ajabeautifulmom
"kejelitaan lahir dari hati..."
Sunday, 3 December 2023
Wednesday, 28 April 2021
PENGURUSAN KEWANGAN II BBPW 3203
1.0 PENGIRAAN NISBAH BAYAR KELUAR DIVIDEN
SYARIKAT-SYARIKAT ASTRO DAN MAXIS UNTUK TAHUN 2017, 2018 DAN 2019
Apakah Nisbah Bayar
keluar Dividen? Nisbah Bayar Keluar Dividen ialah (DPR) iaitu jumlah dividen
yang dibayar kepada pemegang saham berhubung jumlah pendapatan bersih. Pendapatan
Bersih ialah item baris utama tidak hanya dalam penyata pendapatan, tetapi di
ketiga-tiga penyata kewangan teras. Walaupun diperoleh melalui penyata
pendapatan, keuntungan bersih juga digunakan dalam kunci kira-kira dan penyata
aliran tunai syarikat menjana. Nisbah Bayar Keluar Dividen dikira dengan
membahagikan dividen tunai firma sesaham dengan pendapatan sesaham. Formula
untuk mengira DPR ialah seperti berikut :-
DPR = DPS / EPS
Nisbah Bayar Keluar
Dividen = Dividen Sesaham /
Pendapatan Sesaham
2.1 Nisbah
Bayar Keluar Dividen bagi Astro Malaysia Holdings Berhad
(Sila Rujuk Jadual 3 : Maklumat Kewangan Syarikat Astro Malaysia
Holdings Berhad Untuk Tahun 2017,2018 dan 2019)
a)
2017
Dividen Sesaham
(DPS) = 12.5 sen sesaham
Pendapatan
Sesaham (EPS) = 12.0 sen
sesaham
Nisbah
Pembayaran Dividen = 12.5 / 12.0
= 1.04
Nisbah pembayaran
dividen bagi syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad untuk tahun 2017 ialah
sebanyak 1.04 sen sesaham.
b)
2018
Dividen Sesaham
(DPS) = 12.5 sen sesaham
Pendapatan
Sesaham (EPS) = 14.8 sen
sesaham
Nisbah
Pembayaran Dividen = 12.5 / 14.8
= 0.84
Nisbah pembayaran
dividen bagi syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad untuk tahun 2018 ialah
sebanyak 0.84 sen sesaham.
c)
2019
Dividen Sesaham
(DPS) = 9.0 sen sesaham
Pendapatan
Sesaham (EPS) = 8.9 sen
sesaham
Nisbah
Pembayaran Dividen = 9.0 / 8.9
= 1.01
Nisbah pembayaran
dividen bagi syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad untuk tahun 2019 ialah
sebanyak 1.01 sen sesaham.
2.2 Nisbah
Bayar Keluar Dividen bagi Maxis Communications Berhad
(Sila Rujuk Jadual 6 : Maklumat Kewangan Syarikat Maxis
Communications Berhad Untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019)
a)
2017
Dividen Sesaham
(DPS) = 20.0 sen sesaham
Pendapatan
Sesaham (EPS) = 28.5 sen
sesaham
Nisbah
Pembayaran Dividen = 20.0 / 28.5
= 0.70
Nisbah pembayaran
dividen bagi syarikat Maxis Communications Berhad untuk tahun 2017 ialah
sebanyak 0.70 sen sesaham.
b)
2018
Dividen Sesaham
(DPS) = 20.0 sen sesaham
Pendapatan
Sesaham (EPS) = 22.8 sen
sesaham
Nisbah
Pembayaran Dividen = 20.0 / 22.8
= 0.87
Nisbah pembayaran
dividen bagi syarikat Maxis Communications Berhad untuk tahun 2018 ialah
sebanyak 0.87 sen sesaham.
c)
2019
Dividen Sesaham
(DPS) = 20.0 sen sesaham
Pendapatan
Sesaham (EPS) = 19.4 sen
sesaham
Nisbah
Pembayaran Dividen = 20.0 / 19.4
= 1.03
Nisbah pembayaran
dividen bagi syarikat Maxis Communications Berhad untuk tahun 2019 ialah
sebanyak 1.03 sen sesaham.
3.1 Analisis
Nisbah Bayar Keluar Dividen bagi Astro Malaysia Holdings Berhad
Laporan Kewangan Astro bagi tahun
kewangan berakhir 31 Januari 2019 (FY19) (sila rujuk Jadual mencatatkan
pendapatan stabil pada kadar RM5.48 bilion. Pendapatan turun berbanding RM5.53
bilion daripada tahun sebelumnya berikutan penurunan dalam langganan dan hasil
pengiklanan tetapi ini telah diimbangi oleh pengingkatan dalam jualan
barang-barang dan pendapatan pelesenan. Pengurangan
dalam hasil langganan adalah disebabkan oleh pembelian pakej yang lebih rendah,
manakala pendapatan iklan pula dipengaruhi oleh kelembapan dalam pasaran
pengiklanan.
