Tuesday 12 March 2019

Salam Rejab 2019


Berkata Abu Bakar al-Waraq al-Balkhiy:
Bulan Rejab bulan menanam,  Bulan Sya‘ban bulan menyiram tanaman dan Bulan Ramadhan bulan menuai tanaman.
Beliau juga mengatakan, perumpamaan Bulan Rejab seperti angin, Bulan Sya‘ban seperti awan dan Bulan Ramadhan hujannya.
..
Tiada sandaran daripada Rasulullah SAW dan sahabatnya tentang puasa yang khusus untuk bulan Rejab.
Tetapi diriwayatkan daripada Abi Qilabah berkata: Dalam syurga terdapat istana bagi orang yang berpuasa dalam bulan Rejab. Puasa di sini bukanlah bermaksud puasa fardhu atau sunat tetapi ianya dilakukan untuk bertaqarrub kepada Allah.
..
 Satu peristiwa agung yang berlaku di dalam bulan Rejab iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj adalah salah satu daripada mukjizat Nabi Muhammad saw yang berlaku sebelum hijrah baginda saw ke Madinah, pada malam Isnin, 27 Rejab. Dua peristiwa yang berlaku di dalam satu malam ini adalah bukti kekuasaan Rabbul Jalil.
#salamrejab2019

No comments:

Post a Comment