Friday, 4 November 2016
Good morning beautiful people..
Untuk rakan-rakan semua, selamat pagi di ucapkan...
Semoga keindahan hidup kita pada hari ini dan hari-hari seterusnya, akan menjadi milik kita....
InshaAllah... Percaya & yakinlah..
from:
ajasahara with luv...
WHO IS A TEACHER
Who is a teacher? According to Wikipedia
(2016), A teacher (also called a school teacher) or educator is a person who
provides education for students. The role of teacher is often formal and
ongoing, carried out at a school or other place of formal education. In many
countries, a person who wishes to become a teacher must first obtain specified
professional qualifications or credentials from a university or college. The
famous Robert Frost quote about teacher, “There are two kinds of teachers; the
kind that fill you with so much quail shot that you can’t move, and the kind
that just gives you a little prod behind and you jump to the skies”.
According to the National Education Philosophy
in (1988), education in Malaysia is a continuous effort towards further
expanded the potential of individuals in a holistic and integrated to create a
balance and harmony in terms of intellectual, spiritual, emotional and physical
based on belief and adherence to God. These efforts is to produce Malaysians
knowledgeable, competent, moral, responsible and capable of achieving
well-being and contribute to the harmony and prosperity of the society and the
nation. In this context, one teacher is responsible for improving the
performance of pupils in education and producing first class human capital.
Therefore, teachers must diversify strategies and teaching methods during
sessions teaching and learning. Learning will run smoothly, interesting and
effective if teachers use a variety of methods appropriate to the content of
education and skills that will be achieved by pupils.
Some
student cannot received or understand teachers mind. If student do not
understand something, student should approach teacher. Method discussion a very
good impact on the education development nowadays. This is so because this
discussion methods, highlight the involvement of pupils between pupils and
pupils between teachers. This method of discussion could stimulate the minds of
students. Through this method, students will strive to provide ideas and views
and participate actively in learning. In the other words, this method can
change themselves pupils from passive to more active. The involvement of
students actively in the learning process allows their minds grow.
To ensure discipline pupils always controlled,
teachers should teach and learn in good environment. Teacher also should tell
students to make discussion and try too not interfere with other students
before directing students doing an activity. If students are still making
noise, teachers need to act quickly to warn students that makes noise. The
teachers is always older than the student, so teachers should be respected.
As a conclusion, teachers and students can work
together best by both readiness in teaching and learning. In the face of
globalization in the world of education, the teachers need to be prepared with
knowledge and diversification of strategies and teaching methods to make the
class more interesting atmosphere next to produce effective teaching and
learning. Students-centered teaching strategies should be given priority during
the conduct of teaching and learning so that students can be actively involved.
Method discussion is very suitable carried out because this method involves all
the students to give their views and ideas in turn to build social
relationships among students.
KESAN-KESAN DASAR KEWANGAN KEPADA KADAR PENGANGGURAN DI MALAYSIA
KESAN-KESAN DASAR KEWANGAN KEPADA KADAR PENGANGGURAN
DI MALAYSIA
Pengangguran
boleh didefisinikan sebagai tenaga buruh yang mahu bekerja tetapi masih belum
mendapat pekerjaan. Kadar pengangguran dipengaruhi oleh masalah ekonomi yang
berlaku di sesebuah negara di mana terdapat kekurangan penawaran pekerjaan oleh
pihak majikan di pelbagai sektor maka sebilangan tenaga buruh tidak mendapat
pekerjaan walaupun mereka mempunyai kelayakan dari segi pendidikan dan
kemahiran. Penggantian tenaga kerja manusia kepada tenaga mesin juga sedikit
sebanyak menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran di kalangan tenaga
buruh.
Pengiraan
kadar pengangguran adalah melibatkan kadar peratus jumlah tenaga buruh yang
tidak mendapat pekerjaan berbanding dengan jumlah tenaga buruh dimana boleh
diringkaskan seperti berikut
Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur /
Tenaga Buruh) x 100%
Dengan
contoh, jika jumlah tenaga buruh adalah seramai 2 juta orang dan jumlah
penganggur pula seramai 0.3 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran adalah
sebanyak 15%. Kadar pengangguran boleh
dikurangkan sekiranya terdapat peningkatan pada kadar guna tenaga,
pendapatan/keluaran tenaga dan pencapaian ekonomi di sesebuah negara.
