ANCAMAN BULI
SIBER DI KALANGAN KOMUNITI MASYARAKAT
Perkembangan penggunaan internet
semakin meningkat sejak beberapa dekad yang lalu. Ini adalah kerana internet
dapat membantu pengguna komputer dan telefon pintar untuk mendapatkan pelbagai
maklumat yang diperlukan. Merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi
Ke Empat), Internet boleh didefinisikan sebagai rangkaian komputer antarabangsa
yang membolehkan pengguna komputer berhubung di antara satu dengan yang lain
dan dapat mencapai maklumat di pangkalan data dari seluruh dunia. Melalui internet,
pengguna dapat berhubung dan mengenali di antara satu sama lain melalui media sosial
seperti Facebook, Twitter, Instagram, Skyppe dan media sosial yang lain. Daripada
kajian statistik mendapati Malaysia mempunyai 34 juta pelanggan mudah alih dan
17.7 juta pengguna internet (Malaysia Sosial Media Statistik, 2013).
Hasil kajian tinjauan yang dilakukan
oleh Dr Wan Hassan dan rakan-rakan mengenai ‘Buli Siber Di kalangan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia’ (2016), terdapat di kalangan pengguna media sosial
ini yang telah menyalahgunakannya terutamanya golongan muda. Ybarra &
Mitchell (2004), mendapati golongan remaja menunjukkan tingkah laku yang
agresif di alam siber. Mereka berpendapat melalui alam siber tindakan agresif
boleh dilakukan kerana di anggap sebagai ruang yang selamat untuk membalas
dendam dengan menggunakan nama palsu di laman sosial (King, Walpoe & Lamon,
2007). Ia turut disokong oleh Kowalski & Limber (2007), yang menyatakan
bahawa laman sosial, telefon mudah alih dan teknologi lain digunakan untuk
mengugut seseorang dengan menggunakan nama yang direka untuk menyebarkan khabar
angin, menghantar mesej atau video yang memalukan, menabur fitnah dan
lain-lain. Aktiviti yang negatif dan tidak bermoral ini di gelar sebagai buli
siber (cyber bully). Ia boleh di definisikan sebagai penggunaan dengan
niat, pengulangan maklumat, publisiti maklumat yang dihantar, ketidaktahuan
tentang pembuli dan teknologi maklumat yang berbahaya (Ibrahim, 2010). Buli
siber termasuk menggunakan ayat yang mengeji, mengancam, klik gambar tanpa
kebenaran melalui telefon mudah alih, penyiaran gambar tanpa kebenaran, memeras
ugut melalui laman perbualan (chatting), dan penyiaran gambar lucah atau
maklumat peribadi di internet yang disebarkan (Willard, 2007). Secara ringkasnya,
buli siber merujuk kepada tingkah laku orang yang pada dasarnya mempunyai niat
untuk merosakkan individu lain dari segi psikologi dengan menggunakan alat-alat
elektronik dan penggunaan teknologi maklumat untuk berkomunikasi seperti emel,
telefon bimbit, alat kelui teks mesej, mesej segera seperti Whatsapp, Line,
Wechat serta laman web peribadi yang digunakan untuk menyebarkan fitnah secara
berulang-ulang.
Merujuk Wikipedia (2013),
Buli Siber melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk
menyokong tingkah laku sikap sengaja bermusuh oleh seseorang individu atau
kumpulan, yang berniat untuk mengugut orang lain (Bill Belsey). Takrifan “National Crime Prevention
Council” mengenai buli siber ialah apabila internet, telefon bimbit atau alat
lain yang digunakan untuk mengirim teks atau imej diniatkan untuk mencedera
atau memalukan orang lain. “StopCyberbullying.org” sebuah pertubuhan
pakar berdedikasi pada keselamatan, kawalan dan keperibadian internet pula
mentakrifkan buli siber sebagai suatu keadaan apabila seorang kanak-kanak, usia
di antara kanak-kanak dan belasan tahun, menyeksa, mengancam, mengganggu,
menghina, memalukan kanak-kanak atau remaja belasan tahun lain menggunakan
mesej teks, emel, mesej segera atau mana-mana jenis lain teknologi digital.
