan dengan yang lain. Nilai maklum balas yang relevan mestilah boleh membantu para pengguna untuk mengesahkan atau membetulkan jangkaan awal sesuatu perkara itu. Manakala nilai ramalan yang relevan mestilah dapat membantu para pengguna untuk membuat ramalan. Setiap syarikat harus mempunyai laporan kewangan tahunan bagi membolehkan syarikat mengawal selia tahap kemampuan syarikat untuk meneruskan perniagaan mereka. Peningkatan dari segi nilai tunai dan asset syarikat adalah pemangkin kepada kesinambungan perlaksanaan perniagaan akan datang. Penguna dan pelabur akan melihat kepada laporan tahunan syarikat untuk menentukan mereka terus melabur ke atas syarikat tersebut atau tidak. Mereka semakin bijak melihat dan membuat ramalan kepada sesuatu laporan kewangan syarikat dalam mendapatkan maklumat dan membuat ramalan akan keberuntungan atau kerugian apabila ingin membuat pelaburan ke atas syarikat tersebut.                                       

No comments:

Post a Comment