Penggunaan tenaga penuh dalam ekonomi boleh dicapai apabila kadar pengangguran
berada pada paras 4%.
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, menyatakan bahawa kadar
pengangguran di Malaysia menunjukkan peningkatan sekitar 3 ke 3.3% setahun
sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 sejak 2011 hingga Jun, 2015. Kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 75% graduan
akan mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas mereka tamat belajar
dengan Malaysia mempunyai sejumlah 14 juta tenaga kerja dengan lebih 400,000
orang mencari pekerjaan pada setiap masa (Astro Awani, 14 Jun 2015).
Laporan dari MIDF
Research dalam nota kajian mereka pula menunjukkan kadar pengangguran pada
tahun 2014 semakin meningkat dari 2.7% pada bulan Oktober kepada 3.3% pada
bulan Disember, dimana kadar pengangguran berada pada 478,100 berbanding
453,300 pada bulan sebelumnya. Kadar ini masih rendah jika dibandingkan dengan
kadar pengangguran pada 4.1 peratus ketika Malaysia mengalami krisis kewangan
pada tahun 2008. Jumlah pengangguran negara berada pada 432,100 pada
Disember 2015 dengan kadar penyertaan tenaga kerja adalah sebanyak 67.8% dari
67.7% meningkat 0.1%, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik.
Kajian yang dilakukan oleh Jobstreet.com
mendedahkan 41% majikan di Malaysia mengambil tindakan mengurangkan pengambilan
pekerja baru pada separuh kedua tahun 2015. Kajian ini sedikit sebanyak
menunjukkan bahawa aliran pertumbuhan pekerjaan di Malaysia mengalami penurunan
bagi tempoh enam bulan pertama pada tahun 2015 berbanding 14% dalam tempoh yang
sama pada tahun 2014 (Astro Awani, 22 April 2015).
KESAN-KESAN DASAR KEWANGAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA
KESAN-KESAN DASAR KEWANGAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI
MALAYSIA
Malaysia
mengamalkan konsep ekonomi pertengahan tinggi dan terbuka dalam menjana
pendapatan negara. Malaysia adalah antara 13 negara yang dikenal pasti oleh
Suruhanjaya Pertumbuhan dan Pembangunan dalam Laporan Pertumbuhan 2008 yang
telah mencatatkan pertumbuhan purata lebih daripada 7% setahun untuk tempoh 25
tahun atau lebih. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
memaklumkan bahawa Forum Ekonomi Dunia (WEF)
telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-24 paling berdaya saing daripada
148 negara berbanding tempat ke-25 daripada 144 negara pada tahun 2012 dalam
Laporan Daya Saing Globalnya (GCR) bagi tahun 2013-2014 (BERNAMA, 10 Disember
2013).
GCR juga mengkategorikan Malaysia
sebagai sebuah negara peralihan yang bergerak dengan dipacu kecekapan kepada
ekonomi yang berasaskan inovasi. Malaysia
pada hari ini tidak hanya bergantung kepada pengeluaran bahan-bahan sumber asli
seperti bijih timah dan getah dalam menjana pendapatan negara seperti tahun
1970-an, tetapi juga telah menjalankan sumber ekonomi pelbagai dan telah menjadi
pengeksport utama bagi barangan elektrik, bahagian-bahagian elektronik dan
komponen, minyak sawit, dan gas asli. Selepas krisis kewangan Asia pada
1997-1998, Malaysia terus mencatatkan kadar pertumbuhan yang kukuh, dengan
purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.5% setahun bagi tempoh 8 tahun iaitu dari
tahun 2000 - 2008. Ekonomi Malaysia pulih dengan cepat selepas kembali dilanda
Krisis Kewangan Global pada tahun 2009, dengan mencatatkan kadar pertumbuhan purata
5.7% sejak tahun 2010.
