Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 2018
Sekolah Mengah Agama Maahad, Muar
Pada 13 Oktober 2018 yang lalu, kami sekeluarga telah menghadiri majlis graduasi abang arief. Tahun ni abang arief last bersekolah di sini.
Waktu ni abang arief n rakan-rakan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Doa ibu semoga abang dipermudahkan, tenang n yakin ketika menjawab semua kertas-kertas soalan yang diberikan. InshaAllah abang akan mendapat result yang cemerlang. Abang dah berusaha dan dah belajar dengan bersungguh-sungguh. Semoga abang dapat menyambung pengajian ke Universiti dan dapat mencapai cita-cita ingin menjadi seorang guru. Jangan berhenti berdoa dan sentiasa solat selalu ye sayang..
Abang anak yang baik dan bertanggungjawab. Adik-adik semua sayangkan abang. InshaAllah, kejayaan dan kebahagiaan akan sentiasa mengiringi hidup abang..
Ibu sayang kan abang..
#muhammadariefiskandar
#no1 #myson #myjiwa
#loveforever #goodluck
Monday, 26 November 2018
PRINCIPLES OF CORPORATE COMMUNICATION ABCR2103
PEMBANGUNAN
PELAN HUBUNGAN MEDIA YANG KOMPREHENSIF
Pelan perhubungan media adalah satu alat yang
sangat penting untuk membantu organisasi memahami peranan yang boleh dimainkan
media dalam membantu menaikkan nama organisasi. Pelan tersebut boleh bertindak
sebagai satu pelan tindakan untuk membangunkan perhubungan yang baik dengan
media. Menurut Zulhamri Abdullah dan rakan-rakan (2013), pelan yang baik secara
tipikalnya harus mengandungi 8 elemen penting. Syarikat AirAsia Group Berhad
telah menggunakan pelan perhubungan media ini dalam memastikan perniagaan
syarikat menjadi bertambah maju dan semakin dikenali. Elemen-elemen tersebut
ialah :-
1. Analisis
Situasi
Analisis situasi sering dirujuk sebagai
analisis SWOT. Ia meliputi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sedia ada
daripada mana-mana organisasi dan pesaingnya. Analisis situasi merupakan
peringkat pertama dalam merancang perhubungan media yang baik. ini akan
membolehkan organisasi mendapatkan maklumat tentang latar belakang, sejarah dan
potensi masalah yang boleh menghadkan pengurusan. Menurut kajian Nor Atira
Mohamad (2014), yang bertajuk “Perniagaan Antarabangsa AirAsia Berhad”, Syarikat
AirAsia mengambil pendekatan strategik dengan menggunakan analisis SWOT seperti
yang berikut:-
·
Kekuatan
(Strenght) – AirAsia telah mengekalkan kos operasi dan penyelenggaraan yang
rendah dengan menukar Airbus dari jenis Boeing 737 kepada A 320.
·
Kelemahan
(Weakness) – Kos operasi yang tinggi untuk menguruskan pekerja dan teknologi,
mendapat banyak saingan daripada syarikat penerbangan lain seperti MAS, MALINDO
dan Firefly, peruntukan bagasi yang terhad serta pakej makanan yang berasingan.
·
Peluang
(Opportunities) – AirAsia menawarkan tempahan tiket melalui online, sentiasa
membuat promosi tambang murah dan menawarkan perkhidmatan yang selesa kepada
penumpang.
·
Ancaman
(Threats) – Terdapat pertambahan syarikat penerbangan luar yang menawarkan
tambang tiket murah serta persaingan dengan syarikat penerbangan negara lain
seperti Singapura yang mempunyai perkhidmatan terbaik.
2. Matlamat
Untuk
memastikan matlamat dapat dicapai, AirAsia Group Berhad telah membuat penentuan
untuk mengambil langkah tindakan selanjutnya untuk mencapai matlamat yang menentukan
aktiviti organisasi dan pengagihan sumber seperti wang tunai, pekerja, ruang
dan juga kemudahan yang diperlukan.
3. Objektif
Objektif AirAsia Group Berhad ialah untuk menyediakan perkhidmatan
penerbangan yang mampu digunakan oleh semua lapisan pengguna. Selain kos
tambang yang murah, kekerapan jadual penerbangan ke lokasi-lokasi yang menarik,
perjalanan yang mudah dan selesa serta menyeronokkan adalah menjadi landasan
yang utama perniagaan AirAsia Group Berhad.