Buli siber menjadi begitu mudah hanya dengan mengirim emel kepada seseorang
yang mereka kata bahawa mereka tidak mahukan hubungan lanjut dengan pengirim,
tetapi juga boleh termasuk ancaman, ulasan seksual, kelabelan ucapan kebencian,
berpakat terhadap mangsa dengan membuat mereka melakukan penghinaan dalam forum
dan mengirimkan kenyataan palsu serta apabila sesuatu fakta itu ditulis dengan
sengaja kea rah penghinaan.
Kegiatan
buli siber ini boleh mendedahkan data peribadi mangsa contohnya seperti nama
sebenar, alamat tempat tinggal atau kerja dan sekolah, di laman web atau forum.
Selain itu juga, siber buli ini dapat menyamar sebagai diri mangsa untuk tujuan
menerbitkan bahan dengan tujuan untuk memfitnah atau memalukan mangsa atau pun
keluarga mangsa. Sesetengah pembuli siber ini juga tergamak untuk mengirimkan
emel yang mengancam dan mengganggu secara berterusan, sementara ada di antara
mereka yang mengirimkan khabar angin atau umpatan atau hasutan agar untuk tidak
menyukai dan berkomplot terhadap sasaran mereka.
Menurut
Dr Harjeet Kaur (2013) pula, Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku
pada masa kini dan sedang meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak
diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan
bantuan. Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan
seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting,
emel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.
2.1 Jenis-jenis
buli siber ialah :-
·
Mesej yang menggangu dan
mengancam.
·
Menyalahgunakan kata laluan
atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.
·
Memanjangkan emel, foto
atau video kepada orang lain.
·
Memuat naik komen atau
gambar yang tidak senonoh.
·
Sexting (tindakan menghantar
gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).
·
Memulaukan individu
tertentu daripada sesuatu kumpulan internet dengan sengaja.
2.2 Tanda-tanda buli siber termasuklah :-
·
Mengalami tekanan emosi
semasa atau selepas menggunakan internet.
·
Mengasingkan diri daripada
rakan-rakan dan ahli keluarga.
·
Menjauhkan diri dari
perhimpunan sekolah atau kumpulan.
·
Keciciran gred dan mudah
marah apabila berada di rumah.
·
Mengalami perubahan emosi,
tingkah laku, tidur atau selera makan.
·
Mahu berhenti menggunakan
computer atau telefon bimbit.
·
Kelihatan gelisah apabikla
mendapat mesej teks ataupun emel.
·
Mengelakkan perbincangan
mengenai aktiviti computer atau telefon bimbit.
Kejadian buli siber ini berlaku dengan adanya laman sosial
melalui internet dan ledakan teknologi. Menurut Che Maznah (2014), buli siber
merupakan satu gejala buli yang baru muncul setelah berlakunya perkembangan
teknologi komunikasi pada hari ini. Ibrahim (2010), turut berpendapat bahawa
ketagihan internet oleh kemajuan teknologi merupakan sebab-sebab yang paling
penting bagi penyebaran buli siber khususnya pelajar sekolah, university dan
anak-anak muda yang kurang mempunyai interaksi dan komunikasi sosial.
Sebenarnya, perbuatan buli siber ini adalah lebih dahsyat
daripada perbuatan membuli yang lain. Pembuli siber sukar untuk dikenalpasti
kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar. Pembuli siber tidak seperti
pembuli yang lain kerana ia berlaku dalam dunia siber yang tidak bersempadan.
Ini akan menyukarkan mangsa untuk melindungi diri mereka. Selain daripada itu,
pembuli siber ini lebih mudah bersekongkol berbanding pembuli jenis lain kerana
bilangan individu yang boleh turut serta tidak dihadkan dalam dunia siber. Apa
yang lebih menakutkan ialah buli siber boleh berlaku selama-lamanya iaitu 24
jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 setahun. Kesan daripada buli siber yang
teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta terdedah
untuk mendapat penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Di dalam kes yang
tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri.
