Wednesday 28 April 2021

PENGURUSAN KEWANGAN II BBPW 3203

 

1.0    PENGIRAAN NISBAH BAYAR KELUAR DIVIDEN SYARIKAT-SYARIKAT ASTRO DAN MAXIS UNTUK TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

 

Apakah Nisbah Bayar keluar Dividen? Nisbah Bayar Keluar Dividen ialah (DPR) iaitu jumlah dividen yang dibayar kepada pemegang saham berhubung jumlah pendapatan bersih. Pendapatan Bersih ialah item baris utama tidak hanya dalam penyata pendapatan, tetapi di ketiga-tiga penyata kewangan teras. Walaupun diperoleh melalui penyata pendapatan, keuntungan bersih juga digunakan dalam kunci kira-kira dan penyata aliran tunai syarikat menjana. Nisbah Bayar Keluar Dividen dikira dengan membahagikan dividen tunai firma sesaham dengan pendapatan sesaham. Formula untuk mengira DPR ialah seperti berikut :-

 

DPR                                        =         DPS / EPS

Nisbah Bayar Keluar Dividen =         Dividen Sesaham / Pendapatan Sesaham

 

2.1       Nisbah Bayar Keluar Dividen bagi Astro Malaysia Holdings Berhad

(Sila Rujuk Jadual 3 : Maklumat Kewangan Syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad Untuk Tahun 2017,2018 dan 2019)

 

a)      2017

 

Dividen Sesaham (DPS)                    =          12.5 sen sesaham

 

Pendapatan Sesaham (EPS)             =          12.0 sen sesaham

 

            Nisbah Pembayaran Dividen           =          12.5 / 12.0

 

                                                                        =          1.04   

 

Nisbah pembayaran dividen bagi syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad untuk tahun 2017 ialah sebanyak 1.04 sen sesaham.

 

 

 

b)     2018

 

Dividen Sesaham (DPS)                    =          12.5 sen sesaham

 

Pendapatan Sesaham (EPS)             =          14.8 sen sesaham

 

            Nisbah Pembayaran Dividen           =          12.5 / 14.8

 

                                                                        =          0.84  

 

Nisbah pembayaran dividen bagi syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad untuk tahun 2018 ialah sebanyak 0.84 sen sesaham.

 

 

 

c)      2019

 

Dividen Sesaham (DPS)                    =          9.0 sen sesaham

 

Pendapatan Sesaham (EPS)             =          8.9 sen sesaham

 

            Nisbah Pembayaran Dividen           =          9.0 / 8.9

 

                                                                        =          1.01  

 

Nisbah pembayaran dividen bagi syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad untuk tahun 2019 ialah sebanyak 1.01 sen sesaham.

 

 

 

 

 

 

2.2       Nisbah Bayar Keluar Dividen bagi Maxis Communications Berhad

(Sila Rujuk Jadual 6 : Maklumat Kewangan Syarikat Maxis Communications Berhad Untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019)

 

a)      2017

 

Dividen Sesaham (DPS)                    =          20.0 sen sesaham

 

Pendapatan Sesaham (EPS)             =          28.5 sen sesaham

 

            Nisbah Pembayaran Dividen           =          20.0 / 28.5

 

                                                                        =          0.70  

 

Nisbah pembayaran dividen bagi syarikat Maxis Communications Berhad untuk tahun 2017 ialah sebanyak 0.70 sen sesaham.

 

 

b)     2018

 

Dividen Sesaham (DPS)                    =          20.0 sen sesaham

 

Pendapatan Sesaham (EPS)             =          22.8 sen sesaham

 

            Nisbah Pembayaran Dividen           =          20.0 / 22.8

 

                                                                        =          0.87  

 

Nisbah pembayaran dividen bagi syarikat Maxis Communications Berhad untuk tahun 2018 ialah sebanyak 0.87 sen sesaham.

 

 

 

c)      2019

 

Dividen Sesaham (DPS)                    =          20.0 sen sesaham

 

Pendapatan Sesaham (EPS)             =          19.4 sen sesaham

 

            Nisbah Pembayaran Dividen           =          20.0 / 19.4

 

                                                                        =          1.03  

 

Nisbah pembayaran dividen bagi syarikat Maxis Communications Berhad untuk tahun 2019 ialah sebanyak 1.03 sen sesaham.