Susut Nilai dan
Pelunasan (EBITDA) menurun -12% dari tahun ke tahun kepada RM1.6 bilion.
Keuntungan Selepas Cukai Dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) pula berkurangan
sebanyak -40% dari tahun ke tahun kepada RM463 juta daripada RM771 juta pada
tahun 2018; keputusan ini didorongi oleh kos pelaburan kandungan sukan yang
tinggi, kos pembayaran secara ‘one-off’ untuk pekerja yang terlibat dengan
SkimPemisahan Sukarela dan kerugian tukaran mata wang asing yang masih belum
direalisasikan ke atas liability pajakan kewangan; (‘Normalised’ PATAMI -17%
dari tahun ke tahun kepada RM563 juta, tidak termasuk kos pembayaran secara
‘one-off’ untuk pekerja yang terlibat dengan Skim Pemisahan Sukarela dan
kerugian tukaran mata wang asing yang masih belum direalisasikan ke atas
liability pajakan kewangan).
Hasil Purata Setinggan Pelanggan
(ARPU) yang terjana daripada perkhidmatan TV berbayar (‘Pay TV’) tetap kekal
pada RM99.9. Pendapatan dagangan pula meningkat pada kadar dua digit; +29% dari
tahun ke tahun kepada RM374 juta. Jumlah perbelanjaan pengiklanan (Adex) telah
susut -5% dari tahun-ke-tahun daripada RM722 juta kepada RM687 juta manakala
Adex untuk segmen Digital telah melonjak sebanyak +43% kepada RM50 juta.
Walaupun Aliran Tunai
Bebas (FCF) yang kukuh bernilai RM1.3 bilion membolehkan dividen interim
ke-empat dicatatkan pada kadar 1.50 sen sesaham namun, FY19 mencatatkan EPS dan
DPS Astro telah menyusut sebanyak 39.9% dan 40%. Astro mengumumkan DPS pada
2017 dan 2018 sebanyak 12.5 sen sesaham manakala telah menurun sebanyak 9.0 sen
sesaham pada 2019.
3.2 Analisis
Nisbah Bayar Keluar Dividen bagi Maxis Communications Berhad
Maxis Communications
Berhad mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM355 juta bagi
suku keempat berakhir 31 Disember 2019 berbanding RM266 juta dalam tempoh sama
tahun lepas. Ini sebahagian besarnya didorong oleh pertumbuhan pascabayar yang
kukuh, purata pendapatan setiap pengguna (ARPU) yang tinggi dan pertumbuhan
langganan fiber dalam kalangan pengguna dan perusahaan yang konsisten. Pendapatannya
juga naik kepada RM2.59 bilion daripada RM2.44 bilion sebelum ini dalam suku
tahun yang sama.
Bagi tahun yang
berakhir pada 31 Disember 2019 (sila rujuk Jadual 5), keuntungan bersih
berjumlah RM1.52 bilion berbanding RM1.78 bilion pada tahun kewangan 2018,
manakala pendapatan meningkat kepada RM9.31 bilion daripada RM9.19 bilion
sebelum ini. Pendapatan Perkhidmatan telah menurun sebanyak 25% kepada RM8,068
juta daripada RM8,271 juta dan terus menurun pada 2019 sebanyak -3.4% kepada
RM7,797 juta. EBITDA dinormalkan turun 8.4% ke RM3.843 juta daripada RM4,195
juta dan terus menurun sebanyak -2.0% ke RM3,768 juta kerana kos satu-kali pada
suku keempat, yang berkaitan dengan mobilisasi strategi baru, termasuk
pemindahan asas fiber yang sedia ada kepada pelan-pelan baru. Akibat daripada
kos satu-kali, PAT yang dinormalkan menurun sebanyak 14.7% daripada RM 2,074
juta kepada RM1,768 juta dan semakin menurun pada 2019 sebanyak -15.2% kepada
RM1,500 juta. Dengan sokongan aliran tunai bebas yang kuat, Maxis
mengisytiharkan dividen interim bersih keempat sebanyak 5 sen sesaham, membawa
dividen bagi sepanjang tahun kepada 20 sen sesaham.