4. Khalayak Sasaran
Menurut
Azleen Abdul Rahim (2015), di dalam penulisannya di Utusan Online yang bertajuk
“Enam Rahsia Pemasaran AirAsia”, AirAsia memilih untuk menjadi peneraju
industri penerbangan tambang rendah di Asia selepas melihat kejayaan Ryanair
dan Easyjet di Eropah. Model ini amat sesuai dengan pasaran Malaysia dan Asia
kerana penduduknya secara majoriti tidak mempunyai pendapatan yang tinggi, dan
tidak mampu menggunakan pengangkutan udara kerana kos tiket yang terlalu mahal
pada masa itu, tetapi amat gemar melancong. Dengan sebab itulah AirAsia telah
membuat pilihan pasaran yang amat tepat di dalam memajukan perniagaan mereka.
5. Pembinaan
Strategi
Apabila
matlamat, objektif dan khalayak telah dikenal pasti, sudah tiba masanya untuk
membina strategi. Seharusnya strategi dipandu dalam memenuhi matlamat dan
objektif yang telah diaturkan. Dalam memenuhi objektif-objektif yang
dinyatakan, strategi seharusnya menjadi pelan tindakan langkah-langkah dan
perkara yang perlu dilaksanakan.
Menurut Mazlan Mohamad (2013), apabila ditanya
mengenai apakah rahsia strategi perniagaannya di dalam wawancara Majalah Niaga
yang bertajuk “Strategi Bisnes Tony Fernandes Membangunkan Air Asia”, Tan Sri
Tony Fernandes memberikan jawapan bahawa tiada rahsia, yang ada hanyalah
strategi bisnes yang tepat digunakan oleh AirAsia. Strategi bisnes AirAsia
bukan sahaja terbatas pada strategi pemasaran dan produk semata-mata tetapi ia
mencakupi dari semua aspek pengurusan bisnes.
Selain itu juga, para pekerja adalah aset
syarikat. AirAsia menggelarkan pekerja-pekerjanya “AllStar” kerana bagi AirAsia
faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya adalah peranan yang dimainkan
oleh pekerja-pekerjanya.
Antara strategi yang lain adalah AirAsia
memastikan pengurusan kos efektif. Ini kerana hanya dengan melalui pengurusan
kos yang efektif sahaja yang akan membolehkan AirAsia terus menawarkan harga
tambang penerbangan yang rendah pada pelanggan-pelanggannya. Kecekapan
pengurusan AirAsia dalam mengawal kos terbukti dengan pengiktirafannya sebagai
penerbangan tambang murah yang mempunyai kos terendah di dunia iaitu USD0.24
(RM0.82) untuk setiap tempat duduk.
Salah satu strategi bisnes AirAsia yang unik
ialah membina hubungan dengan rakyat Malaysia. Setiap kejayaannya, kecil atau
besar, bukan sahaja diraikan tetapi diwar-warkan sama ada di laman web mereka
ataupun dihebahkan melalui media dan dipaparkan sebagai kejayaan rakyat
Malaysia bersama. Bagi mereka, kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi semata
tetapi kejayaan yang mesti dikongsi bersama rakyat Malaysia kerana jenama
AirAsia merupakan jenama Malaysia.
6. Mesej
Utama & Pembangunan Sudut Cerita
Mesej
utama AirAsia “Semua Orang Mampu Terbang” atau “Now Everyone Can Fly” telah
diletakkan untuk membantu penjenamaan AirAsia. Tanpa perlu menggunakan ayat
atau perkataan yang canggih, AirAsia mahu dikenali sebagai satu syarikat
penerbangan yang mudah, berkualiti, selamat dan murah. Sesiapa sahaja jika
ditanya, pasti akan ingat tagline AirAsia ini.
7. Taktik
Tanpa
melalui ejen pelancongan sebagai penggerak utama dalam penjualan tiket, AirAsia
menumpukan seluruh usaha ke arah pemasaran melalui taktik internet dan
e-Commerce. Mereka sedar, bagaimana internet mampu mengubah dunia dan mereka
mengeksploitasikannya untuk merealisasikan visi dan misi mereka. Penggunaan
iklan secara online, laman web dan telefon pintar dijadikan kaedah utama
berbanding cara tradisional yang menggunakan tiket fizikal ataupun tempahan
melalui call centre. AirAsia memastikan pengalaman dan harapan para pelanggan
ketika membuat tempahan tiket secara online dijadikan satu pengalaman yang
sangat mudah dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja.