Pertumbuhan
ekonomi di Malaysia adalah inklusif, kerana
Malaysia juga hampir berjaya dalam membasmi kemiskinan tegar: dimana pendapatan
isi rumah berada di bawah garis kemiskinan negara dengan 1% (purata pendapatan
RM30 sehari pada tahun 2012) jatuh lebih 50% berbanding tahun 1960an. Walaupun kadar
kemiskinan di Malaysia adalah kurang daripada 1%, namun kelompok kemiskinan kekal dan
ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan masih agak tinggi berbanding
negara-negara maju yang lain: sebagai contoh,
GINI index menunjukkan ketidaksamaan agihan pendapatan di Malaysia berjumlah
0.41 pada tahun 2014, berbanding dengan 0.31 di Republik Korea dan 0.33 di
Jepun (kedua-duanya pada tahun 2010). Pendapatan sebenar bagi kelompok 40% isi
rumah meningkat pada kadar purata 6.3% setahun antara 2009 dan 2012, berbanding
5.2% bagi isi rumah purata, menunjukkan manfaat daripada pertumbuhan ekonomi telah
dikongsi oleh semua rakyat.
Prospek jangka dekat ekonomi Malaysia pada keseluruhannya kekal
pada kedudukan yang baik, walaupun mengalami beberapa risiko. Ekonomi negara
telah mempelbagaikan komoditi dan Kerajaan telah mengambil langkah-langkah
untuk meluaskan asas pendapatan dengan memperkenalkan cukai barangan dan
perkhidmatan(GST) pada tahun 2015 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri
Malaysia pada Bajet 2014. Risiko jangka pendek termasuklah kepada penurunan
dalam harga minyak dan cukai dari sumber minyak yang masih menyumbang kira-kira
17% daripada pendapatan rakyat, walaupun sebahagiannya diimbangi oleh
penghapusan subsidi bahan api pada tahun 2014 oleh pihak kerajaan. Risiko lain
yang berkaitan adalah dengan turun naik dalam aliran modal akibat daripada
normalisasi dasar kewangan AS.
Kemampanan ekonomi jangka panjang yang berlainan dan menggalakkan
ini bergantung kepada pembaharuan struktur untuk mengukuhkan perancangan fiskal
jangka sederhana, dan untuk meningkatkan keupayaan dan persaingan dalam
ekonomi. Pelaksanaan dalam pembaharuan dipercepatkan bagi meningkatkan
produktiviti dengan meningkatkan kualiti modal insan dan mewujudkan lebih
banyak persaingan dalam ekonomi. ini akan menjadi kunci bagi Malaysia untuk kekal
berada di kalangan barisan negara ekonomi berpendapatan tinggi. Bagi menangani
cabaran-cabaran ekonomi dan membolehkan negara mencapai status berpendapatan
tinggi menjelang 2020, Malaysia pada tahun 2010 telah melancarkan Model Ekonomi
Baru (MEB) di samping memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan menyeluruh.
MEB termasuk beberapa pembaharuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang dipacu
terutamanya sektor swasta dan menggerakkan ekonomi Malaysia ke dalam aktiviti
nilai ditambah yang lebih tinggi di dalam kedua-dua bidang industri dan
perkhidmatan.
Diantara dasar-dasar ekonomi utama lain yang telah dilaksanakan
oleh kerajaan adalah seperti berikut :
·
Wawasan 2020,
·
Dasar Ekonomi Baru,
·
Dasar Pengkorporatan Malaysia,
·
Penubuhan Ekonomi Berdaya Saing,
·
Dasar Penswastaan,
·
Pembangunan Sumber Manusia,
·
Ekonomi Berasaskan Pengetahuan,
·
Pembangunan Luar Bandar,
·
Dasar Sektoral,
o
Pertanian
o
Industri dan Khidmat Ekonomi
§ ICT
§ Pelancongan
§ Sains dan Teknologi
§ Pengagihan Dagangan
§ Pembuatan
§ Perusahaan Kecil dan Sederhana
§ Kewangan
·
Infrastruktur dan Kemudahan Awam
·
Khidmat Sosial
·
Tenaga
(Sumber : Unit Perancang Ekonomi, 2012)
KONSEP KEANJALAN PERMINTAAN HARGA, KESAN PENGGANTIAN DAN KESAN PENDAPATAN
KONSEP
KEANJALAN PERMINTAAN HARGA, KESAN PENGGANTIAN DAN KESAN PENDAPATAN
Keanjalan adalah merupakan suatu konsep yang
penting di dalam bidang ekonomi. Apakah itu keanjalan permintaan? Keanjalan bolehlah didefinisikan sebagai ukuran
sensitiviti sesuatu pemboleh ubah (seperti kuantiti diminta atau kuantiti
ditawarkan) terhadap perubahan penentu-penentunya. (seperti harga atau
pendapatan). Secara amnya, nilai keanjalan boleh diperoleh melalui formula
berikut :-
Keanjalan = Peratus Perubahan Kuantiti /
Peratus Perubahan Penentu
Konsep keanjalan yang berkait rapat dengan
pengguna ialah konsep keanjalan permintaan. Keanjalan permintaan boleh
dikategorikan kepada tiga jenis iaitu keanjalan permintaan harga, keanjalan
permintaan pendapatan dan keanjalan permintaan silang. Manakala konsep
keanjalan yang berkait rapat dengan pengeluar pula adalah terdiri daripada
keanjalan penawaran dan keanjalan pengguna input. Keanjalan permintaan
dibahagikan kepada empat jenis yang berasaskan kepada penentu utama yang
mempengaruhi permintaan sesuatu barang iaitu :-
1.1 Keanjalan
Permintaan Harga – Kesan perubahan harga sesuatu barang terhadap kuantiti
diminta.