3.0 FAKTA SIBER BULI
Kes-kes buli siber bukan sahaja kini
‘trending’ di media sosial, malah turut mendapat liputan luas di media
nasional. Buli Siber bukanlah gejala yang baru. Ia yang semakin menular di luar
negara selaras dengan kemajuan teknologi masa kini. Bermula dengan blog dan
sekarang laman media social seperti Twitter, Facebook dan Instagram, terdapat
pelbagai platform untuk individu meluahkan perasaan mereka. Ada yang
menggunakannya untuk kebaikan dan berkongsi maklumat. Namun begitu, terdapat
juga yang lebih emosi dan memilih untuk mengancam, memalukan dan menakutkan
seseorang dalam medium elektronik. Kumpulan “keyboard warriors” sudah tidak
perlu diperkenalkan lagi. Mereka hanya lantang bersuara di hadapan computer
atau peranti mereka sendiri. Ada yang memilih untuk merahsiakan identity
mereka, seolah mereka rasa selamat selepas membuat sesuatu kenyataan di media
social. Statistik daripada Kumpulan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia
(MyCert) melaporkan terdapat 516 aduan mengenai gangguan siber sehingga
November pada tahun 2014. Pada 2013, Mycert menerima 512 aduan. Sangat
menyedihkan kerana pada 2012, perangkaan menunjukkan MyCert hanya menerima 300
aduan untuk gangguan siber tetapi terus meningkat di tahun-tahun yang
berikutnya. Peningkatan yang ditunjukkan pada setiap tahun menunjukkan kegiatan
buli siber ini harus dibendung dan dikawal dengan segera agar tidak terus
menular dan menjadi perkara yang biasa di kalangan pengguna.
Peristiwa
yang mendapat perhatian disebabkan jenayah buli siber di antaranya ialah kes
Amanda Todd dan Tyler Clementi yang memilih untuk membunuh diri disebabkan
tekanan perasaan yang melampau (Six Unforgettable CyberBulling Cases,
2014). Kes ini cukup untuk membuktikan bahawa jenayah buli siber boleh membawa
kesan yang amat buruk kepada mangsa buli terutamanya golongan remaja dan juga
persepsi masyarakat kepada individu yang terlibat.
Microsoft Global Youth Online
Behaviour Survey, (2012) melaporkan, Malaysia berada di tempat ke-17 paling
tinggi kes buli siber dari kalangan 25 negara yang ditinjau. Kajian ini juga
melaporkan 35% kanak-kanak yang berumur dari lapan hingga 17 tahun mengalami
beberapa jenis bentuk buli siber. Dua tahun selepas kajian itu, satu kajian
lanjutan mendedahkan kejadian buli siber dalam kalangan kanak-kanak yang
bersekolah di Malaysia sedang meningkat terutama mereka yang berumur dalam
lingkungan 13 hingga 15 tahun. (Nazali, 2017).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif
CyberSecurity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, buli siber
di negara ini berada pada tahap serius ketika ini dan masyarakat perlu bersedia
untuk menghadapi ancaman berkenaan. Jika tidak dibendung, ia akan menjadi
ancaman kepada diri dan masyarakat kerana buli siber dikesan lebih bahaya
berbanding buli secara fizikal berikutan ia boleh dilakukan sesiapa saja tanpa
kawalan di alam internet. Mangsa tidak mengenali individu yang membuli kerana “anonymity”
disediakan melalui internet. Dengan “penonton’ yang ramai, kes membabitkan buli
siber juga akan sentiasa berulang kerana bahan itu kekal di internet, sekaligus
menyebabkan mangsa buli terus tertekan dan dalam sesetengah kes menimbulkan
keinginan mangsa untuk membunuh diri. Beliau turut berkata, jika kecederaan
mangsa buli secara fizikal dapat dilihat dengan mata kasar, keadaan ini berbeza
dengan mangsa buli siber kerana mereka akan mengalami gangguan dari segi mental
emosi. Keadaan ini akan menyebabkan banyak perkara boleh berlaku, termasuk perkara
meragut nyawa. Agak mengejutkan kerana kebanyakan pembuli siber ini adalah
terdiri daripada kenalan rapat kepada mangsa sama ada rakan, bekas suami dan
juga bekas rakan sekerja yang kebanyakkannya bermotifkan dendam.