 

  

 3.0 ANALISIS NISBAH BAYAR KELUAR DIVIDEN SYARIKAT-SYARIKAT ASTRO DAN MAXIS UNTUK TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

 

3.1       Analisis Nisbah Bayar Keluar Dividen bagi Astro Malaysia Holdings Berhad

 

            Laporan Kewangan Astro bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2019 (FY19) (sila rujuk Jadual mencatatkan pendapatan stabil pada kadar RM5.48 bilion. Pendapatan turun berbanding RM5.53 bilion daripada tahun sebelumnya berikutan penurunan dalam langganan dan hasil pengiklanan tetapi ini telah diimbangi oleh pengingkatan dalam jualan barang-barang dan pendapatan pelesenan.  Pengurangan dalam hasil langganan adalah disebabkan oleh pembelian pakej yang lebih rendah, manakala pendapatan iklan pula dipengaruhi oleh kelembapan dalam pasaran pengiklanan.

Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) menurun -12% dari tahun ke tahun kepada RM1.6 bilion. Keuntungan Selepas Cukai Dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) pula berkurangan sebanyak -40% dari tahun ke tahun kepada RM463 juta daripada RM771 juta pada tahun 2018; keputusan ini didorongi oleh kos pelaburan kandungan sukan yang tinggi, kos pembayaran secara ‘one-off’ untuk pekerja yang terlibat dengan SkimPemisahan Sukarela dan kerugian tukaran mata wang asing yang masih belum direalisasikan ke atas liability pajakan kewangan; (‘Normalised’ PATAMI -17% dari tahun ke tahun kepada RM563 juta, tidak termasuk kos pembayaran secara ‘one-off’ untuk pekerja yang terlibat dengan Skim Pemisahan Sukarela dan kerugian tukaran mata wang asing yang masih belum direalisasikan ke atas liability pajakan kewangan).  

            Hasil Purata Setinggan Pelanggan (ARPU) yang terjana daripada perkhidmatan TV berbayar (‘Pay TV’) tetap kekal pada RM99.9. Pendapatan dagangan pula meningkat pada kadar dua digit; +29% dari tahun ke tahun kepada RM374 juta. Jumlah perbelanjaan pengiklanan (Adex) telah susut -5% dari tahun-ke-tahun daripada RM722 juta kepada RM687 juta manakala Adex untuk segmen Digital telah melonjak sebanyak +43% kepada RM50 juta.

Walaupun Aliran Tunai Bebas (FCF) yang kukuh bernilai RM1.3 bilion membolehkan dividen interim ke-empat dicatatkan pada kadar 1.50 sen sesaham namun, FY19 mencatatkan EPS dan DPS Astro telah menyusut sebanyak 39.9% dan 40%. Astro mengumumkan DPS pada 2017 dan 2018 sebanyak 12.5 sen sesaham manakala telah menurun sebanyak 9.0 sen sesaham pada 2019.

 

 

3.2       Analisis Nisbah Bayar Keluar Dividen bagi Maxis Communications Berhad

 

Maxis Communications Berhad mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM355 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2019 berbanding RM266 juta dalam tempoh sama tahun lepas. Ini sebahagian besarnya didorong oleh pertumbuhan pascabayar yang kukuh, purata pendapatan setiap pengguna (ARPU) yang tinggi dan pertumbuhan langganan fiber dalam kalangan pengguna dan perusahaan yang konsisten. Pendapatannya juga naik kepada RM2.59 bilion daripada RM2.44 bilion sebelum ini dalam suku tahun yang sama.

Bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2019 (sila rujuk Jadual 5), keuntungan bersih berjumlah RM1.52 bilion berbanding RM1.78 bilion pada tahun kewangan 2018, manakala pendapatan meningkat kepada RM9.31 bilion daripada RM9.19 bilion sebelum ini. Pendapatan Perkhidmatan telah menurun sebanyak 25% kepada RM8,068 juta daripada RM8,271 juta dan terus menurun pada 2019 sebanyak -3.4% kepada RM7,797 juta. EBITDA dinormalkan turun 8.4% ke RM3.843 juta daripada RM4,195 juta dan terus menurun sebanyak -2.0% ke RM3,768 juta kerana kos satu-kali pada suku keempat, yang berkaitan dengan mobilisasi strategi baru, termasuk pemindahan asas fiber yang sedia ada kepada pelan-pelan baru. Akibat daripada kos satu-kali, PAT yang dinormalkan menurun sebanyak 14.7% daripada RM 2,074 juta kepada RM1,768 juta dan semakin menurun pada 2019 sebanyak -15.2% kepada RM1,500 juta. Dengan sokongan aliran tunai bebas yang kuat, Maxis mengisytiharkan dividen interim bersih keempat sebanyak 5 sen sesaham, membawa dividen bagi sepanjang tahun kepada 20 sen sesaham.

