Saturday, 7 December 2019

FINANCIAL ACCOUNTING BBAW 2103 : IMBANGAN DUGA

Soalan : Nyatakan Imbangan Duga Pada 31 Disember 2018

Menora Wealth Management menyelesaikan urus niaga – urus niaga berikut sepanjang bulan Disember di dalam tahun semasa:
Tarikh
Urus niaga – urus niaga
Disember 1
Memulakan sebuah syarikat perkhidmatan perancangan kewangan dengan melaburkan tunai RM150,000 dan peralatan pejabat RM50,000.
2
Membeli RM12,000 peralatan pejabat secara kredit.
3
Membeli RM3,000 bekalan pejabat secara kredit.
4
Menyelesaikan perkhidmatan untuk seorang klien dan menerima bayaran serta merta RM9,000 tunai.
8
Menyelesaikan perkhidmatan untuk Syarikat Bizara secara kredit berjumlah RM17,000.
10
Membayar pembekal untuk bekalan pejabat yang dibeli pada 3 Disember.
14
Membayar RM9,600 premium tahunan bagi satu polisi insurans.
18
Menerima bayaran penuh daripada Syarikat Bizara bagi perkhidmatan yang diselesaikan pada 8 Disember.
27
Pemilik mengeluarkan RM6,500 tunai daripada syarikat untuk membayar belanja peribadi.
30
Membayar tunai RM1,750 bagi bil utiliti Disember.
31
Menerima RM20,000 tunai daripada seorang klien untuk perkhidmatan kewangan yang akan diberikan tahun depan.


                                   Menora Wealth Management
 Imbangan Duga
                                                  Pada 31 Disember 2018
Akaun
 Debit (RM)
 Kredit (RM)
Tunai
   175,150.00
Modal, Pemilik Menora Wealth Management
   200,000.00
Peralatan Pejabat
     62,000.00
Bekalan
        3,000.00
Hasil Perkhidmatan
     26,000.00
Akaun Belum Bayar
     12,000.00
Belanja Premium Polisi Insuran
        9,600.00
Ambilan, Pemilik Menora Wealth Management
        6,500.00
Belanja utiliti
        1,750.00
Hasil perkhidmatan belum terperoleh
     20,000.00
JUMLAH
   258,000.00
   258,000.00

Financial Accounting BBAW 2103 : Nilai Maklum Balas Dan Nilai Ramalan Berdasarkan Laporan Tahunan Syarikat

Pengenalan
IJM Corporation Berhad adalah salah satu daripada konglomerat utama Malaysia dan disenaraikan di Pasaran utama Malaysia dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia Securities Berhad. Aktiviti perniagaan terasnya meliputi pembinaan, pembangunan hartanah, perkilangan dan kuari, konsesi infrastruktur dan ladang. IJM Corporation Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1983. Nama “IJM” adalah berasal daripada gabungan tiga syarikat yang berbeza. “I” diambil daripada syarikat IGB Contruction Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1981, “J” daripada syarikat Jurutama Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1970 dan “M” diambil daripada syarikat Mudajaya Conruction Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1965. Pada April 2007, IJM memperoleh syarikat Road Builder Group (RBH), iaitu pesaing terdekatnya untuk meningkatkan kedudukannya sebagai salah satu Pembina terbesar di negara ini. Selain untuk mengukuhkan portfolio kontrak pembinaan, bank hartanah dan infrastruktur. Kumpulan yang diperbesarkan membolehkan IJM mencapai faedah sinergi yang besar, terkenal dan memudahkan pengembangannya untuk ke pasaran luar negara. (Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/IJM_Corporation )


Di sini dilampirkan laporan tahunan Syarikat IJM Berhad bagi tahun berakhir 31 Mac 2018.

