| ||||||||||
| ||||||||||
Monday, 19 March 2018
TIPS MENJAGA KESIHATAN
Misi mencari durian
Pada petang jumaat yang lalu kami sekeluarga pergi jalan-jalan sampai ke rengit.. macam2 brg yg dpt dibeli.. spt ikan, buah rambutan, cempedak, pulasan dan juga durian.. memang puas dpt mkn durian.. isinye pun bagus.. lemak n berkrim..
Lps tu balik singgah pantai sg lurus.. atok bermurah hati utk belanja kami makan.. tq atok..
sayang atok..

5 Jenis Makanan Yang Boleh Diamalkan Untuk Kulit Cerah Dan Berseri
5 jenis makanan yang boleh diamalkan untuk kulit cerah dan berseri.
1. Brokoli
Brokoli merupakan sayuran nombor 1 dalam sayur yang tinggi nutrisi di dunia. Dalam brokoli ada antioksidan dan Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B kompleks, Vitamin K dan Vitamin E. Semua vitamin ni berperanan untuk menyegarkan kulit wajah sepanjang hari. Boleh dimakan setelah dikukus atau secara mentah bersama salad.

sumber : http://www.vitaminkita.net
Bagusnya brokoli adalah kerana rendah kalori menjadikan brokoli sangat baik untuk kesihatan, khususnya kulit yang bersih dan cerah!
2. Alpukat
Alpukat salah satu buah yang mengandungi lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini mengandungi Vitamin C dan Vitamin E yang sangat bagus untuk menjadikan kulit bersih dan cerah. Boleh dibuat jus atau makan begitu sahaja.
3. Soya
Soya sangat bagus untuk mencerahkan kulit kerana mempunyai ciri-ciri anti penuaan yang boleh menghalang kedutan dan tanda-tanda penuaan. Soya juga membantu mengekalkan kelembapan dan seri kulit. Menjadikan kulit kita lebih lembut, bertenaga, cerah dan tona kulit sekata. Pastikan anda memilih soya yang tidak mengandungi GMO ye.

sumber : http://www.vitaminkita.net
4. Lemon & Limau
Lemon dan Limau mengandungi Vitamin C yang tinggi dan menjadikan ia sebagai ejen pemutihan semula jadi yang sangat menakjubkan. Ia membantu menyelesaikan masalah kulit seperti jerawat, kedutan, bintik hitam dan anti penuaan. Menjadikan kulit lebih anjal dan lebih muda. Lemon & limau juga bagus untuk detox tau.

sumber : http://www.vitaminkita.net
5. Kacang
Kacang seperti almond, kacang brazil, walnuts, biji labu, dan biji matahari mengandungi protein yang tinggi dan zat selenium. Vitamin A, C dan E dalam kacang ini membantu membaiki kulit rosak, melicinkan dan mencerahkan kulit. Jadi, tambah kacang-kacang ini dalam pemakanan untuk mendapatkan kulit cerah, putih dan berseri secara semula jadi.

Info dipetik daripada https://beautifulnara.com/. Layari blog abg nara utk info2 artis yg terkini.
Sunday, 18 March 2018
Happy 18th anniversary sayang ku...
#happyanniversary
#18032000
#tilljannah

Semoga pemberian ini akan mengingatkan dirimu pada detik-detik percintaan yang kita lalui bersama.. Susah & senang yg kita hadapi jgn dilupakan begitu sahaja.. dan semoga dirimu tak lupa tanggungjawab untuk membesarkn jiwa, cinta, kasih, angel n arjuna yg hadir sebagai penyeri melengkapi hidup kita.. Semoga detik-detik yg terindah akan senantiasa mengiringi mahligai hidup kita.. Selamanya..
InshaAllah amiin...#happyanniversary
#18032000
#tilljannah
HAPPY 18TH ANNIVERSARY
Wednesday, 7 March 2018
Monday, 5 March 2018
Taklimat epangkat di ppd batu pahat
Pada hari isnin, 5.3.2018, akak dan rakan-rakan menghadiri taklimat epangkat di ppd, batu pahat. Balik je dari
taklimat tu, kitaorang pegi makan tengahari di kg sungai ayam..
menu dia asam pedas ikan unga.. pergh memang sedap n fresh lagi..
Jomla... sape2 yang teringin nak makan kat sini akak boleh temankan... asam pedas sekor tu cuma rm40.00 je.. total semua kitaorang makan tu dlm rm60.. bahagikan 5 orang..😄😄
Alhamdulillah.. memang murah n berbaloi..

Sebelum makan kita posing dulu.. nampak tak menu yg ktorg ode.. terbaikk..
Taklimat epangkat di ppd, batu pahat
Subscribe to:
Posts (Atom)