1.2 Kesan
Permintaan Pendapatan – Kesan perubahan pendapatan pengguna terhadap permintaan
sesuatu barang.
1.3 Keanjalan
Silang - Kesan Perubahan harga barang lain terhadap sesuatu barang.
1.4 Keanjalan
Penawaran Harga – Kesan perubahan kuantiti yang ditawarkan terhadap perubahan
harga.
Konsep
keanjalan boleh di aplikasikan oleh pembuat dasar, pengeluar dan juga pengguna.
Untuk tugasan yang diberikan, apakah konsep keanjalan ini dapat di aplikasikan
dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia? Jawapannya akan cuba
dihuraikan di perenggan yang berikutnya.
1.1 Keanjalan Permintaan Harga
Keanjalan
Permintaan Harga didefinisikan sebagai ukuran darjah responsif atau kadar
perubahan kuantiti diminta kesan perubahan harga barang itu sendiri. Ia diukur
melalui peratus perubahan dalam kuantiti diminta yang disebabkan oleh perubahan
harga sebanyak satu peratus dan ukuran ini tidak memiliki sebarang unit. Nilai
keanjalan permintaan harga boleh diperoleh melalui formula yang berikut :-
Ed = Peratus Perubahan Kuantiti diminta /
Peratus Perubahan Keluarga
Sebagai contoh, jika berlakunya kenaikan
harga perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia, maka ini akan menyebabkan
berlakunya pengurangan kuantiti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang di minta
oleh rakyat. Nilai keanjalan permintaan harga boleh ditentukan dengan
menggunakan dua kaedah iaitu keanjalan titik dan keanjalan lengkuk atau titik
tengah. Keanjalan lengkuk adalah purata keanjalan antara dua titik di atas
keluk yang sama manakala keanjalan titik adalah mengukur nilai keanjalan pada
satu titik di atas keluk. Formula keanjalan titik adalah seperti berikut :-
Ed =((Q1-Q0)/Q0 × 100)/((P1-P0)/P0 × 100)
= ΔQ/ΔP× P0/Q0
Ini
adalah di mana, Q0 adalah kuantiti asal dan Q1 adalah kuantiti baru, manakala
P0 adalah harga asal dan P1 adalah harga baru. Simbol
digunakan adalah untuk mewakili perubahan
contohnya :-
∆Q=Q1-Q0
1.2.1 Jenis-jenis Keanjalan Permintaan Harga
adalah seperti berikut:-
·
Anjal = 1<Ed <infiniti
·
Tidak anjal = 0<Ed <1
·
Anjal Satu =
Ed=1
·
Tidak Anjal
Sempurna = Ed=0
·
Anjal Sempurna =
Ed= infiniti
1.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keanjalan
Permintaan Harga ialah
1.2.1 Barangan Pengganti
Antara penentu utama keanjalan
permintaan harga adalah bilangan barangan pengganti yang ada serta tahap
persamaan di antara barangan pengganti. Semakin banyak barangan pengganti yang
ada dan semakin hampir sama barangan pengganti tersebut, maka semakin anjal
permintaan barangan itu.