 Maklum Balas Dan Nilai Ramalan

Syarikat IJM yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia adalah sebuah syarikat yang kukuh dari segi kewangan. Melalui laporan kewangan yang telah dilampirkan, menunjukkan bahawa syarikat IJM mempunyai asset yang melebihi dari nilai hutang sedia ada iaitu selepas cukai sebanyak lebih 8 juta Ringgit Malaysia.
       Objektif analisis adalah membuat penilaian ke atas aspek tertentu terhadap prestasi syarikat. Maklumat yang diperlukan oleh pengguna bergantung kepada jenis keputusan yang dikehendaki. Syarikat boleh memberikan kepada pengguna penyata kewangan kepada penyata pendapatan mengikut prestasi operasi syarikat dalam tempoh tertentu, kebiasaannya dalam tempoh yang berakhir pada akhir tahun iaitu 31 Disember. Maklumat yang disediakan dalam penyata pendapatan adalah untuk menilai prestasi syarikat. Prestasi syarikat boleh diukur melalui beberapa aspek penting dalam penyata pendapatan yang perlu diberi keutamaan. Pengguna akan membuat penilaian daripada penyata kewangan yang disediakan.
Nilai maklum balas yang relevan mestilah boleh membantu para pengguna untuk mengesahkan atau membetulkan jangkaan awal sesuatu perkara itu. Manakala nilai ramalan yang relevan mestilah dapat membantu para pengguna untuk membuat ramalan. Antara nilai ramalan yang dapat diberikan oleh pengguna ialah :-
a)      Angka jualan boleh dibandingkan dengan jualan syarikat bagi tahun sebelumnya dan jualan jangkaan untuk masa hadapan. Maklumat ini juga boleh digunakan untuk merancang masa depan syarikat.
b)      Keuntungan kasar/rugi kasar boleh dibandingkan dengan angka jualan untuk menunjukkan keuntungan daripada produk atau perkhidmatan yang disediakan.
c)      Perbelanjaan firma boleh dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya untuk melihat polisi mana yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan kos.

Pengguna kini sudah mahir dalam memilih sesebuah syarikat untuk melabur dan pengguna juga dapat memberikan maklum balas dan ramalan kepada syarikat yang di pilih bergantung kepada laporan tahunan kewangan yang dikeluarkan. Biasanya pengguna akan mengkaji beberapa perkara terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dalam memberikan maklum balas kepada sesebuah syarikat seperti :-
·         Aset – Aset adalah sumber ekonomi yang sangat berharga yang dimiliki oleh syarikat perniagaan. Aset boleh digunakan dalam beberapa aktiviti seperti pembuatan, kegunaan dan pertukaran. Melalui asset pengguna boleh memberikan maklum balas sama ada perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah syarikat adalah mempunyai potensi yang tinggi atau dapat memberikan faedah pada masa akan datang.
·         Liabiliti – Kebanyakan perniagaan sebenarnya perlu untuk membuat pinjaman bagi membiayai asset perniagaan atau membeli asset seperti bahan mentah secara kredit. Liabiliti terdiri daripada liability semasa dan liability jangka panjang. Liabiliti semasa ialah liabiliti jangka pendek atau hutang yang akan matang dalam tempoh satu tahun atau kurang. Liabiliti jangka panjang pula adalah taganggungjawab atau tanggungan yang matang dalam tempoh melebihi satu tahun.
·         Pengurusan Modal – Strategi pengurusan modal bersifat dinamik dan menjangkau masa depan, melibatkan pengurusan keperluan modal perniagaan baharu dan sedia ada serta mengambil kira persekitaran perniagaan yang memberi kesan kepada keperluan dan nilai syarikat.