8. Pembangunan
Senarai Media
Dapat dilihat bahawa jenis-jenis rangkaian
media yang digunakan oleh syarikat AirAsia Group Berhad ialah melalui Media
Tradisional dan juga Media Baru. Melalui media tradisional atau pun media cetak
dan penyiaran, AirAsia sentiasa mengiklankan penerbangan tambang murahnya atau
pun produk-produk keluarannya di stesen-stesen televisyen dan radio serta surat
khabar. Selain itu, media baru yang digunakan oleh syarikat AirAsia adalah
seperti mewujudkan sendiri laman web iaitu Airasia.com untuk kemudahan para
pelanggan mengetahui maklumat terkini perkembangan semasa syarikat dan juga
untuk membuat tempahan secara online. Laman web AirAsia boleh dilayari melalui
alamat https://www.airasia.com/my/ms/about-us/corporate-profile.page.
Salam Maulidur Rasul 1440H
Sejarah dan asal usul sambutan Maulidur Rasul
Siapakah orang yang pertama menyambut maulid Nabi?
Sambutan peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh Raja Irbil (wilayah Iraq sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri.
Sejak bilakah sambutan maulidur rasul ini diadakan?
Ia dimulakan oleh Sultan Muzhaffaruddin pada awal abad ke 7 hijriyah.
Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:
“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.
Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa, dalam peringatan tersebut, Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya untuk meraikannya.
Selama tiga hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi, beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut.
Segenap para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua menganggap baik perayaan maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya itu.
Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.
Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik.
Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti ;
- al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H)
- al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H)
- Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H)
- al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H)
- al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H)
- SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H)
- al-Imam al-Nawawi (W. 676 H)
- al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H)
- mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H)
- Mantan Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H)
Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.
Apakah hukum menyambut Maulid Nabi?
Peringatan Maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang dirayakan dengan membaca sebagian ayat-ayat al-Qur’an dan menyebutkan sebagian sifat-sifat nabi SAW yang mulia, ini adalah perkara yang penuh dengan berkah dan kebaikan kebaikan yang agung. Tentunya perayaan tersebut terhindar dari bid`ah-bid`ah sayyi-ah yang dicela oleh syara’.
Sebagaimana dijelaskan di atas, perayaan Maulid Nabi mulai dilakukan pada permulaan abad ke 7 Hijrah. Ini bererti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat dan generasi Salaf.
Namun demikian, ini tidak bererti hukum perayaan Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram. Kerana segala sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan dengan ajaran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri.
Para ulama’ menyatakan bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sebahagian daripada bid`ah hasanah (yang baik). Ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini merupakan perkara baru tetapi ia selari dengan al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi dan sama sekali tidak bertentangan dengan keduanya.
Sumber rujukan : Pondok Habib
Mari kita berazam sungguh-sungguh untuk mengamalkan sunnah-sunnah baginda SAW sedaya yang mungkin.
Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda SAW, bukan hanya pada hari maulid saja, tetapi juga setiap masa dan ketika insyaAllah.
rujukan : http://annurshd.blogspot.com/2014/01/maulidur-rasul-saw.html
Saturday, 20 October 2018
Kenangan sebagai petugas pilihanraya umum ke 14 2018
Seperti yang telah kita maklum pada PILIHAN RAYA Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, telah menyaksikan pertembungan sengit di antara tiga parti politik utama negara ini iaitu Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara ini sejak pilihan raya pertama pada 1959, Pas dan Pakatan Harapan. Ia berkesudahan dengan rakyat negara ini memilih untuk memberikan kemenangan besar kepada gabungan parti pembangkang sekali gus menamatkan era BN menguasai Kerajaan Persekutuan.
Barisan Nasional (BN) yang dianggap sukar dikalahkan dan mentadbir Malaysia secara berterusan selama 60 tahun akhirnya terpaksa akur dengan kehendak dan pilihan rakyat. Ini bermakna, BN dilihat sebagai sebuah parti politik yang terakhir hilang kuasa memerintah dalam kalangan parti politik seangkatannya seperti Parti Indian National Congress di India dan Parti Golkar di Indonesia yang telah lama hilang monopoli penguasaan politik di negara masing-masing.
Ini juga sekali gus meletakkan Pakatan Harapan yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mencipta sejarah dalam arena politik dunia.
