Saturday, 6 June 2020
RESEPI AYAM PENCEN MASAK RENDANG
Ayam Pencen Masak Rendang
Bahan-bahan :
2 ekor ayam pencen (direbus dulu sehingga empuk)
1 bungkus serbuk rendang
3 sudu lada kisar
1 kotak santan
2 keping asam keping
3 sudu gula
1 ketul gula melaka
3 sudu kecil garam
2 sudu serbuk kunyit (blh ganti dgn kunyit hidup)
3 helai daun kunyit ( 2 helai dihiris)
2 helai daun pandan (disimpul)
10 helai daun limau purut
1 bungkus kerisik
1 btg serai (diketuk)
3 senduk Minyak
Bahan blender :-
10 biji lada kecil
2 batang serai (dihiris dulu)
5 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak, masukkan 1 btg serai yg di ketuk, daun kunyit n daun pandan. Selepas naik bau, masukkan bahan blender, lada kisar n serbuk kunyit. Masak sehingga naik minyak.
2. Setelah itu, masukkan asam keping, gula melaka, gula n garam. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan ayam, santan n daun limau purut.
4. Setelah masak, taburkan daun kunyit.
5. Siap n boleh dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q