Rumusan Tahun-ke-Tahun 2017, 2018 dan 2019
Butiran |
Tahun Kewangan 2019 (RM’m) |
Tahun Kewangan 2018 (RM’m) |
Tahun Kewangan 2017 (RM’m) |
Tahun-ke-Tahun 2017-2018 (%) |
Tahun-ke-Tahun 2018-2019 (%) |
Pendapatan perkhidmatan |
7,797 |
8,068 |
8,271 |
(2.5) |
(-3.4) |
EBITDA dinormalkan |
3,768 |
3,843 |
4,195 |
(8.4) |
(-2.0) |
PAT dinormalkan |
1,500 |
1,768 |
2,074 |
(14.7) |
(-15.2) |
Dividen Sesaham |
20.0 |
20.0 |
20.0 |
|
|
3.0
PENILAIAN NISBAH BAYAR KELUAR DIVIDEN
SYARIKAT-SYARIKAT ASTRO DAN MAXIS UNTUK TAHUN 2017, 2018 DAN 2019
4.1 Penilaian
Nisbah Bayar Keluar Dividen bagi Astro Malaysia Holdings Berhad
Astro mencatatkan penurunan
Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) sebanyak 8% kepada
RM463 juta bagi tahun 2019 berbanding tahun 2018 iaitu RM771 juta dan RM624
juta pada 2017. Aliran Tunai Bebas (FCF)
juga mencatatkan penurunan iaitu sebanyak RM1,291. Walaubagaimanapun, Hasil
Purata Setiap Pelanggan (ARPU) yang terjana daripada perkhidmatan TV berbayar
kekal kukuh pada RM99.90. Di antara faktor-faktor yang menyebabkan pemegang
saham dengan yakin untuk melabur dengan Astro adalah kerana pengurusannya yang
mampu membuat keputusan yang penting untuk melaksanakan kajian strategic dari
setiap ruang lingkup perniagaan bagi memastikan Astro akan terus kekal efisein
dan cekap dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan.
Antaranya ialah:
·
Memberi focus utama
untuk terus menyediakan perkhidmatan kepad 5.7 juta isi rumah di Malaysia dan
23 juta individu menerusi platform perkhidmatan TV berbayar dan NJOI, dengan
menyediakan kandungan premium yang unik dan berbeza serta mampu menarik
perhatian penonton merentasi setiap platform.
·
Astro sentiasa
berusaha untuk terus mengukuhkan perkhidmatan pelanggan, mempelbagaikan variasi
kandungan serta meningkatkan pengalaman tontonan hiburan dari rumah dan
memperbanyakkan fungsi bersifat peribadi pada platform Astro GO. Ultra Box yang
dilancarkan baru-baru ini mendapat respon yang baik dari pelanggan dan telah
merekodkan sebanyak 10,000 pesanan.
·
iQIYI turut
mengumumkan kolaborasi mereka yang pertama di luar negara China bagi
menghasilkan aplikasi, di mana Astro dipertanggungjawabkan untuk menerajui
bahagian pemasaran, pemerolehan pelanggan dan hal-hal berkaitan penjualan
media.
·
Karya terbitan Astro
menerajui filem “box office” tempatan
dengan lebih 60% pegangan saham. Kejayaan filem-filem blockbuster terbitan
Astro sepanjang 2018 seperti ‘Paskal The Movie’, ‘Hantu Kak Limah’, ‘Polis Evo
2’ dan ‘Dukun’ telah berjaya memperolehi keuntungan kasar lebih RM100 juta.
Dalam landskap media
yang penuh kompetitif ini, Astro berterusan menjana pendapatan tunai, mengawal
kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dari aspek pengurusan
modal syarikat. Oleh itu, Lembaga Pengarah telah mengumumkan dividen interim
ke-empat bernilai RM1.50 sen sesaham.
4.2 Penilaian
Nisbah Bayar Keluar Dividen bagi Maxis Communications Berhad
Laporan Tahunan Kewangan 2017, 2018
dan 2019 Maxis menunjukkan bahawa prestasi pengagihan dividen adalah setara di
dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham Maxis. Kadar bayaran sebanyak
RM0.05 sen sesaham jelas menunjukkan bahawa Maxis menunjukkan lebihan tunai
yang banyak. Jumlah asset syarikat telah meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan
di dalam pembayaran dividen ini telah menunjukkan aliran Maxis adalah dalam
keadaan yang baik kerana kemampuan Maxis untuk membayar kadar dividen yang
tinggi kepada pemegang saham.
Di antara
faktor-faktor yang menyebabkan pemegang saham dengan yakin untuk melabur dengan
Maxis adalah kerana pengurusannya yang mampu membuat keputusan yang penting
serta berupaya untuk mengekalkan strategi selain daripada mencari inisiatif
utama untuk memastikan perniagaan sentiasa kekal tanpa tandingan. Antaranya
ialah:
·
Bekerjasama dengan syarikat
gergasi lain serta sector korporat, kerajaan dan PKS yang mendapat manfaat
mengenai perkembangan pesat teknologi melalui sesi panel, peluang rangkaian
kenalan dan pameran penyelesaian pintar.