KESIMPULAN

Dapat dirumuskan bahawa sejauh mana sesuatu maklumat itu dianggap relevan bergantung pada kepentingannya dalam membuat keputusan dan ia mungkin berbeza daripada pembuat keputusan dengan yang lain. Nilai maklum balas yang relevan mestilah boleh membantu para pengguna untuk mengesahkan atau membetulkan jangkaan awal sesuatu perkara itu. Manakala nilai ramalan yang relevan mestilah dapat membantu para pengguna untuk membuat ramalan. Setiap syarikat harus mempunyai laporan kewangan tahunan bagi membolehkan syarikat mengawal selia tahap kemampuan syarikat untuk meneruskan perniagaan mereka. Peningkatan dari segi nilai tunai dan asset syarikat adalah pemangkin kepada kesinambungan perlaksanaan perniagaan akan datang. Penguna dan pelabur akan melihat kepada laporan tahunan syarikat untuk menentukan mereka terus melabur ke atas syarikat tersebut atau tidak. Mereka semakin bijak melihat dan membuat ramalan kepada sesuatu laporan kewangan syarikat dalam mendapatkan maklumat dan membuat ramalan akan keberuntungan atau kerugian apabila ingin membuat pelaburan ke atas syarikat tersebut.                                       

Monday, 18 November 2019

LATIHAN DAN PEMBANGUNAN


 PENGENALAN MENGENAI DEFINISI LATIHAN

Sumber manusia adalah komponen penting dalam sesebuah organisasi untuk melahirkan dan membentuk pekerja dengan pengetahuan, kemahiran serta kaedah bagi melaksanakan setiap tugasan yang diberikan. Objektif organisasi tidak akan dapat direalisasikan jika jabatan sumber manusia tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kaedah untuk melaksanakan tugasnya. Latihan bermula sejurus apabila seseorang pekerja memulakan tugasnya dan ia akan berterusan bergantung kepada keperluan organisasi, tugas dan pekerja itu sendiri. Oleh itu, peranan latihan dan pembangunan pada mana-mana organisasi tidak boleh dipandang remeh.
Latihan adalah proses pembelajaran yang disusun secara sistematik untuk melengkapkan pekerja dengan pengetahuan., kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk melaksanakan tugas serta meningkatkan prestasi kerja (Khulida Kirana dan rakan-rakan, 2013). Latihan ialah sebarang inisiatif yang diambil oleh organisasi untuk menggalakkan pekerjanya belajar dan menambah pengetahuan. Ia juga sebagai proses mendidik pekerja baru tentang kemahiran asas yang mereka perlukan dalam melaksanakan tugas. Latihan lebih menumpukan kepada pemerolehan pengetahuan bagi jangka masa pendek.   
Menurut Nadler (1985), seperti yang dinyatakan oleh Khulida Kirana dan rakan-rakan (2013), latihan berkait rapat dengan tugasan yang dilakukan oleh pekerja pada masa kini. Nadler juga percaya latihannyang diberikan kepada pekerja mestilah ada kaitan dengan tugasannya yang terkini. Perkara ini adalah penting kerana pekerja boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari sebaik pulang ke tempat kerja. Walaubagaimanapun, Blanchard dan Thacker (1999) melihat latihan sebagai proses sistematik untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kemampuan untuk melaksanakan tugasan terkini dan pada masa hadapan.
Secara umumnya, latihan adalah aktiviti yang dirancang dan dianjurkan bagi mempelajari teknologi dan kaedah dalam pembangunan tingkah laku, membina pengetahuan dan meningkatkan kemahiran secara sistematik supaya seseorang itu memiliki keupayaan untuk melaksanakan tugas pada standard yang ditentukan. Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan bahawa latihan ialah pembelajaran atau didikan untuk membiasakan ajaran yang diterima. Ia merupakan satu perancangan yang sistematik untuk mengubah atau mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan juga sikap melalui pengalaman bekerja bagi melahirkan prestasi kerja yang efektif. Definisi latihan menurut Harsono (1988), ialah latihan merupakan proses sistematik di mana ia perlu dilakukan secara berulang-ulang sehingga pekerja itu mahir dan mampu melaksanakandengan sempurna, malah merupakan satu proses yang berpanjangan selagi pekerja itu berkhidmat di dalam pekerjaannya.
            Menurut Poon (1994), latihan adalah merujuk pada segala usaha terancang organisasi untuk memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu. Usaha ini bertujuan memperbaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan meningkatkan kebolehan pekerja melakukan tugas-tugas mereka supaya objektif-objektif organisasi dapat dicapai. Kebolehan pekerja dapat dipertingkatkan dengan mengubah sikap mereka atau menambah kemahiran dan pengetahuan mereka.
            Cascio (1989) pula menyatakan, latihan terdiri dari program terancang yang direka bentuk untuk menambahbaikkan prestasi diperingkat individu, kumpulan, dan organisasi. Prestasi yang bertambah baik, sebaliknya menyifatkan bahawa telah terdapat perubahan yang dapat diukur dalam pengetahuan, kemahiran, sikap dan kelakuan social. Sementara itu, menurut Truelove (1995), latihan adalah usaha atau ikhtiar untuk menambahkan pengetahuan, kemahiran dan tingkahlaku yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang berkaitan kerja. Motifnya adalah untuk memperbaiki prestasi pekerja dengan cara yang khusus. Bagi Ricks, Ginn, dan Daughtrey (1995) berpendapat bahawa latihan adalah merujuk kepada aktiviti dan pengalaman yang direkabentuk untuk membangunkan kemahiran, pengetahuan dan kelakuan atas arahan organisasi. Latihan selalunya berkait rapat dengan tugas-tugas yang khusus atau yang berkaitan dengan kerja dan ia direkabentuk untuk mengajar kemahiran yang baru atau mempertingkatkan kemahiran yang ada. Latihan juga termasuk dalam penyediaan pekerja untuk melakukan tugas baru.