Berdasarkan statistik Pusat Bantuan
Cyber999, telah menunjukkan 51 kes membabitkan remaja berusia sehingga 18
tahun, 19 tahun hingga 25 tahun (246), 26 tahun hingga 40 tahun (314), 41 tahun
hingga 55 tahun (69) dan 56 tahun ke atas (69 kes). Pada suku ketiga tahun ini
saja, sebanyak 228 kes telah dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999, manakala
pada tahun 2016 (344 kes), 2015 (319 kes), 2014 (374 kes), 2013 (410 kes) dan
2012 (62 kes). Jumlah keseluruhan dalam tempoh enam tahun ialah 1,737 kes. Peratusan ini
diramalkan akan meningkat pada tahun ini kerana masyarakat kita masih ramai
yang kurang menyedari betapa seriusnya perkara ini yang boleh mengganggu
keselamatan anak-anak remaja dan golongan dewasa juga. Berdasarkan statistik
yang telah dijalankan itu, seharusnya orang awam harus dididik oleh pihak
berkuasa yang dilantik supaya melakukan sesuatu dan lebih bertanggungjawab.
4.0 SENARAI
SOALAN-SOALAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Soalan-soalan kaji
selidik telah disediakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih baik mengenai
kesedaran orang ramai terhadap jenayah buli siber.
1. Adakah anda lelaki
atau perempuan dan dimanakah anda tinggal?
_________________________________________________
2. Nyatakan teknologi
siber yang anda miliki.
_________________________________________________
3. Adakah anda tahu
apa yang dimaksudkan dengan Buli Siber?
__________________________________________________
3. Apakah kaedah yang
digunakan?
__________________________________________________
5. Adakah anda sedar
tentang kewujudan masalah buli siber?
__________________________________________________
6. Adakah terdapat
cara untuk mengesan pembuli siber?
__________________________________________________
7. Siapa yang harus
bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini tidak berterusan?
__________________________________________________
8. Adakah anda akan memeberitahu
keluarga anda mengenai bahayanya buli siber?
__________________________________________________
9. Pada pendapat anda,
golongan manakah yang kerap melakukan buli siber?
__________________________________________________
10. Adakah undang-undang
untuk menangani masalah buli siber ini?
__________________________________________________
11. Apakah yang boleh
anda lakukan sekiranya anda telah dipermainkan atau menjadi mangsa buli di
dalam talian?
__________________________________________________
12. Sekiranya terdapat
kempen atau aktiviti untuk membanteras pembulian di siber, adakah anda akan
menyokong kempen tersebut?
__________________________________________________
2.2 OBJEKTIF KAJIAN
Secara
khususnya kajian ini dijalankan adalah untuk :-
·
Mengenalpasti
medium buli siber yang popular di kalangan masyarakat.
·
Mengenalpasti
hubungan dikalangan pembuli siber dan mangsa buli siber.
·
Mendapatkan
perbandingan di antara jantina dengan penglibatan peribadi dalam buli siber.
· Mendedahkan
kepada orang ramai terhadap bahayanya ancaman dan masalah yang akan timbul
disebabkan oleh pembulian siber.
·
Memastikan
pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengambil berat isu ini dengan
serius dan bertindak balas untuk menyelesaikannya secara positif.
·
Mengumpul
maklumat mengenai buli siber daripada orang yang menjadi mangsa atau mana-mana
orang yang menyedari isu buli siber ini.
·
Mendidik orang
ramai tentang isu buli siber.
·
Mengetahui
kesan emosi selepas di buli.
· Mengetahui di
mana dan bagaimanakah cara untuk membuat aduan sekiranya menjadi mangsa buli
siber.
5.0 JUSTIFIKASI UNTUK MENJALANKAN
PENYELIDIKAN
Sebagai tindak
balas kepada masalah buli siber ini, kajian saya adalah untuk menyiasat
beberapa pilihan penyelesaian berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh
pihak berkuasa serta hasil penemuan dan penyelidikan yang saya lakukan sendiri.
