Tuesday, 21 May 2019

Selamat Menyambut Nuzul Al Quran 1440H / 2019


Nuzul Quran ~ Penurunan Pertama Ayat Al-Quran Kepada Rasulullah ﷺ

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

selamat menyambut nuzul al-quran SQ.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah سبحانه وتعالى menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ dan berterusan secara berperingkat2 selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quranberlaku ketika Nabi Muhammad ﷺberusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira..
Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat Al-Quran yang mula2sekali diturunkan Allah سبحانه وتعالى kepada Nabi Muhammad ﷺ melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

 بِسْمِ ٱللَّـهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).”  [Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5].
Apabila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad ﷺ, maka memang benar bahawa ianya memberi makna yang terlalu istimewa kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.
Setiap Muslim sewajarnya sentiasa beramal dengan Al-Quran dan memperingati tarikh penurunannya. Pelbagai program tidak putus2 diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Quran ini. Alhamdulillah, semakin ramai kaum Muslim yang sudah pun mengimarah dan mulakannya sejak dari awal Ramadhan lagi. Pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh2untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Quran sebagai satu kelaziman di masjid2 dan kediaman masing2.

Al-Quran Sebagai Penunjuk Ummah

.
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada Muhammad Rasulullah ﷺ untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah ‘petunjuk’ (huda)dan ‘pembeza’ (furqan).
Imam al-Tabari menjelaskan, bahawa penurunan ini ialah penurunan al-Quran secara sempurna dari Loh Mahfuz ke langit dunia. Ia menjadi petunjuk kepada sekalian manusia sebagai satu penjelasan bahawa al-Quran sebagai sumber hidayah. Dengan demikian al-Qur’anlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia..
Allah سبحانه وتعالى berfirman:

 شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta membezakan di antara yang haq dan batil (antara yang benar dengan yang salah).”  [Surah Al-Baqarah (2): Ayat 185].
Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah سبحانه وتعالى menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta membezakan di antara yang haq dan yang batil.
Al-Quran adalah ‘huda’ (petunjuk), maknanya Al-Quranlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia. Al-Quran telah menjelaskan perbuatan  apa yang wajib dilakukan, mana  yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan.
Al-Quran juga menjelaskan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak. Al-Quran adalah ‘furqan’(pembeza), maksudnya Al-Quran menjadi piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, ‘al-haq’ (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Quran dan ‘al-bathil’ (kepalsuan) adalah apa saja yang dinyatakan sesuatu yang tidak benar oleh Al-Quran.
Apa yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita, sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai
Marilah sama2 kita menghayati apa itu Al-Quran dan ayat2 yang terkandung di dalamnya. Jadikan peristiwa Nuzul Al-Quran ini suatu peristiwa besar yang penuh bermakna dan hikmah. Kita seharusnya melihat Al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan modal insan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi.
Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan sesuatu yang bermanfaat yang pernah dilakukan oleh ilmuan Islam terdahulu yang akhirnya memajukan dunia dan umat Islam khasnya serta seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.
Sama2lah kita menambahkan dan mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Allah سبحانه وتعالى yang tidak terhingga kepada umat Islam kerana beribadah di 10 hari akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah2 beribadah sepanjang hayat kita iaitu 1000 bulan.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ﴿٥

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” [Surah Al-Qadar (97): Ayat 1-5].
.
Selamat beramal dan menyambut Hari Nuzul Al-Quran….

Rujukan :

No comments:

Post a Comment