Tujuan Latihan

            Menurut Pertubuhan Perkhidmatan Tenaga Kerja (Manpower Services Commission) latihan boleh didefinasikan seperti berikut:
“Satu proses perancangan untuk merubah tingkahlaku, pengetahuan atau kemahiran melalui pengalaman pembelajaran dalam mencapai kejayaan yang berke   san melalui sesuatu atau pelbagai aktiviti. Tujuannya adalah untuk, (dalam suasana kerja) meningkatkan keupayaan seseorang dan memuaskan kehendak semasa serta masa depan tahap guna tenaga organisasi tersebut”.
            Tujuan utama diadakan latihan adalah untuk memastikan bahawa organisasi tersebut dapat mencapai pulangan yang memuaskan daripada pelaburan yang dibuat, terutamanya daripada sumber yang paling penting (dan yang paling berharga) iaitu pekerja mereka. Oleh sebab itu, tujuan utama latihan adalah mencapai sebarang perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, pengalaman, tingkahlaku, atau perangai yang mana melonjakkan keupayaan seseorang pekerja itu. (Barry, 1994). Menurut Poon (1994), latihan perlu diadakan apabila wujud suatu jurang kelainan antara kebolehan seseorang individu dengan keperluan kerjanya, iaitu prestasinya berbeza daripada prestasi yang dikehendaki oleh majikan. Khususnya, antara tujuan latihan ialah :-
·        Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam bidang-bidang yang tertentu.
·    Untuk menyesuaikan pekerja dengan system baru, prosedur dan cara kerja akibat daripada kemajuan teknologi yang menyebabkan perubahan.
·         Menolong pekerja lama dan pekerja baru untuk menyesuaikan diri dengan kehendak sesuatu kerja baru dalam organisasi.
·         Terdapat pekerja baru.
Bagi pendapat G.A. Cole (1983), keperluan latihan timbul apabila terdapat kekurangan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan tingkahlaku dikalangan pekerja jika dibandingkan dengan kehendak pekerjaan atau keperluan organisasi akibat dari transformasi.

           



Tuesday, 12 November 2019

Selamat Menyambut Maulud Nabi 1441H/2019

Image result for maulid nabi 2019 
Image result for maulid nabi 2019


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahuwataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.