·
Melancarkan Maxis TV,
perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandungan video premium dari filem
ke rancangan TV yang mampu dan fleksibel untuk semua. Platform setempat ini
mudah diakses melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Flex, membolehkan
pelanggan memilih untuk menonton apa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja yang
mereka perlukan.
·
Pada awal tahun 2020,
mengumumkan panduan perbelanjaan modal asas pada RM 1 bilion untuk tahun
tersebut dengan tambahan perbelanjaan modal untuk pertumbuhan pada RM 1 bilion
untuk tiga tahun akan datang dalam mengekalkan kepimpinan rangkaian 4G.
·
Maxis menyokong
agenda 5G negara dan berada di barisan hadapan dalam memacu 5G di Malaysia
dengan mempelopori percubaan sejak tahun 2018 dan terus menjalankan kes
penggunaan 5G dengan usahama syarikat Malaysia dalam pelbagai bidang.
·
Rangkaian Akses Radio
5G aktif pertama di Malaysia untuk memanfaatkan sumber masing-masing,
membolehkan penggunaan rangkaian 5G yang lebih luas dan efisien untuk
mempercepatkan akses kepada pengguna dan perniagaan.
Matlamat akhir
inisiatif ini adalah untuk memberikan lebih banyak nilai kepada para pelanggan
dan menjamin keteguhan infrastruktur rangkaian negara. Maxis berada dalam
kedudukan yang kukuh untuk memainkan peranannya dalam mencapai matlamat di
samping membuat keputusan yang kukuh demi kepentingan pemegang-pemegang
sahamnya.
4.0
KESIMPULAN
Secara ringkasnya dapat disimpulkan
bahawa Nisbah Pengagihan Dividen ialah dikira dengan membahagikan dividen tunai
firma sesaham dengan pendapatan sesaham. Ia menunjukkan peratusan yang ringgit
diperoleh untuk setiap saham yang diagihkan kepada pemegang saham. Polisi ini
membantu firma untuk mewujudkan peratusan tertentu daripada pendapatan yang
akan dibayar kepada pemilik bagi setiap dividen sesaham. Walaubagaimanapun,
jika laporan firma menunjukkan kerugian atau pendapatan berkurangan, dividen
mungkin lebih rendah atau diabaikan sama sekali untuk tempoh masa tertentu.
Berdasarkan Laporan
Kewangan Astro pada tahun 2017, 2018 dan 2019, jelas menunjukkan pendapatan
yang tidak menentu. Selain itu juga, tahun 2019 Keuntungan Selepas Cukai dan
Kepentingan Minoriti (PATAMI) berkurangan sebanyak 8% kepada RM463 juta. Walaubagaimanapun,
pemulihan Adex berjaya menampakkan momentum positif. Nilai Adex Astro terus
memberikan impak membangun pada prestasi suku tahunan; +10% dari tahun-ke-tahun
kepada RM196 juta pada suku tahun ke empat 2019. Pendapatan Astro adalah stabil
pada kadar RM5.5 bilion pada tahun 2019. Aliran Tunai Bebas (FCF) bernilai
RM1.3 bilion membolehkan dividen interim ke-empat dicatatkan pada kadar RM1.50
sen sesaham. Dalam dunia digital yang memperlihatkan persaingan tanpa sempadan
ini, Astro menjangkakan dunia persiaran akan lebih mencabar dan perlu bertindak
dengan pantas dan cekap dalam mengukuhkan pelan kategori nilai pelanggan
menerusi pelbagai inisiatif membina seperti pengenalan pakej jalur lebar,
tontonan lancar merentasi semua skrin paparan, menawarkan perkhidmatan
pelanggan yang lebih cemerlang dan menggandakan lagi program-program demi untuk
meyakinkan pemegang-pemegang saham agar terus melabur ke dalam Astro.
Laporan Tahunan
Kewangan 2017, 2018 dan 2019 Maxis menunjukkan bahawa prestasi pengagihan
dividen adalah setara di dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham Maxis.
Pada tahun-ke-tahun tersebut, Maxis telah mengisytiharkan pengagihan sebanyak
RM0.05 sen bagi seunit saham yang menyaksikan pembayaran RM0.20 bagi dividen
seunit saham. Peningkatan di dalam pembayaran dividen ini telah menunjukkan
aliran Maxis adalah dalam keadaan yang baik kerana kemampuan Maxis untuk
membayar kadar dividen yang tinggi kepada pemegang saham. Kadar bayaran
sebanyak RM0.05 sen sesaham jelas menunjukkan bahawa Maxis menunjukkan lebihan
tunai yang banyak. Jumlah asset syarikat telah meningkat dari tahun ke tahun.
Peningkatan ini menunjukkan prospek kewangan yang baik bagi Maxis dan secara
tidak langsung dapat menarik minat para pelabur untuk melabur ke dalam Maxis.