Sebagai contoh, permintaan untuk
ubat-ubatan adalah tidak anjal kerana tidak banyak barangan lain yang boleh
menjadi pengganti kepada ubat-ubatan tersebut. Namun, jika kita lihat kepada
jenama ubat-ubatan tersebut, kenaikan harga bagi satu jenama akan menyebabkan
pengguna beralih kepada jenama yang lain. Ini bermakna permintaan untuk satu
jenama ubat-ubatan adalah lebih anjal. Di sini kita boleh katakan bahawa kesan
penggantian disebabkan oleh perubahan harga adalah lebih besar jika terdapat
lebih banyak barangan pengganti yang wujud.
1.2.2 Nisbah Bajet
Semakin tinggi nisbah pendapatan
yang dibelanjakan untuk sesuatu barangan, semakin tinggi kemungkinan yang kita
akan kurangkan penggunaan barang tersebut apabila harganya meningkat. Oleh itu,
permintaan akan menjadi lebih anjal untuk barangan seperti pakaian dan
pengangkutan. Tetapi jika sebaliknya, keanjalan untuk barangan seperti garam
dan roti yang merupakan perbelanjaan yang kecil daripada pendapatan kita adalah
rendah.
1.2.3 Jangka Masa
Jika harga barangan meningkat, kita
memerlukan masa untuk membuat perubahan dalam perbelanjaan kita dan untuk
mencari pengganti. Justeru, semakin panjang masa yang ada, semakin anjal
permintaan sesuatu barangan.
1.2.4 Bilangan Kegunaan
Semakin banyak kegunaan sesuatu
barangan, maka permintaan harganya semakin anjal.
Monday, 24 October 2016
Monday, 3 October 2016
Salam Maal Hijrah 1438
Selamat menyambut tahun baru maal hijrah 1438..
Semoga penghijrahan kita menuju ke arah kehidupan yang lebin baik..
Monday, 12 September 2016
Selamat Hari Raya Aidiladha.. Semoga ibadah korban diterima oleh Allah swt..
Salam Aidiladha utk semua..
Dapat munjungan from my uncle.. nasi himpit, ayam rendang n sayur lodeh(bersusun susun udang dia..)
Kami 3 sekawan nk pergi beraya..
Saturday, 23 July 2016
Sunday, 15 May 2016
Saturday, 23 April 2016
Selamat Malam Semua
Good night semua..
Mimpikan yang indah indah ye.. & jangan lupa baca doa tidur tau..
From ajasahara with love...
zzzzzzzz...
ACRONYMS
What is Acronyms?
Acronyms are used to facilitate users to write quickly without the need to type full sentences in the e-mail, discussion and chat. This can save time and reduce the errors in spelling. In fact, space can also be saved!!
What is ASAP, ROTFL, RTFM, YMMV, BTW? These characters are acronyms or short forms that are used to represent phrases that are normally used on the Internet.
Nine Popular Acronyms
Acronym Expression Meaning
1. ROTFL rolling on the floor laughing Laughing while rolling on the floor.
A cynical expression.
2. BTW by the way By the way
3. RTFM read the fine manual Advised to read the manual before asking
4. AFAIK as far as I know As far as I am concerned
5. ASAP as soon as possible An advice to speed up
6. FYI for your information For your information
7. IMHO in my humble opinion My view point
8. OTOH on the other hand On the contrary
9. YMMV your mileage may vary It may be different with you
Acronyms are used to facilitate users to write quickly without the need to type full sentences in the e-mail, discussion and chat. This can save time and reduce the errors in spelling. In fact, space can also be saved!!
What is ASAP, ROTFL, RTFM, YMMV, BTW? These characters are acronyms or short forms that are used to represent phrases that are normally used on the Internet.
Nine Popular Acronyms
Acronym Expression Meaning
1. ROTFL rolling on the floor laughing Laughing while rolling on the floor.
A cynical expression.
2. BTW by the way By the way
3. RTFM read the fine manual Advised to read the manual before asking
4. AFAIK as far as I know As far as I am concerned
5. ASAP as soon as possible An advice to speed up
6. FYI for your information For your information
7. IMHO in my humble opinion My view point
8. OTOH on the other hand On the contrary
9. YMMV your mileage may vary It may be different with you
Subscribe to:
Posts (Atom)