Bagi mendapatkan data, borang soal selidik akan diedarkan kepada responden
kajian. Dengan memberitahu dan memberi perhatian kepada orang ramai tentang
betapa beratnya jenayah buli siber ini, kita boleh mengurangkan peratusan jenayah
buli siber yang berlaku secara drastik. Langkah ini perlu di ambil dengan
serius kerana masa depan sebuah negara bergantung pada bagaimana belia negara
di asuh dan di didik, baik di rumah atau di sekolah. Aktiviti pelajar sama ada
dalam kehidupan sebenar atau di internet perlu dihadkan dan dikawal untuk
mencegah kes-kes buli siber daripada berlaku. Masyarakat awam harus di didik
dan sentiasa menyedari keseriusan isu ini kerana masa depan negara adalah dalam
bahaya sekiranya masalah buli siber ini terus dibiarkan berleluasa. Demi
mencapai kejayaan dan negara menjadi lebih maju, langkah-langkah bijak harus
diambil tindakan agar belia negara boleh menjadi yang terbaik. Semua orang dari
pelbagai latar belakang mengenai kedudukan mereka dalam masyarakat harus
mengambil tindakan yang diperlukan dan langkah-langkah yang berkesan untuk
membuang sifat negatif dan sosial dari masyarakat kita untuk memastikan pembangunan
masyarakat yang sihat serta hidup bertoleransi serta terpuji.
Selain itu, saya juga akan
menyiarkan atau memuatnaik artikel-artikel di laman sosial untuk berkongsi
cerita dan pengetahuan mengenai kes-kes buli siber yang kian meningkat ini.
Sebanyak 20 borang
soal selidik juga akan diedarkan kepada reponden yang merupakan pelajar-pelajar
di sekolah yang terdekat. Kebanyakan pelajar di sekolah kini masing-masing
sudah mempunyai telefon bimbit. Adalah penting risalah-risalah yang berkaitan
turut sama diedarkan kepada mereka agar mereka dapat baca dan akhirnya faham
mengenai kesan keburukan yang akan didapati daripada buli siber ini. Kesemua
responden yang terlibat akan akan menjawab dan mengembalikan semula soal
selidik yang diedarkan. Pemulangan semula borang soal selidik ini adalah 100%.
Sebab-sebab
penting yang perlu diketengahkan ialah:-
1. Penyelidikan ini akan mendedahkan
kepada orang ramai mengenai bahayanya pembulian siber dan kesannya kepada
masyarakat.
2. Anggota masyarakat akan dididik
mengenai betapa pentingnya melindungi belia pada masa kini dari ancaman buli
siber.
3. Cara bagaimana
untuk mencegah buli siber iaitu seperti :-
·
Mengamalkan
keselamatan internet.
·
Didik
anak atau pelajar mengenai keselamatan internet dan etika melayari internet
atau menggunakan telefon bimbit dengan betul.
·
Jangan
kongsi butiran peribadi di internet.
·
Menghantar
atau memanjangkan mesej yang kesat ataupun berunsurkan ancaman adalah tidak
wajar dan menyalahi undang-undang.
4. Buli siber adalah
satu jenayah dan masalah serius di kalangan remaja dan tidak harus di ambil
ringan. Pembuli boleh dihukum di bawah Akta Jenayah Komputer, Kod Penal atau
Akta Juvenil, bergantung pada sifat atau keterukan kes.
6.0 KESIMPULAN
Seperti yang telah dibincangkan, dapat dirumuskan bahawa, kes buli
siber perlu di ambil serius oleh orang ramai kerana ia sudah menjadi isu yang
serius. Buli siber yang didefinisikan sebagai sebarang bentuk ancaman dan
serangan melalui teks, gambar menerusi e-mel, blog, telefon bimbit serta
rangkaian web bagi menggangu, memalukan dan mengugut, sebenarnya bukan satu
perkara yang baru dalam erti kata yang sebenar. Ternyata di dalam kes ini,
siber buli boleh berlaku tanpa segan silu dalam bentuk yang memalukan mangsa,
tidak kira apa juga niat pembuli berkenaan. Sekalipun tidak ada sebarang
kecederaan fizikal yang ditinggalkan dalam kes ini, apa yang nyata adalah
kajian secara konsisten menunjukkan buli siber boleh memberi kesan yang lebih
serius berbanding buli fizikal. Ia termasuk mengganggu perkembangan emosi
kanak-kanak, menyebabkan rasa rendah diri dan risiko mengalami masalah mental
yang serius seperti kemurungan dan keinginan untuk membunuh diri. Peningkatan
kes masalah mental dan bunuh diri oleh mangsa buli siber di luar negara juga
dikhuatiri merebak ke Malaysia akibat fenomena yang sama. Ini tidak
menghairankan kerana laporan Kajian Kebangsaan Mengenai Keselamatan Sibe
Sekolah di Malaysia sendiri menunjukkan lebih 70 peratus pelajar sekolah
berusia antara 13 hingga 15 tahun terbabit dengan buli siber. Kajian oleh
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat pada 2017 pula menunjukkan hampir
40 peratus belia berusia 19 hingga 30 tahun mengaku pernah menjadi mangsa buli
siber. Teknologi seharusnya menjadi alat pemacu pembangunan manusia dan
bukannya pemusnah kepada nilai kemanusiaan. Dalam hal ini, pengguna media
sosial haruslah menanam sikap bertanggungjawab serta bertimbang rasa dalam
menyebarkan sesuatu berita dan maklumat. Jangan jadikan media sosial sebagai
satu platform untuk menyerang dan mengaibkan seseorang hanya kerana rasa tidak
puas hati. Hukuman yang berat wajar dikenakan kerana jenayah ini bukan sahaja
mendera emosi mangsa malah akan mendorong mangsa untuk bertindak membunuh diri.