 

Rumusan Tahun-ke-Tahun 2017, 2018 dan 2019

 

Butiran

Tahun Kewangan 2019 (RM’m)

Tahun Kewangan 2018 (RM’m)

Tahun Kewangan 2017 (RM’m)

Tahun-ke-Tahun 2017-2018 (%)

Tahun-ke-Tahun 2018-2019 (%)

Pendapatan perkhidmatan

7,797

8,068

8,271

(2.5)

(-3.4)

EBITDA dinormalkan

3,768

3,843

4,195

(8.4)

(-2.0)

PAT dinormalkan

1,500

1,768

2,074

(14.7)

(-15.2)

Dividen Sesaham

20.0

20.0

20.0

 

 

 

 

 

3.0              PENILAIAN NISBAH BAYAR KELUAR DIVIDEN SYARIKAT-SYARIKAT ASTRO DAN MAXIS UNTUK TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

 

4.1       Penilaian Nisbah Bayar Keluar Dividen bagi Astro Malaysia Holdings Berhad

            Astro mencatatkan penurunan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) sebanyak 8% kepada RM463 juta bagi tahun 2019 berbanding tahun 2018 iaitu RM771 juta dan RM624 juta pada 2017.  Aliran Tunai Bebas (FCF) juga mencatatkan penurunan iaitu sebanyak RM1,291. Walaubagaimanapun, Hasil Purata Setiap Pelanggan (ARPU) yang terjana daripada perkhidmatan TV berbayar kekal kukuh pada RM99.90. Di antara faktor-faktor yang menyebabkan pemegang saham dengan yakin untuk melabur dengan Astro adalah kerana pengurusannya yang mampu membuat keputusan yang penting untuk melaksanakan kajian strategic dari setiap ruang lingkup perniagaan bagi memastikan Astro akan terus kekal efisein dan cekap dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan. Antaranya ialah:

·         Memberi focus utama untuk terus menyediakan perkhidmatan kepad 5.7 juta isi rumah di Malaysia dan 23 juta individu menerusi platform perkhidmatan TV berbayar dan NJOI, dengan menyediakan kandungan premium yang unik dan berbeza serta mampu menarik perhatian penonton merentasi setiap platform.

·         Astro sentiasa berusaha untuk terus mengukuhkan perkhidmatan pelanggan, mempelbagaikan variasi kandungan serta meningkatkan pengalaman tontonan hiburan dari rumah dan memperbanyakkan fungsi bersifat peribadi pada platform Astro GO. Ultra Box yang dilancarkan baru-baru ini mendapat respon yang baik dari pelanggan dan telah merekodkan sebanyak 10,000 pesanan.

·         iQIYI turut mengumumkan kolaborasi mereka yang pertama di luar negara China bagi menghasilkan aplikasi, di mana Astro dipertanggungjawabkan untuk menerajui bahagian pemasaran, pemerolehan pelanggan dan hal-hal berkaitan penjualan media.

·         Karya terbitan Astro menerajui filem “box office” tempatan dengan lebih 60% pegangan saham. Kejayaan filem-filem blockbuster terbitan Astro sepanjang 2018 seperti ‘Paskal The Movie’, ‘Hantu Kak Limah’, ‘Polis Evo 2’ dan ‘Dukun’ telah berjaya memperolehi keuntungan kasar lebih RM100 juta.

Dalam landskap media yang penuh kompetitif ini, Astro berterusan menjana pendapatan tunai, mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dari aspek pengurusan modal syarikat. Oleh itu, Lembaga Pengarah telah mengumumkan dividen interim ke-empat bernilai RM1.50 sen sesaham.

 

4.2       Penilaian Nisbah Bayar Keluar Dividen bagi Maxis Communications Berhad

            Laporan Tahunan Kewangan 2017, 2018 dan 2019 Maxis menunjukkan bahawa prestasi pengagihan dividen adalah setara di dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham Maxis. Kadar bayaran sebanyak RM0.05 sen sesaham jelas menunjukkan bahawa Maxis menunjukkan lebihan tunai yang banyak. Jumlah asset syarikat telah meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan di dalam pembayaran dividen ini telah menunjukkan aliran Maxis adalah dalam keadaan yang baik kerana kemampuan Maxis untuk membayar kadar dividen yang tinggi kepada pemegang saham.

Di antara faktor-faktor yang menyebabkan pemegang saham dengan yakin untuk melabur dengan Maxis adalah kerana pengurusannya yang mampu membuat keputusan yang penting serta berupaya untuk mengekalkan strategi selain daripada mencari inisiatif utama untuk memastikan perniagaan sentiasa kekal tanpa tandingan. Antaranya ialah:

·         Bekerjasama dengan syarikat gergasi lain serta sector korporat, kerajaan dan PKS yang mendapat manfaat mengenai perkembangan pesat teknologi melalui sesi panel, peluang rangkaian kenalan dan pameran penyelesaian pintar.

·         Melancarkan Maxis TV, perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandungan video premium dari filem ke rancangan TV yang mampu dan fleksibel untuk semua. Platform setempat ini mudah diakses melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Flex, membolehkan pelanggan memilih untuk menonton apa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka perlukan.