Dan pilihanraya kecil Port Dickson telah diadakan semula pada 13 Oktober yg lalu di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson baru dengan 31,016 undi dan majoriti sebanyak 23,560 undi.
Datuk Anwar telah berjaya menewaskan enam lagi pencabarnya daripada parti Pas dan Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.Kemenangan Anwar yang mendapat undi majoriti tinggi telah membolehkannya bagi mendapat mandat untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.
Gambar-gambar di bawah di ambil sewaktu saya dan rakan-rakan menjadi petugas pilihanraya umum ke 14 yang lalu.
Tuesday, 2 October 2018
Khasiat Buah - Buahan Dalam Al-Qur'an
Khasiat Buah - Buahan Dalam Al-Qur'an
Terdapat beberapa buah yang di sebutkan dalam Al-Qur’an, yaitu kurma (Al-Qur’an 6:141); zaitun (Al-Qur’an 16:11); anggur (Al-Qur’an 2:266); pisang (Al-Qur’an 56:29); buah tin (Al-Qur’an 95:1); dan buah delima (Al-Qur’an 55:68).
Umat Islam tentu meyakini penyebutan tersebut memiliki hikmah dari sisi agama, namun tulisan ini tidak hendak membahasnya dari sudut pandang ilmu tafsir. Ulasan yang akan dipaparkan di sini adalah mengenai faidah dari sudut pandang ilmu kesehatan.
Kurma
Kurma adalah buah kaya nutrisi yang mengandung Kalsium, Lemak, Serat, Thiamin, Zinc, Zat Besi dan Glukosa. Semua zat-zat tersebut sangat dibutuhkan oleh manusia, dengan perannya masih-masing dalam proses metabolisme.
Manusia membutuhkan Kalsium untuk pertumbuhan tulang. Sedangkan Lemak dan Glukosa berperan sebagai sumber energi tubuh. Serat membantu proses pencernaan dan mencegah terjadinya kanker kolon. Thiamin membantu kinerja jaringan kardiovaskuler (jantung dan pembuluh darah) dan memaksimalkan fungsi otak. Zat besi membantu produksi sel darah merah. Adapun Zinc berperan membantu sistem kekebalan tubuh sekaligus sebagai antioksidan.
Zaitun
Buah yang dimanfaatkan minyaknya ini mengandung vitamin E, Polifenol, Potasium, Zat Besi, Kalsium, LDL dan Squalene. Menurut penelitian, Potasium berfungsi untuk mengontrol tekanan darah dan membantu mengeluarkan sodium dari tubuh. Polifenol adalah zat anti oksidan, yang mencegah terjadinya kanker, Sedangkan LDL dan vitamin E masing-masing berfungsi menurunkan kolestrol dan membentuk elastisitas kulit.
Anggur
Anggur adalah buah lezat yang kaya Fenol, Melatonin dan Resveratrol. Peran Fenol bagi tubuh adalah sebagai anti oksidan, yang mencegah kanker. Untuk Resveratrol, ilmuwan mengatakan zat ini berperan menurunkan resiko jantung koroner. Terakhir, Melatonin adalah hormone yang mengatur fungsi biologis tidur, sehingga meningkatkan kualitas tidur dan mencegah resiko insomnia.
Pisang
Pemilik nama latin Musa paradisiaca ini adalah si kuning yang mengandung vitamin C, A dan B6, yang saling berperan dalam meningkatkan kekebalan tubuh. Selain itu juga terdapat Kalium, Asam Folat dengan fungsi masing-masing sebagai pengatur keseimbangan cairan dan membantu perkembangan otak janin,
Buah Tin
Satu-satunya buah yang disebut di ayat pertama ini, menurut Departemen Pertanian Amerika Serikat Tin mengandung vitamin A, C, Kalsium, Potassium, Magnessium, Serat dan Benzaldehyde. Khusus tentang Benzaldehyde, menurut sebuah jurnal yang dimuat di situsCancer Cure Foundation , berperan sebagai penghambat tumor.
Delima
Delima mengandung Tanin dan Kalium. Berdasarkan sebuah kajian diketahui bahwa delima berkhasiat mengurangi resiko penyakit Alzheimer. Sedangkan Kalium dalam buah delima dipercaya mampu mencegah penyakit asam urat
Sumber Rujukan :
http://rasulteladan.blogspot.com/2015/11/khasiat-buah-buahan-dalam-al-quran.html
Subscribe to:
Posts (Atom)