Monday, 19 February 2018

Tips murah rezeki untuk suami & isteri

Berikut adalah 10 Tip Murah rezeki untuk suami dan isteri…
1. Bermesra dan gembirakan sentiasa pasangan hidup
2. Murahnya rezeki suami bila belanja isteri
3. Ramaikan cahaya mata. cahaya mata adalah rezeki tidak ternilai
4. Makan bersama anak-anak dan isteri lagi banyak rezeki dikurniakan
5. Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta berpanggilan manja
6. Menenangkan hati isteri ketika resah setiap masa
7. Cium dan peluk isteri sebelum keluar kerja
8. Salam dan cium tangan suami sebelum suami keluar rumah
9. Bermain-main dan berseloroh dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka
10. Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam
  
Islam mengajar umatnya untuk membina institusi keluarga yang bahagia dan kukuh. Dalam mencapai ini, suami, isteri dan anak-anak perlu saling menghormati satu sama lain. Rezeki Allah swt amat luas untuk keluarga yang bahagia.
Sama-sama amalkan tabiat murah rezeki bersama keluarga tercinta mudahan di redhai rezeki kita sekeluarga…
1. Didik anak-anak untuk menyimpan dan juga bersedekah
2. Bawa anak-anak membantu orang tua-tua dan anak yatim piatu
3. Suami dan isteri bertanggungjawab dalam menggembirakan anak-anak
4. Makan bersama-sama jangan lupa solat berimam juga bersama sekeluarga
5. Didik anak solat, membaca Al Quran dan berpuasa
6. Ajar anak doa-doa yang mudah untuk diamalkan
7. Didik anak-anak untuk menghormati ibu bapa dan orang tua
8. Jangan biarkan anak-anak bergaduh berpanjangan, begitu juga suami isteri!
9. Gunakan perkataan dan pertuturan yang baik dan lemah lembut sesama keluarga
10. Tambahkan zuriat sekiranya mampu untuk lebih murah rezeki!

Rezeki sememangnya luas, lebih luas lagi apabila diusahakan bersama keluarga!
kredit to :www.OpenEdu.com.my

No comments:

Post a Comment