Saturday 20 October 2018

Kenangan sebagai petugas pilihanraya umum ke 14 2018


Seperti yang telah kita maklum pada PILIHAN RAYA Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, telah menyaksikan pertembungan sengit di antara tiga parti politik utama negara ini iaitu Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara ini sejak pilihan raya pertama pada 1959, Pas dan Pakatan Harapan. Ia berkesudahan dengan rakyat negara ini memilih untuk memberikan kemenangan besar kepada gabungan parti pembangkang sekali gus menamatkan era BN menguasai Kerajaan Persekutuan.

Barisan Nasional (BN) yang dianggap sukar dikalahkan dan mentadbir Malaysia secara berte­­rusan selama 60 tahun akhirnya terpaksa akur dengan kehendak dan pilihan rakyat. Ini bermakna, BN dilihat sebagai sebuah parti politik yang terakhir hilang kuasa memerintah dalam kalangan parti politik seangkatannya seperti Parti Indian National Congress di India dan Parti Golkar di Indonesia yang telah lama hilang monopoli penguasaan politik di negara masing-masing.
Ini juga sekali gus meletakkan Pakatan Harapan yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mencipta sejarah dalam arena politik dunia.

Dan pilihanraya kecil Port Dickson telah diadakan semula pada 13 Oktober yg lalu di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson baru dengan 31,016 undi dan majoriti sebanyak 23,560 undi.
Datuk Anwar telah berjaya menewaskan enam lagi pencabarnya daripada parti Pas dan Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Kemenangan Anwar yang mendapat undi majoriti tinggi telah membolehkannya bagi mendapat mandat untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

Gambar-gambar di bawah di ambil sewaktu saya dan rakan-rakan menjadi petugas pilihanraya umum ke 14 yang lalu.













No comments:

Post a Comment