Sunday, 17 May 2020

MASAK KUIH TRADISIONAL REMPEYEK

Alhamdulillah, hari ni dh masuk ramadhan ke 24.. Dah 2 hari sibuk buat kuih raya.. Dapat lah 5-6 jenis.. 😅, nasib baik ramai yg dah munjung raya.. Tkasih byk2 ye.. Kita ode kuih muih je utk berbuka puasa..
Puas rasanya dpt buat rempeyek utk pertama kali.. Siap tanye abah resepi..Penatnya wayuhh, jgn ckp la.. Mana nk kontrol api lagi.. Org biasa buat duduk kat bawah.. Kita buat berdiri, mcm nk patah pinggang.. 😁 Sama goreng teringat kat mak kita, selalu klu nk raya tu mesti buat dgn abah.. Mmg rangup.. Blh dpt 1 tin biskut yg beso tu.. Lps tu siap di packing sekali utk adik2nya.. "ni nnt klu cik leman ke, cik ali ke, cik esa ke, cik ayub dtg ke, blh dibagi2.."😢
Masa duduk2 rilek kejap tu, bual dgn abah, org yg jual peyek 1 telap rm15 tu kok blh ckp mahal, bah yek.. Ini kita buat dr lps isya sampai ke tgh mlm kok cuma dpt 3 telap mcm tak berbaloi.. 😄 Ameer je dh 1 telap, peberet dia mkn dgn atok!!







HAPPY MOTHER'S DAY 2020

Tkasih utk abg botak n anak2 yg harini dah masak macam2 n beli kek utk celebrate hari ibu.. Ibu rilek jer harini.. Lps ngaji, tido, tgk tv, tido balik, tgk hp, lps mandi tgk tv lagi sampai buka.. Best rupanyer tgk rancangan tv ptg2.. Citer apa ntah yg hosnya hanbiyul tu.. 😄 Aqeela gigih buat kad utk ibu.. Tapi ibu sedih la qeela.. Ibu rindukan nenek.. Dari pagi ibu sedih.. Mengalir air mata ibu ni.. Jgn lupa pesan nenek kat qeela, klu nenek dah takde rajin2 sedekahkan fatihah utk nenek.. Doakan smg nenek menjadi bidadari syurga yer.. Alfatihah utk arwah ibuku.. Selamat hari ibu, mak.. 💕








































































































HAPPY BIRTHDAY ABAH!


Selamat hari lahir, abah.. Selalu kita doakan smg abah panjang umur, sihat tubuh badan, dilindungi drpd segala bahaya.. Dikuatkan semangatnya.. Abah kena rajin makan ubat n jaga diri.. Kurang kan buat kerja berat.. Abah dh tak kuat mcm dulu lagi.. Kita doakan abah sihat selalu yer.. Dpt kawinkan adik2.. Dpt tgk cucu2 abah membesar.. Klu mak ada pun, mak tak suka tgk abah sedih2.. Sakit2.. InshaAllah, kita akan jaga abah, akan selalu duduk bual2 dgn abah mlm2 dpn anjung.. Dengar cerita abah.. Ketawa2, gelak2.. Selamat hari lahir, abah.. Kita semua sayangkan abah.. #janganpergiduluabah #kitamasihperlukanabah
#selamatulangtahunabah
#13052020












WHAT IS THE COVID-19

COVID-19 affects different people in different ways. Most infected people will develop mild to moderate illness and recover without hospitalization.

Most common symptoms:
fever
dry cough
tiredness
Less common symptoms:
aches and pains
sore throat
diarrhoea
conjunctivitis
headache
loss of taste or smell
a rash on skin, or discolouration of fingers or toes
Serious symptoms:
difficulty breathing or shortness of breath
chest pain or pressure
loss of speech or movement
Seek immediate medical attention if you have serious symptoms. Always call before visiting your doctor or health facility.
People with mild symptoms who are otherwise healthy should manage their symptoms at home.
On average it takes 5–6 days from when someone is infected with the virus for symptoms to show, however it can take up to 14 days.


#pleasestayathome
#staysafe
#stayhealthy

SALAM RAMADHAN 2020/1441H

Ramadhan

Tanda Dan Kelebihan Doa Malam Lailatul Qadar

Tanda Malam Lailatul QadarAda beberapa pendapat berhubung dengan tanda atau alamat malam Lailatulqadar antaranya seperti berikutBetulMalam berkenaan terang dan nyaman serta tidak panas pada paginyaUbadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’ : “Sesungguhnya malam berkenaan bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam itu dan tidak terlalu panas serta tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya sehingga ke waktu pagi. [Umdah al-Qari 11/134]BetulMatahari terbit pada paginya tidak terang dan tidak panasUbadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’ : Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. [Umdah al-Qari 11/134]Daripada Ubai Bin Kaab R.A menyatakan daripada Rasulullah SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”Berdasarkan riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” [Umdah al-Qari 11/134]

Amalan untuk mendapatkan Lailatulqadar

Doa Lailatulqadar


Sumber & Rujukan ; https://www.mysumber.com/lailatul-qadar.html

Sunday, 8 March 2020


Aqeela baca sajak

Not bad for her first try!! 😍

Tq untuk cg fadilah n cg adnan yang memberi kepercayaan pada qeela @qeelasahar._.. 
Walaupun baru sampai rumah pukul 1 pagi tadi.. 😁
Terima kasih banyak untuk qalisha @qurratuqaleisyaaa yang sudah beri tunjuk ajar pada qeela.. 
Katanya, qeela baca kena sharp and concentrate! Anggap depan tu xde orang.. 😄❤️ 
Hebat betol, ajar dia sehari je kat homestay lumut sana.. Tq juga utk cg mislia @mis_lia yg tak pernah gagal ambil video untuk anak2 akak.. 
Luv u forever.. 😘💋

Tuesday, 3 March 2020

Kelebihan & Fadhilat Bulan Rejab

Kelebihan Dan Fadhilat Bulan Rejab

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do’anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.