·         Pada awal tahun 2020, mengumumkan panduan perbelanjaan modal asas pada RM 1 bilion untuk tahun tersebut dengan tambahan perbelanjaan modal untuk pertumbuhan pada RM 1 bilion untuk tiga tahun akan datang dalam mengekalkan kepimpinan rangkaian 4G.

·         Maxis menyokong agenda 5G negara dan berada di barisan hadapan dalam memacu 5G di Malaysia dengan mempelopori percubaan sejak tahun 2018 dan terus menjalankan kes penggunaan 5G dengan usahama syarikat Malaysia dalam pelbagai bidang.

·         Rangkaian Akses Radio 5G aktif pertama di Malaysia untuk memanfaatkan sumber masing-masing, membolehkan penggunaan rangkaian 5G yang lebih luas dan efisien untuk mempercepatkan akses kepada pengguna dan perniagaan.

Matlamat akhir inisiatif ini adalah untuk memberikan lebih banyak nilai kepada para pelanggan dan menjamin keteguhan infrastruktur rangkaian negara. Maxis berada dalam kedudukan yang kukuh untuk memainkan peranannya dalam mencapai matlamat di samping membuat keputusan yang kukuh demi kepentingan pemegang-pemegang sahamnya.


4.0              KESIMPULAN

 

            Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa Nisbah Pengagihan Dividen ialah dikira dengan membahagikan dividen tunai firma sesaham dengan pendapatan sesaham. Ia menunjukkan peratusan yang ringgit diperoleh untuk setiap saham yang diagihkan kepada pemegang saham. Polisi ini membantu firma untuk mewujudkan peratusan tertentu daripada pendapatan yang akan dibayar kepada pemilik bagi setiap dividen sesaham. Walaubagaimanapun, jika laporan firma menunjukkan kerugian atau pendapatan berkurangan, dividen mungkin lebih rendah atau diabaikan sama sekali untuk tempoh masa tertentu.

Berdasarkan Laporan Kewangan Astro pada tahun 2017, 2018 dan 2019, jelas menunjukkan pendapatan yang tidak menentu. Selain itu juga, tahun 2019 Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) berkurangan sebanyak 8% kepada RM463 juta. Walaubagaimanapun, pemulihan Adex berjaya menampakkan momentum positif. Nilai Adex Astro terus memberikan impak membangun pada prestasi suku tahunan; +10% dari tahun-ke-tahun kepada RM196 juta pada suku tahun ke empat 2019. Pendapatan Astro adalah stabil pada kadar RM5.5 bilion pada tahun 2019. Aliran Tunai Bebas (FCF) bernilai RM1.3 bilion membolehkan dividen interim ke-empat dicatatkan pada kadar RM1.50 sen sesaham. Dalam dunia digital yang memperlihatkan persaingan tanpa sempadan ini, Astro menjangkakan dunia persiaran akan lebih mencabar dan perlu bertindak dengan pantas dan cekap dalam mengukuhkan pelan kategori nilai pelanggan menerusi pelbagai inisiatif membina seperti pengenalan pakej jalur lebar, tontonan lancar merentasi semua skrin paparan, menawarkan perkhidmatan pelanggan yang lebih cemerlang dan menggandakan lagi program-program demi untuk meyakinkan pemegang-pemegang saham agar terus melabur ke dalam Astro.

Laporan Tahunan Kewangan 2017, 2018 dan 2019 Maxis menunjukkan bahawa prestasi pengagihan dividen adalah setara di dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham Maxis. Pada tahun-ke-tahun tersebut, Maxis telah mengisytiharkan pengagihan sebanyak RM0.05 sen bagi seunit saham yang menyaksikan pembayaran RM0.20 bagi dividen seunit saham. Peningkatan di dalam pembayaran dividen ini telah menunjukkan aliran Maxis adalah dalam keadaan yang baik kerana kemampuan Maxis untuk membayar kadar dividen yang tinggi kepada pemegang saham. Kadar bayaran sebanyak RM0.05 sen sesaham jelas menunjukkan bahawa Maxis menunjukkan lebihan tunai yang banyak. Jumlah asset syarikat telah meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan ini menunjukkan prospek kewangan yang baik bagi Maxis dan secara tidak langsung dapat menarik minat para pelabur untuk melabur ke dalam Maxis.

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada Ustadz Abdul Nandar berkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki beberapa Restoran ternama di Surabaya mengatakan ”Saya dulu seperti orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn Ustadz Abdul Nandar yang dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN !!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya. ATAU Anda Mau sperti sya silakan anda tlp Ustadz Abdul Nandar Di No 0853-3733-4757 Atau

    ReplyDelete