Tuesday 3 April 2018

LAPORAN PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT


LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

1.0  PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT

1.1       Tema                                       :           “Sekolah Ku Syurga Ku”
1.2       Nama Projek                           :           Mengindahkan Pra sekolah Ibnu Khaldun
1.3       Tarikh Pelaksanaan                 :           24.2.2018 (Sabtu)
            Projek
1.4       Tempat                                    :           Pra sekolah Ibnu Khaldun, SK Seri Aman
1.5       Tuan Penasihat                        :           En Aseri Bin Kassan
                                                                        - Guru Besar, SK Seri Aman 
1.6       Ahli Kumpulan Projek            :          
            Pengerusi                                 :           En Kamisan Bin Kosnon
            Setiausaha                               :           Pn Siti Hajar Binti Mohd Jalil
            Bendahari                                :           Pn Norafizah Binti Ruah
            Ahli Jawatankuasa                  :          
            Dokumentasi/Jemputan &       :           Pn Rozita Binti Paiman
            Fotografi                    
            Keselamatan                            :           En Amat Tasran Bin Abdullah
            Makanan & Minuman             :           Pn Nor Suraya Binti Ghuzalli
                                                                        Pn Sara Binti Sa’at
            Penyediaan Alatan                  :           En Esa Bin Atan
                                                                        En Mohd Khairusahar Bin Osman
1.7       Organisasi Terlibat                  :           Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG),
                                                                        Prasekolah Ibnu Khaldun, SK Seri Aman



 2.0       OBJEKTIF PROJEK

i)          Menjalinkan hubungan mesra di antara guru dan ibu bapa.
ii)         Memupuk kesedaran diri dan keprihatinan di kalangan ibu bapa kepentingan untuk mendidik anak menjaga kebersihan di sekolah.
iii)        Memberi perangsang dan motivasi kepada ibu bapa supaya anak-anak dapat menjaga kebersihan kawasan sekolah dan juga rumah.
iv)        Memberi pendedahan dan kesedaran kepada ibu bapa tentang tanggungjawab sosial terhadap kawasan pembelajaran anak-anak.


3.0       PERANCANGAN

            Projek ini telah dirancang sejak dari awal bulan Februari 2018. Perancangan awal dibuat agar projek ini dapat berjalan dengan lancar. Pemilihan projek ini telah dicadangkan oleh Pn Siti Hajar Binti Mohd Jalil sebagai memenuhi tuntutan untuk menyiapkan tugasan Khidmat Masyarakat yang telah diberikan. Di samping itu juga, pihak pra sekolah sememangnya ingin membuat gotong-royong bagi menceriakan kawasan kelas dan sekitar kawasan pra sekolah.
            Pelbagai pihak telah terlibat di dalam menjayakan projek ini. Keizinan daripada Encik Aseri Bin Kassan, Guru Besar, SK Seri Aman dan juga sokongan yang diterima daripada guru kelas pra sekolah, Ibnu Khaldun, Encik Kamisan Bin Kosnon telah banyak membantu dalam merealisasikan projek ini. Selain itu juga, kesediaan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Prasekolah Ibnu Khaldun, SK Seri Aman untuk sama-sama memberikan kerjasama telah membakar semangat untuk meneruskan projek gotong-royong untuk mengindahkan dan membersihkan kawasan pra sekolah ini hingga terlaksana.    
            Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan yang dibuat telah dipersetujui dengan sebulat suara. Perlantikan ahli jawatankuasa serta agihan tugas telah diberikan secara adil dan saksama oleh setiap ahli kumpulan. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan di buat supaya projek ini tidak melebihi pendapatan yang ada. Berikut ialah anggaran perbelanjaan bagi projek ini.
  
3.1       BELANJAWAN PROJEK MENGINDAHKAN DAN MEMBERSIHKAN   KAWASAN PRASEKOLAH IBNU KHALDUN, SK SERI AMAN.

PENDAPATAN
RM
PERBELANJAAN
RM
PIBG
Sumbangan Peribadi
200.00
150.00
Peralatan Mengecat/Pembersihan/Cat
Pasu/Tanah/Baja/Pokok Bunga
Jamuan Ringan
Cenderahati
150.00
100.00
50.00
50.00
JUMLAH
350.00
JUMLAH
350.00

 4.0       PELAKSANAAN AKTIVITI

            Pada 24hb Februari 2018, bermula seawal jam 8.00 pagi, saya bersama-sama dengan Guru Kelas Pra Sekolah Ibnu Khaldun, Pembantu Pengurusan Murid serta beberapa orang guru dan ahli persatuan ibu bapa sekolah mengglembeng tenaga untuk mengindahkan serta membersihkan kawasan pra sekolah. Sebelum aktiviti bermula, kami telah diberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan.
            Sepanjang berada di sana, kami semua telah bersama-sama berganding bahu membersihkan kawasan sekolah seperti mencuci kelas, mengelap meja, kerusi dan cermin tingkap. Sebahagian ibu bapa yang hadir juga membersihkan tempat permainan kanak-kanak. Di samping itu juga, aktiviti mengecat dan melukis mural di dinding kelas agar kelihatan cantik dan dapat menarik minat anak-anak untuk hadir ke sekolah. Selain itu juga, pokok-pokok bunga di tanam di dalam pasu dan di gantung di taman bunga supaya kelihatan kemas dan tersusun.
            Sebagai penutup, kami telah menyediakan jamuan ringan untuk dinikmati bersama ibu bapa di samping beramah mesra dan membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan selepas ini. Sebelum pulang, kami semua bersalam-salaman dan bermaaf-maafan serta memberikan bungkusan cenderahati sebagai tanda terima kasih.
  
5.0       KOMEN
           
            Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya direalisasikan dan matlamat untuk mengindahkan serta mencantikkan kelas pra sekolah telah dapat dihasilkan. Daripada pemerhatian yang dibuat, para ibubapa gembira menerima cenderamata yang diberikan dengan menyatakan perasaan gembira dan ucapan terima kasih. Perhubungan di antara guru dan ibubapa juga menjadi bertambah erat dan mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk menambaikkan kawasan pra sekolah di masa akan datang.

 6.0       PENGHARGAAN

            Tidak dapat dinafikan semangat kerja berpasukan dan kerjasama yang diberikan di antara satu sama lain adalah merupakan punca utama kejayaan projek ini. Bagi pihak saya pula, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Tuan Guru Besar yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan projek ini. Di samping itu juga, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh guru pra sekolah serta pihak pengurusan sekolah telah mendorong saya lebih yakin untuk merealisasikan projek ini dan seterusnya tugasan yang diberikan dapat disiapkan. Saya merasa sungguh gembira kerana telah dapat menyumbangkan sesuatu yang sangat berguna dan bermanfaat untuk masyarakat.

No comments:

Post a Comment