Pembulian siber seperti ini boleh dianggap seumpama “membaling batu, sembunyi
tangan”, tidak jelas dilakukan dan sukar untuk dibuktikan. Mengikut Seksyen 223
Akta Komunikasi Dan Multimedia, pembuli siber boleh dikenakan tindakan mengikut
seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) dan jika sabit
kesalahan boleh didenda sebanyak RM50,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak
melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
7.0 RUJUKAN
Ahmad, S., Thinagaran P., Nagarajah, L., (2014). Kaedah Penyelidikan. [1st ed.) Seri Kembangan, Selangor, Malaysia :
Open Universiti Malaysia
Syahidatul, N.H., (2018). Hentikan
Jenayah Buli Siber. Google [web log]. Retrieved Februari 15,
2019 from
Nazeli, H., (2017). Membendung Buli Siber.
Google [web log]. Retrieved Februari 15, 2019 from https://www.hmetro.com.my/hati/2017/08/251830/membendung-buli-siber.
Hassan, W., (2015). Kajian Tinjauan Buli
Siber Di Kalangan Mahasiswa. Google [web log]. Retrieved Februari, 15 2019
from
Sazarina, S., (2008). Hati-hati Dengan
Pembuli Siber. Google [web log]. Retrieved Februari
20, 2019 from http://www.cybersecurity.my/en/knowledge_bank/news/2008/main/detail/1635/index.html
Rozanizam, Z., (2018). Viral Bentuk Baharu
Buli Siber. Google [web log]. Retrieved Februari 20, 2019 from https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/02/386787/viral-bentuk-baharu-buli-siber
Sheith K, A.B., (2018). Pakar Buli Siber Boleh
Lebih Menyakiti Berbanding Buli Biasa. Google
[web log]. Retrieved Februari 20,
2019 from
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/02/04/pakar-buli-siber- boleh-lebih-menyakiti-berbanding-buli-biasa/
Syafique, S., (2014). Kes Buli Siber
Meningkat, Komuniti Media Sosial Belum Matang?. Google [web log]. Retrieved Februari
20, 2019 from
http://www.astroawani.com/sebelum-2015/kes-buli-siber-meningkat-komuniti-media- sosial-belum-matang-50646
Wikipedia (2013). Siber Buli. Google [web
log]. Retrieved Februari 20, 2019 from
Hargeet K, B., (2013). Buli Siber. Google
[web log]. Retrieved Februari 20, 2019 from
Justin, P., (2019). Cyberbullying
Victimization Rates by Race, Sex, and Age. Google [web log]. Retrieved Februari 20, 2019 from
Hafiz, A., Feride, H.A., (2018). Ancaman
Buli Siber. Google [web log]. Retrieved Februari 20, 2019 from https://www.bharian.com/nasional/2018/01/370155/ancaman-buli-siber
Anita,
A., (2004), Cyber Bully. Google [web log]. Retrieved Februari 20, 2019
from
http://www.cybersecurity.my/en/knowledge_bank/news/2004/main/detail/904/index.htmlKertas Kerja Pembentangan Rina Sani (2018) - Buli Siber di kalangan Belia
No comments:
Post a Comment